Creamy Butter Chicken

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar hari Khamis bakal berlalu. Dah nak masuk hujung minggu kedua dibulan Februari. Saya doakan kita semua dikurniakan keberkatan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah swt.

Semalam saya masak creamy butter chicken sebab dah terlampau bosan asyik ulang masak benda yang sama je. Resipinya saya selitkan juga bersama entri ini.

20140206-215848.jpg

20140206-215912.jpg

20140206-215937.jpg

Bahan-bahan:
200gm peha ayam (dipotong kecil)
2 tangkai cili padi dihiris
1 tangkai cili merah dihiris
1 tangkai daun kari
2 sb butter
230ml susu cair (kalau takde gantikan dgn fresh cream / susu segar)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan perap:
1 sdb tepung gandum
2 sdk rempah kari Babas
1 sdk garam
1 biji telur

Tatacara memasak:
1. Campurkan kesemua bahan perap kemudian gaul rata bersama ayam. Perap selama 30minit hingga satu jam.
2. Goreng ayam yang telah diperap dalam non-stick pan. Masak hingga kuning keemasan dan sedikit garing. Kemudian tuskan.
3. Di dalam kuali berasingan, panaskan butter (saya campur sedikit minyak masak utk mengelak butter drpd rentung), masukkan hirisan cili dan daun kari. Masak sehingga naik bau.
4. Masukkan susu cair dan masak hingga mendidih, masukkan garam dan gula mengikut citarasa.
5. Akhir sekali masukkan ayam yang dituskan sebentar tadi, masak sehingga kuah pekat.

Siap! Selamat menjamu selera.

Perasaan bersalah selepas makan:

Bila difikir kembali, banyak lagi orang yang tak cukup makan di luar sana, yang tak punya pilihan pun nak memasak sesuka hati. Makan apa ada. Kita pula bila dah mampu makan macam-macam cerewet pula memilih dan membazir makanan. Sedih… itulah fitrah manusia, sangat sedikit syukurnya.

Ok, jangan tak lalu makan pulak lepas baca ni. Hehe. Sedap tau butter chicken, rugi tak makan! Kalau taknak makan butter chicken makan la ESP atau French Vanilla Mealshakes pon super sedap juga!

The choice is yours =)

Salam sayang dari saya yang super mengantuk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s