SOALAN LAZIM TENTANG MEE SAYUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Di sini saya lampirkan beberapa soalan lazim yang biasa diajukan kepada kami tentang Mee Sayur: 

Q1. APAKAH MI SAYUR?
Mi sayur ialah mi keluaran bumiputera yang diperbuat daripada tepung gandum tanpa peluntur dan sayur-sayuran segar TANPA menggunakan sebarang perasa tambahan, MSG, gula, pewarna dan pengawet.


Q2. BERAPAKAH JENIS MI SAYUR YANG DIPASARKAN?

Terdapat 3 pilihan mi sayur basah dan mi sayur kering yang dipasarkan iaitu: Mi Bayam, Mi Lobak Merah dan Mi Labu.


Q3. APAKAH KELEBIHAN MI SAYUR?

– Dijamin HALAL
– Menggunakan tepung gandum TANPA bahan peluntur
– TIDAK MENGANDUNGI MSG atau sebarang perasa tambahan, gula, pewarna dan pengawet
– Telah melalui kajian RND secara menyeluruh selama 2 TAHUN sebelum dipasarkan
– Produk buatan DOKTOR Muslim


Q4. APAKAH BAHAN-BAHAN YANG TERKANDUNG DI DALAM MI SAYUR?

Rujuk Q1 dan Q3. Di antara bahan-bahan yang terkandung di dalam mi sayur ialah tepung gandum tanpa peluntur, air alkali serta sayur-sayuran segar seperti bayam, lobak merah dan labu.
    

Q5. BAGAIMANAKAH CARA MENYIMPAN MI SAYUR SUPAYA TIDAK ROSAK?

Untuk mi kering, simpanlah di tempat yang kering manakala untuk mi basah simpanlah di dalam peti sejuk beku (untuk tahan selama 5 bulan) atau di dalam chiller (untuk tahan selama 2 minggu)


Q6. BAGAIMANAKAH CARA MEMASAK MI SAYUR?

Untuk mi kering, didihkan air terlebih dahulu sebelum masukkan mi dan rebus sehingga mi lembut. 
Untuk mi basah, keluarkan mi daripada peti sejuk beku, apabila mi lembut, basuh mi dengan air bersih, dan celur di dalam air mendidih selama 2 minit ATAU tidak perlu direbus tapi terus dimasukkan ke dalam kuali untuk dimasak. 


Q7. BILAKAH TARIKH LUPUT MI SAYUR?

Anda boleh berpandukan tarikh luput yang terdapat pada bungkusan mi tersebut.


Q8. ADAKAH MI SAYUR SESUAI UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK?

Ya. Mi Sayur telah diformulakan sesuai untuk bayi berumur 1 tahun ke atas dan kanak-kanak supaya mereka mendapatkan nutrisi dan zat daripada sayur-sayuran. Mi Sayur sangat sesuai diberikan terutamanya kepada anak-anak yang tidak suka akan sayur atau buah-buahan.


Q9. BERAPAKAH BERAT MI SAYUR?

– Sepaket mi sayur basah ialah 400 g
– Sepaket mi sayur kering ialah 150 g


Q10. ADAKAH PRODUK MI SAYUR BEBAS GLUTEN? 

Tidak. Mi Sayur diperbuat daripada tepung gandum tanpa peluntur. Walaupun begitu tidak sesuai bagi sesiapa yang mengamalkan diet bebas gluten (gluten-free diet). 
Jika anda mempunyai soalan-soalan lain, bolehlah tinggalkan di ruangan komen supaya info tentang mi sayur dapat dikemaskini dari masa ke semasa. 

Mee Sayur Sedap! 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya nak berkongsi tentang satu produk terbaru di pasaran iaitu MEE SAYUR yang sangat sedap dan istimewa.

Mengapa ianya istimewa? 

  1. Ia berkhasiat dan bermutu tinggi kerana mengandungi sayur-sayuran, tepung gandum tanpa peluntur, air alkali dan TIDAK mengandungi sebarang perasa tambahan seperti MSG, garam dan gula. 
  2. Mee sayur ini diformulakan oleh seorang doktor Muslim dan telah menjalani kajian selama DUA tahun sebelum dipasarkan. 
  3. Dijamin HALAL! 

