Energy Booster Recipe

Assalamualaikum semua,

Anda semua dah bersarapan? Ada tak yang tak sempat dan terkejar-kejar nak ke pejabat? Begitu la situasi saya sewaktu bekerja dulu. Kalau tak kerana super husband yang membantu meringankan tugas-tugas harian saya terutamanya pada waktu pagi ketika kelam kabut nak siapkan anak-anak dan nak bersiap ke tempat kerja, memang pengsan la saya seorang diri. Tambahan pula saya menyusukan anak sepenuhnya dan seringkali terlepas sarapan pagi. Cepat sangat rasa lapar.

Dalam entri ni saya nak berkongsi satu resipi kekal bertenaga sepanjang hari. Saya berkenalan dengannya pada bulan Mei 2013 sejurus selepas melahirkan anak kedua. Masa tu dah mula berasa risau kerana selepas tamat tempoh berpantang saya akan mula bekerja di bulan Ramadhan. Yang dirisaukan ialah production susu down kerana berpuasa. Tak sanggup tinggal puasa walaupun dibenarkan dalam Islam, sebab kelak nak mengganti puasa dah jadi cerita lain pula. Di tempat kerja pula rata-rata ibu berkongsi resepi meminum air susu campur kurma dan badam. Jadi saya pun teruja untuk mencuba resipi ini. Dan Alhamdulillah, ternyata ia bukan sahaja dapat menahan rasa lapar malah membuatkan susu yang dipam menjadi pekat. Kemudian saya terfikir untuk mencampurkan french vanilla mealshakes ini ke dalam resipi tersebut. Tak sangka kesannya begitu memberangsangkan. Kuantiti dan kualiti susu juga bertambah minimum 8oz utk sesi pagi mengepam. Kadangkala 10oz jika tidak sempat menyusukan anak sebelum menghantarnya ke taska. Pada sesi petang pula saya dapat pam sekurang-kurangnya 6oz. Alhamdulillah. Ditambah pula dengan stok susu yang telah dikumpul dalam tempoh berpantang, saya yakin dapat memenuhi permintaan susu anak saya.

Sebelum saya menyambung entri ini ingin saya tahu, adakah anda tergolong dalam salah satu kumpulan seperti di bawah?

1. Bekerja dan menyusukan anak
2. Bekerja, berpuasa dan menyusukan anak
3. Menyusukan anak dan berpuasa
4. Seringkali tak sempat bersarapan
5. Anda seorang atlet

Jika YA, barangkali anda tidak keberatan mencuba resipi “Energy Booster” seperti di bawah ni:

20140129-082811.jpg

French Vanilla Smoothie

Bahan-bahan:
1 sdb french vanilla mealshakes
250ml susu segar
1 sdb badam / serbuk badam
2-3 biji kurma dibuang biji

Cara membuat:
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan blitz menggunakan blender atau smoothie maker.

Tadaa, dah siap dan sedia diminum! Sangatlah creamy dan sedap. Pengalaman saya pertama kali mencuba mealshakes hanya dengan mencampurkannya dengan susu segar. Terus berasa marvellous! Kalau anda nak mix dengan susu perisa strawberry pun boleh takde masalah.

Tips:
1. Bagi yang berpuasa boleh diminum ketika bersahur, sebelum atau selepas makan. Biasanya saya minum sebelum makan, kadangkala tak sempat makan berat, hanya meminum French Vanilla Smoothie.
2. Pastikan suhu tidak melebihi 40 darjah Celcius kerana ini akan mematikan khasiat protein dalam mealshakes (nama pun smoothie, mestila nak minum sejuk2 gitu kan)
3. Bagi yang tidak gemar meminum susu boleh digantikan dengan air mineral.
4. Jika anda rasa tak sempat nak sediakan smoothie ni pada pagi hari, cuba buat pada malam hari sebelum tidur dan simpan di dalam peti sejuk untuk diminum keesokan pagi.

InsyaAllah di entri akan datang saya ingin berkongsi khasiat Mealshakes untuk seisi keluarga.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s