Vitamin Larut Lemak Shaklee

Vitamin larut lemak juga dikenali sebagai vitamin ADEK.

Ia terdiri daripada empat jenis vitamin: A, D, E dan K. Vitamin ADEK harus diambil bersama makanan berlemak/berminyak kerana ia akan membantu penyerapan vitamin ini dengan lebih berkesan.

Tubuh manusia memerlukan keempat-empat vitamin ini dalam kuantiti yang tertentu. Kepentingan vitamin ADEK dapat dirumuskan seperti berikut:

Vitamin A: Juga dikenali sebagai retinol. Menguatkan sistem imun terhadap jangkitan, membantu penglihatan, mengekalkan kesihatan kulit dan lapisan dalam seperti hidung. Sumber makanan yang kaya Vitamin A ialah hati (liver) tetapi pengambilan hati lebih dari sekali seminggu tidak baik untuk kesihatan. Jadi boleh diganti dengan sumber lain seperti telur, cheese dan yogurt.

Vitamin D: Membantu mengawal selia jumlah kalsium dan fosfat di dalam tubuh badan. Ketiga-tiga nutrien ini diperlukan untuk memastikan kesihatan tulang dan gigi yang sihat. Kekurangan Vitamin D boleh mengakibatkan kecacatan tulang seperti ricket di kalangan kanak-kanak. Tubuh kita juga boleh menghasilkan Vitamin D dengan sendiri melalui kulit apabila terdedah kepada cahaya matahari yang cukup. Contoh makanan yang mengandungi vitamin D ialah ikan salmon, mackerel, sardin, telur, dan bijirin.

Vitamin E: Kepentingan utama ialah mengekalkan struktur sel dengan memelihara membran sel. Mengandungi antioksidan yang membantu melawan radikal bebas di dalam tubuh badan. Vitamin E amat baik untuk integrasi sel dan sintesis DNA. Sumber Vitamin E termasuk minyak bunga matahari, minyak safflower, germa gandum, dan kekacang.

Vitamin K: Diperlukan untuk pembekuan darah seterusnya membantu menyembuhkan luka dengan berkesan. Vitamin K boleh didapati di dalam sayuran hijau seperti alfalfa, brokoli dan bayam.

Di antara supplement Shaklee yang mengandungi Vitamin ADEK adalah seperti berikut:

vitamin ADEK

 

1. Carotomax: Sumber Vitamin A semulajadi.  Mengandungi 5 jenis karotenoid yang paling berkhasiat terdiri daripada beta carotene, lycopene, lutein dan xeazanthin, alpha carotene dan astaxanthin. Memberi perlindungan terbaik antioksida.
2. Ostematrix: Mengandungi Vitamin D3 yang membantu penyerapan kalsium dengan lebih berkesan.
3. Vita-E Complex: Merupakan sejenis antioksidan yang kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan fungsi imun.
4. Alfalfa Complex: Dikenali juga sebagai Medicago Sativa merupakan sumber klorofil pigmen tumbuhan semulajadi, vitamin dan mineral surih. Ia kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 jenis vitamin termasuk Vitamin K, 8 jenis enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi bersamaan dengan segelas susu.

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi keluaran Shaklee termasuk konsultasi percuma, hubungi saya di:

  • E-mail: zahara.johari@gmail.com
  • PM/Whatsapp: 013-3883575

One thought on “Vitamin Larut Lemak Shaklee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s