Terdapat 3 jenis MEE SAYUR iaitu:

  1. Mee Bayam 
  2. Mee Lobak Merah 
  3. Mee Labu 

Ketiga-tiga mee ini datang dalam bentuk mee basah (400 gram) dan mee kering (150 gram). 

Saya mula tertarik untuk menjual mee sayur setelah merasai sendiri kelazatan mee sayur tersebut. Tambahan pula anak-anak yang merupakan picky eater turut menyukai mee sayur. Pelbagai masakan mee sayur boleh dibuat, antaranya: mee goreng, mee hailam, mee sup, mee bandung, mee udang dan lain-lain. 

Aneka Mee Sayur (Mee Basah – 400g)

Aneka Mee Sayur (Mee Kering – 150g)

Untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan mee sayur, anda bolehlah menghantar SMS/Whatsapp/Telegram ke 013 3883 575

Penghantaran melalui POSLAJU hanya untuk mee kering, manakala Cash On Delivery (COD) ke seluruh Lembah Klang dan Nilai untuk mee kering dan mee basah.

Jom LIKE Facebook Page HEALTHY WEALTHY MAMA dan Instagram @mamacergas untuk mendapatkan resepi MEE SAYUR SEDAP dan dijamin HALAL! 

Detoks Gaya Hidup

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahun 2016 merupakan tahun saya berazam untuk DETOKS gaya hidup diri saya dan keluarga yang tersayang.

DETOKS merupakan proses yang sangat penting untuk menyingkirkan toksin atau racun di dalam tubuh badan akibat pendedahan kepada persekitaran yang tercemar, pemakanan dan gaya hidup yang TIDAK sihat.

Untuk memulakan proses DETOKS, beberapa perkara yang saya lakukan ialah:

1. Menyingkirkan toksin dalam badan dengan mengamalkan petua tradisional seperti berbekam, bersenam dan mengamalkan supplemen semulajadi yang dapat membantu membersihkan badan kita daripada racun dan bahan-bahan yang boleh membawa penyakit.

2. Detoks pemakanan:
– Iaitu dengan lebih kerap memasak dan makan di rumah berbanding makan di kedai kerana terjamin kebersihan dan status halal, insha Allah.

image

MENGHARAMKAN beberapa jenis makanan di rumah saya termasuklah: penambah perisa seperti MSG, makanan/ minuman ringan (jajan), minuman 3-in-1, minuman bergula seperti kordial yang mempunyai banyak gula, pewarna dan perasa tiruan.

– Bertukar daripada roti putih kepada roti multigrain/wholemeal, garam biasa kepada garam bukit semulajadi dan gula juga kepada gula perang organik. Saya menggunakan tepung organik keluaran Love Earth yang terdiri daripada: Multigrain Flour, Wholemeal Flour dan High Protein Flour. Selain itu, saya juga mencampurkan Beras 10 Bijirin (Ten Grain Rice) keluaran Love Earth ke dalam beras putih. Beras ini berfungsi sebagai fiber dan membantu kenyang lebih lama.

image

3. Mengubah cara pemakanan seperti:
– Minum air yang cukup 2 liter – 3 liter air putih sehari
– Banyakkan memakan sayur dan buah-buahan berbanding makanan bergoreng dan berminyak
– Makan pada waktu yang betul, tidak membiarkan perut kosong dan makan malam sebelum jam 8 malam supaya badan dapat menghadam makanan dengan baik sebelum tidur

4. BERSENAM setiap 3 hari untuk mengeluarkan peluh, meningkatkan tahap metabolisma dan kesihatan jantung serta meningkatkan ketumpatan tulang (bone density).

4. DETOKS TEMPAT KEDIAMAN saya  dengan menggunakan bahan pencuci rumah dan pinggan mangkuk yang bebas daripada toksin dan bahan kimia beracun yang boleh merosakkan kulit dan menjadi punca penyakit seperti alergi/alahan dan ekzema.

image

YA, kadangkala kita fikir kita tak mampu melawan persekitaran yang penuh dengan pencemaran dan kita tak mampu menghentikan pengeluaran produk-produk makanan di pasaran yang tidak lain hanya merosakkan tubuh badan kita. TETAPI kita mampu mengubah GAYA HIDUP dan saling membantu dalam meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat. 

