Ostematrix Melindungi Tulang Anda

Assalamualaikum w.b.t para pembaca yang dihormati,

Dalam entri ini, saya ingin berkongsi maklumat tentang kepentingan kalsium dan kesan kekurangan kalsium terhadap tubuh badan manusia.

Kalsium merupakan mineral yang paling banyak terkandung dalam badan manusia. Komposisi utama kalsium terdapat di dalam tulang dan gigi. Kalsium juga amat penting bagi proses metabolisme tubuh, penghubung hantar saraf, fungsi jantung, dan pergerakan otot. Fungsi utama kalsium adalah sebagai penggerak otot-otot. Apabila diperlukan, kalsium juga dapat berpindah ke dalam darah.

Manusia memerlukan kalsium untuk membina tulang sehingga umur lebih kurang 28tahun (umur matang). Setelah melepasi umur tersebut, ketumpatan tulang akan menurun dengan kadar yang cepat. Oleh itu, kalsium sangat diperlukan untuk menghalang kehilangan jisim tulang (bone mass density).

Sumber kalsium semulajadi boleh di dapati di dalam makanan harian. Makanan tenusu seperti yogurt, cheese dan susu kaya sumber kalsium. Manakala makanan bukan tenusu yang mengandungi sumber kalsium adalah seperti brokoli, bayam, kale, kobis Cina, tofu dll.

Antara kegunaan kalsium bagi tubuh manusia:

1. Di dalam jadual berkala (periodic table) kalsium berada dalam kumpulan dua iaitu kumpulan “earth alkaline elements”. Sifat alkali unsur kalsium membolehkan ia meneutralkan perut yang berasid.

2. Mengatasi senggugut. Khusus untuk wanita, pengambilan kalsium ketika haid adalah baik untuk mengatasi sakit senggugut.

3. Mencegah tulang rapuh. Pengurangan jisim tulang umumnya terjadi dengan pertambahan usia. Penelitian menunjukkan bahawa pada usia 25 tahun, tubuh akan mulai mengalami kekurangan kalsium sebanyak 1 peratus setahun. Oleh itu selepas usia 50 tahun, jumlah kalsium akan berkurang sebanyak 30 peratus dan pada usia 70 tahun kehilangan kalsium akan mencapai 50 peratus. Namun, hal tersebut dapat dicegah dengan pengambilan kalsium yang cukup setiap hari.

4. Walaupun pengambilan kalsium yang seimbang dapat menyihatkan pembuluh darah, ia tidak boleh diambil secara berlebihan kerana boleh merosakkan pembuluh darah.

Amat penting seseorang tahu akan nilai harian kalsium yang diperlukan oleh tubuh badan (contohnya 1000mg sehari untuk lelaki dan wanita berumur 19-50tahun).

Fungsi Ostematrix

Ostematrix Shaklee membantu melindungi tulang anda dengan kalsium yang secukupnya. Ia menyediakan satu matrix unik nutrien kritikal termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan banyak lagi untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat:

1. Membina tulang dan gigi yang kuat
2. Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
3. Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
4. Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan

Ostematrix membekalkan:
1. 1000mg (100% pengambilan harian) unsur kalsium
2. 400mg (100% pengambilan harian) unsur magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta membantu menguatkannya
3. 400IU (100% pengambilan harian) Vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

SIAPA yang patut mengambil Ostematrix?

1. Ibu mengandung
2. Ibu yang menyusukan anak
3. Wanita yang sudah mencapai usia 30 tahun keatas (jisim tulang berkembang ke tahap maksimum pada umur 28 dan berkurang selepas itu)
4. Mereka yang kurang mengambil pemakanan yang sihat untuk kesihatan tulang contohnya mereka yang tidak suka minum susu
5. Warga emas
6. Mereka yang merokok, minum alkohol atau penggemar minuman ringan. Kesemua ini mengganggu penyerapan kalsium yang diambil dari pemakanan harian
7. Mereka yang sakit belakang, gigi rapuh dan tulang reput
8. Wanita yang mengalami PMS (Pre-menstrual Syndrome)

OSTE BUY 6 FREE 1_2Khas untuk bulan April, Shaklee mengadakan promosi BELI 6 PERCUMA 1 botol Ostematrix. Sebotol Ostematrix berharga RM61.00 sahaja. Untuk mendapatkan Ostematrix dengan potongan harga yang lebih rendah, anda boleh mendaftar sebagai ahli (one-time registration, lifetime membership) dengan hanya RM65.00 sahaja. Jimat sehingga RM70.00

Usah tunggu lagi, hubungi saya sekarang untuk mendapatkan Ostematrix dan/atau konsultasi percuma tentang vitamin semulajadi keluaran Shaklee.

  • E-mail: zahara.johari@gmail.com
  • SMS/Whatsapp: 013-3883575

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s