5 Persediaan Menghadapi Musim Sejuk di Korea Selatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

image

Kebelakangan ini ramai orang Malaysia yang bercuti-cuti di Korea nampaknya, terutamanya di musim sejuk. Rata-rata pengunjung yang datang di musim ini memberitahu bahawa mereka teringin nak merasa musim sejuk dan bermain salji.

Dua perkara yang tidak boleh pandang enteng ketika bercuti pada musim sejuk ialah etika pemakaian dan penjagaan kesihatan di musim sejuk. Ramai yang berkunjung ke Korea pada musim sejuk namun akhirnya kecundang akibat kejutan cuaca yang sangat sejuk. Kami sekeluarga juga tidak terkecuali, lebih kurang sebulan mengambil masa menyesuaikan diri dengan cuaca musim sejuk di Korea Selatan.

Cuaca di Malaysia adalah panas dan lembap sepanjang tahun, manakala di Korea Selatan walaupun pada musim sejuk (Disember ke Februari), cuacanya amat kering, selalu berangin dan sejuk yang ekstrim sehingga mencecah -10 darjah Celcius. Oleh itu bagi anda yang akan ke Korea Selatan pada musim sejuk, pastikan anda membuat 5 persediaan menghadapi musim sejuk di Korea Selatan seperti berikut:

1. PAKAIAN: Pakai pakaian yang sesuai sekurang-kurangnya 3 lapisan iaitu:
lapisan dalam juga dipanggil inner layer/ Long John/ Heat Tech (boleh dibeli di mana-mana kedai Uniqlo)
lapisan tengah juga dipanggil sebagai fleece layer, biasanya sweater atau baju yang memerangkap haba
lapisan luar iaitu winter jacket
seluar panjang yang sesuai dengan musim sejuk
stokin yang memerangkap haba
sarung tangan (gloves)
scarves untuk melindungi leher daripada kesejukan
kasut boot atau sneakers bertutup yang selesa dan tahan geseran supaya tidak tergelincir apabila berjalan di atas permukaan salji
kaca mata hitam (sunglasses) untuk melindungi pandangan daripada silau cahaya matahari yang terang
topeng muka (mask) untuk melindungi daripada angin sejuk yang menghiris kulit muka
image

2. BABY GEARS: Ibu bapa yang membawa anak-anak kecil digalakkan menggunakan kereta tolak (stroller) dan gendong bayi (baby carrier) yang bersesuaian. Di samping itu perlulah di ingatkan utk menggunakan penghadang angin (windbreaker) pada kereta tolak dan sarung pemanas bayi (baby warmer) untuk menghalang angin sejuk menyelubungi anak-anak kecil
image

3. PENJAGAAN KULIT: Oleh kerana cuaca yang kering, pastikan anda juga membawa krim, losyen dan lip balm untuk memastikan kulit sentiasa lembap dan tidak merekah. Saya suka menggunakan gel Aloe Vera Nature Republic dan Krim Serbaguna Herbal Blend Shaklee

4. JIKA SAKIT: Pastikan anda membawa ubat-ubatan yang telah disyaratkan doktor seperti paracetamol, panadol dan ubat-ubatan lain yang perlu. Selain itu, anda juga boleh membawa beberapa supplemen tambahan untuk memelihara imun sistem supaya tidak mudah terkena jangkitan kuman. Antara supplemen yang disyorkan apabila bercuti ke dalam mahupun luar negara ialah: Vitamin C, Nutriferon, Vitamin E dan Performance Drink.
image

5. MAKANAN: Cuaca yang sejuk sering membuatkan kita cepat haus dan lapar. Oleh itu, pastikan kita membawa bekal makanan dan minuman yang cukup terutamanya untuk anak-anak kecil dan golongan tua.

Semoga tips yang diberikan di atas sedikit sebanyak membantu anda membuat persiapan yang rapi sebelum berangkat ke Korea Selatan.

Wassalam 🙂

Resepi Keema Daging 

Sebenarnya pertama kali saya makan keema daging dekat Restoran Samira Pakistani & Arab Cuisine di SS 5, Kelana Jaya. Sedapnya sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi. 

Ramai pelanggan tetap yang ulang alik ke restoran Samira ni sebenarnya termasuklah saya sekeluarga. Pekerja-pekerja di sana pun mesti dah tahu nak order apa bila kitorang sampai. 

Pagi-pagi makan capati dan keema daging. Kalau tengahari pula samada makan Nasi Briyani atau Nasi Mandy. Bukan apa, harga makanan di restoran Samira sangatlah berpatutan berbanding restoran-restoran arab yang lain di sekitar Lembah Klang. Tapi takdelah makan setiap hari di sini. Adalah dalam 2 kali sebulan. 

  • Harga capati lebih kurang RM1.50 
  • Keema daging RM4.00 (boleh kongsi 2 org makan) 
  • Nasi Briyani Ayam lebih kurang RM9.00
  • Nasi Mandy Ayam pula dalam lingkungan RM10.50 

Berbalik kepada resepi Keema Daging. Taktahu pun resepi apa yang taukeh restoran ni guna, tapi saya guna carian google tengok ramuan utama masakan keema daging ialah rempah ratusnya yang terdiri daripada garam masala, serbuk kunyit, serbuk jintan manis, jintan putih, dan serbuk ketumbar. 

Nak senang beli saja rempah keema jenama Shan ataupun rempah garam masala, senang tak payah nak pening memikirkan rempah ratus yang nak digunakan. 

Berikut resepi keema daging yang saya olah sendiri mengikut citarasa sesuka hati. 

  
Bahan-bahan: 

  1. 300 gm daging cincang
  2. 1-2 biji labu bawang besar (dipotong dadu)
  3. 1 1/2 inci halia (dihiris)
  4. 1 cawan minyak masak 
  5. Campuran bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga 
  6. 2 biji ubi kentang (dipotong dadu) 
  7. 4 sudubesar garam masala
  8. 2 sudubesar serbuk kari daging BABAS
  9. Garam secukup rasa
  10. 1 ikat daun ketumbar 
  11. 2 cawan air 

Cara-cara memasak: 

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan 2,3 dan 5 sehingga naik bau dan keperangan. 
  2. Masukkan ubi kentang dan daging cincang, tutup kuali selama 3-5 minit pada api sederhana. 
  3. Masukkan serbuk kari, rempah garam masala, dan garam secukup rasa serta kacau sehingga rata.
  4. Masukkan air dan tutup kuali selama 5 – 10 minit pada api sederhana besar. 
  5. Buka kuali, masukkan daun ketumbar yang dipotong halus dan gaul sehingga sekata dan memenuhi citarasa anda. 

Cadangan hidangan: 

Boleh dimakan bersama Capati, roti Pita, roti Arab, roti bakar, roti tortilla atau nasi. 

  

3 Soalan Popular Mengenai Supplement Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Setelah setahun lebih berkecimpung dalam dunia supplemen untuk kesihatan dan kecantikan, ada 3 SOALAN POPULAR MENGENAI SUPPLEMENT SHAKLEE yang  sering ditanya oleh para pelanggan apabila mahu memilih supplemen Shaklee. Dan sebagai seorang SID yang menghormati permintaan pelanggan, saya juga menyediakan respon satu persatu bagi memenuhi permintaan para pelanggan:
1. Ada tak supplemen yang CEPAT NAMPAK PERUBAHAN?

Supplemen Shaklee bukan seperti kebanyakan produk kesihatan dan kecantikan yang terdapat di pasaran yang memegang tagline seperti “KURUS DALAM MASA SEMINGGU” atau “PUTIHKAN KULIT DALAM MASA 3 HARI” dan sebagainya.

Perkara pertama yang perlu difahami ialah badan kita mengambil masa lebih kurang 90 hari (lebih kurang 3 bulan) utk menghasilkan sel-sel baru. Dan tindakbalas supplemen terhadap setiap individu adalah berbeza mengikut tahap kesihatan masing-masing.

Untuk mendapatkan kesan yang optimum (bahasa pasarnya kalau nak cepat nampak efek) eloklah kita singkirkan toksin dalam badan terlebih dahulu, barulah nutrien-nutrien dapat diserap sebaik mungkin oleh badan kita.
Teringat saya pada satu analogi yang diajarkan oleh upline saya;

Toksin dalam badan ni umpama lumut dan sampah sarap yang melekat dan tersekat di longkang. Jika banyak lumut dan sampah sarap, bagaimana air nak mengalir dengan laju? Untuk memastikan longkang tidak tersumbat dan pengaliran air yang baik, dah tentu kita sental kekotoran pada dinding longkang dan kutip sampah sarap yang menyebabkan longkang tersumbat.

Sama juga apabila kita mengambil supplemen, badan kita perlu menyingkirkan benda-benda tak baik yang selama ini menghalang badan kita daripada mendapatkan vitamin dan mineral yang secukupnya.

“Patutlah makan pelbagai jenis supplemen pun lemak-lemak degil ni tak mahu mencair, rupanya masih banyak toksin yang terkumpul dalam badan”

Bagi pelanggan yang tidak pernah detoks badan untuk jangka masa yang lama, anda boleh mula mendetoks dengan Alfalfa dan/atau Herblax.

2. Ada tak supplemen yang TAK PERLU BANCUH atau SHAKE kerana susah nak bawa ke sana ke mari?

Biasanya pelanggan yang tidak mahukan supplemen jenis ini merupakan seorang yang sibuk dan always on-the-go. Tak ada masa nak bancuh atau shake katanya. Seboleh2nya saya yang ingin membantu pelanggan akan mencadangkan supaya mereka membawa sahaja supplemen tersebut dan tinggalkan satu di rumah dan satu di tempat kerja. Bila sampai waktunya boleh terus bancuh di office pantry.

Tetapi jika tak mahu atau rasa leceh untuk mengambil supplemen yang berbentuk serbuk, pelanggan bolehlah ambil vitamin berbentuk tablet dan kapsul seperti Omega Guard, Ostematrix, Vitamin C, Vitamin E Complex, GLA Complex dan B Complex kerana ianya ringan, boleh disimpan dalam beg tangan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

3. Ada tak supplemen yang BUKAN BERBENTUK TABLET DAN KAPSUL sebab rasa susah nak telan?

Mestilah ADA! Apabila ada pelanggan yang tidak mahu supplemen berbentuk kapsul dan tablet, pilihlah supplemen berbentuk cecair dan/atau serbuk seperti Vivix, ESP, Meal Shakes, Performance Drink, Cinch Shake dan Collagen Powder kerana sangatlah senang nak makan!

Lagipun kita sedia maklum bahawa apa-apa yang berbentuk serbuk atau cecair lebih mudah bertindak balas kerana luas permukaan terdedah lebih besar berbanding yang lain. Supplemen jenis ini juga MEMBERIKAN PERUBAHAN YANG CEPAT! 

Diharap respons saya terhadap 3 SOALAN POPULAR MENGENAI SUPPLEMENT SHAKLEE seperti di atas sedikit sebanyak membantu anda membuat pilihan supplemen Shaklee yang terbaik untuk anda dan seisi keluarga 🙂

Jika anda berminat untuk mendapatkan mana-mana vitamin semulajadi keluaran Shaklee dengan penjimatan sehingga 20%, hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk dan harga, serta KONSULTASI PERCUMA dan berterusan.

  • E-mail: zahara.johari@gmail.com
  • SMS/Whatsapp/Telegram : 013-3883575
  • Facebook Page: Healthy Wealthy Mama
  • Facebook: Intan Zaharah
  • COD Petaling Jaya, Ara Damansara, Subang Jaya, Shah Alam & POSLAJU/GDex ke seluruh Malaysia

Wassalam =)

Resepi Char Koay Teow

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, sudah 15 hari kita dikurniakan nikmat berpuasa di bulan Ramadhan. Mudah-mudahan kita terus beristiqamah dalam melakukan amal kebaikan dan kebajikan.

Semalam suami saya menghantar mesej Whatsapp yang berbunyi, “makan Char Koay Teow pun best”. Saya hanya tersenyum selepas membaca mesej tersebut. Begitulah sikapnya kalau mahukan sesuatu tidak terus cakap melulu, pasti berlapik ataupun bertanyakan saya dulu. Saya rasa sangat bersyukur kerana sikap suami yang tidak cerewet memilih makanan. Apa yang saya masak semua dimakan saja (tolak batu dan kayu saja). Kadang-kadang dipuji dulu sebelum meminta sesuatu supaya hati saya berbunga-bunga bersemangat nak memasak.

Satu lagi cara suami untuk menggalakkan saya memasak ialah dengan cara ‘mencabar’ saya. Saya berasa sedikit tekanan di situ. Geram juga kadang-kadang kerana suami tidak suka melihat saya berada di ‘Comfort Zone’ ulang-ulang masak benda yang sama. Pernah satu hari dibeli Teratai (Lotus Root) untuk saya masak. Saya pula tak pernah tengok bagaimana lah rupa Lotus Root ni. Saya tanya, “nak masak apa ni sayang?” Selamba suami saya jawab, “That you have to figure out” sambil tersenyum. Sungguh mencabar kewibawaan saya sebagai seorang tukang masak di rumah sendiri! ;p

macam ni rupa teratai

macam ni rupa teratai

Berbalik kepada permintaan untuk memasak Char Koay Teow, memang menjadi kebiasaan kami setiap kali balik ke Pulau Pinang pasti diterjah gerai Char Koay Teow di Sungai Dua atau Tokong Ular. Sebelum ni memang tak pandai memasak Char Koay Teow. Resepi ini saya belajar dari kakak sulung yang memang pandai memasak.

Kakak saya pesan, nak masak Char Koay Teow mesti guna api besar tapi dalam masa yang sama kena pandai kawal supaya masakan kita tak rasa rentung, dan boleh siap masak dalam masa 5 minit sahaja!

Bahan-bahan (untuk hidangan 1 pinggan / seorang):

2 ulas bawang putih ditumbuk lumat 1 sudubesar cili giling

1 sudubesar kicap cair

1 sudubesar kicap manis Kicap Kipas Udang

1 cawan air udang (air rebusan udang)

4 ekor udang bersaiz sederhana atau besar

1 sudubesar kerang laut

1 genggam taugeh

1 genggam kucai

1 genggam koay teow

1 biji telur

3 sudubesar minyak masak

Cili Potong atau Cili Jeruk

memori char koay teow 2010

memori char koay teow 2010

memori char koay teow 2014

memori char koay teow 2014

char koay teow 2015

char koay teow 2015

Cara-cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali atau non-stick pan pada api besar
  2. Masukkan bawang putih, kacau sedikit dan masukkan cili giling
  3. Apabila cili hampir garing, masukkan udang, apabila udang bertukar warna, masukkan pula air rebusan udang
  4. Apabila mula mendidih masukkan kicap cair dan kicap manis, kacau
  5. Masukkan taugeh, diikuti dengan kucai dan kerang
  6. Masukkan pula koay teow dan kacau sehingga koay teow lembut
  7. Pecahkan telur ke dalam kuali dan terus mengacau, jangan biarkan telur masak sepenuhnya.
  8. Tutup api dan tuang Char Koay Teow ke dalam pinggan
  9. Makan segera bersama cili potong atau cili jeruk
char koay teow siap!

percubaan #1 char koay teow

Bagaimana, rasa teruja kan nak masak Char Koay Teow? Lima minit dah siap!

Sempat pula suami memberi komen, “sayang tak payah kerja lain lah, bukak gerai char koay teow mesti ramai org makan!” Dalam hati saya mengomel “penat kot nak berdiri depan kuali tiap2 hari habis berpeluh ketiak. Lagi best buat bisnes Shaklee. Kat mana-mana pon boleh. Nak bisnes sambil berjalan, duduk, baring, tergolek semua boleh lah. Sambil menyusukan anak pon boleh”. Lebih-lebih lagi sekarang dah ada aplikasi baru smartphone My Shaklee yang dilancarkan pada Shaklee National Conference baru-baru ini, senang nak uruskan order pelanggan, tak perlu menghadap laptop semua Shaklee dah sediakan di hujung jari!

my shaklee pocket app

My Shaklee pocket app untuk Android dan iOs

Akhir kata, selamat mencuba resepi Char Koay Teow dan selamat berpuasa buat seluruh umat Islam  🙂

Energizing Strawberry Smoothie 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dah lama tak berkongsi resepi di blog saya! Kebetulan hari ini hari pertama berpuasa kan? Anda masak apa? Saya sekeluarga pula seperti biasa hanya bersederhana dalam berbuka puasa. Hanya berlaukkan satu dua sahaja kerana tak mahu membazir.

Alhamdulillah seharian berpuasa tak terasa lapar langsung! Agaknya gara-gara bersahur dengan ENERGIZING STRAWBERRY SMOOTHIE! Kelazatan penuh krim masih terasa hingga sekarang.

Ini bukanlah sebarang smoothie kerana ia membekalkan 14g protin dalam satu hidangan berserta 9 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan namun tak dapat dihasilkan oleh badan kita sendiri.

Jom tengok resepi ENERGIZING STRAWBERRY SMOOTHIE di bawah:

Bahan-bahan: 

1 cawan strawberry beku atau segar
1 cawan yogurt asli
1 sudubesar madu
1-2 sudubesar Shaklee Energizing Soy Protin (ESP)

Cara-cara: 

Masukkan kesemua bahan-bahan di dalam blender atau smoothie maker dan kisar sehingga halus.

Energizing Strawberry Smoothie ini sesuai untuk:

  1. Orang berpuasa yang mahu kekal bertenaga sepanjang hari
  2. Ibu hamil atau ibu menyusukan anak
  3. Kanak-kanak
  4. Pesakit Gastrik

Mudah saja kan resepi ini?

Selamat Mencuba!

Motivasi Pagi IKIM FM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Pagi yang ceria ni nak kongsi beberapa isi penting dalam slot Motivasi pagi IKIM FM bersama Ustaz Ebit Lew (as heard on 1/2/2013 dalam perjalanan ke tempat kerja).

1. Yakin dan tawakkal perkara sangat penting dlm islam, melibatkan akidah.

2. Doa Nabi Muhammad:
يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث اصلح لي شأني كله و لا تكلني إلى نفسي طرفة عين

“O Ever Living, O self-Subsisting and supporter of all, by Your Mercy I seek help, rectify for me all of my affairs and do not leave me depend on myself, even for the blink of an eye”. [Reported by Tirmidhi].

3. Bila kita bertawakkal, Allah bukakan jalan.

4. Apabila nak keluar dari rumah bacalah “bismillahi tawakkal tu ‘alallah la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘aziim” supaya:
-Allah lindungi
-Dimurahkan rezeki
-Dijauhkan drpd syaitan

5. Apabila nak masuk rumah pula:
– Beri salam
– Baca surah Al ikhlas 3x
– Selawat ke atas nabi 3x

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

Wassalam 🙂

IMG_4552

Surprise Mama!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,  

 

Tadaaa! 

Hari ni Irfan buat surprise Hari Ibu dekat mama. Terima kasih Irfan. Siap bagitau kat mama lagi ada coklat dalam pasu bunga tu dan suruh mama  makan. Nyam nyam. Sedap!

Terima kasih Teacher Iza kerana membantu anak-anak kecil ini meraikan hari bahagia buat ibu-ibu mereka.

Tadi Teacher Iza cakap, “Not really nak celebrate Mother’s Day coz in Islam everyday is Mother’s Day. This is just to teach them to love, respect and honour their mothers as mothers is a perfect creation of Allah and that is why Jannah lies under a mother’s feet”. 

What a sweet thought from a teacher.  

Senang hati mama bila tengok Irfan suka ke sekolah, belajar bergaul dengan guru-guru dan rakan sebaya, belajar solat, belajar doa-doa harian belajar adab dan nilai-nilai murni. 

Kadang-kadang terdetik di hati mama nak home-schoolkan anak-anak mama. Tapi mama belum kuat semangat lagi nak buat semua tu. Bagaimanalah seorang ibu yang hatinya sering gundah-gulana hendak menongkah arus kebiasaan kehidupan hari ini? Awal-awal lagi mama surrender. Kita pi sekolah je la Irfan. Homeschool bila mama rajin. Hehe.

Buat semua ibu-ibu di luar sana, saya ucapkan Selamat Hari Ibu. Nothing would make the less of you, as long as you hold a strong unconditional love for your children and do your best raising them up to be a good person. 

Wassalam =)