Assalamualaikum w.b.t semua =)
Jika anda peminum kopi tegar atau penggemar kopi, jom ikuti pengalaman kami menyertai Seoul Coffee Expo 2014 yang bertempat di COEX, Gangnam. (Subway Line 2, Samseong Station)
Asalnya saya terjumpa iklan ini di laman Facebook lalu terus mendaftar untuk penyertaan percuma. Tambahan pula Encik Suami memang peminat kopi sedunia. Hehe.
Di Korea Selatan, terutamanya bandar metropolitan Seoul, industri kopi mulai berkembang pesat lebih kurang empat tahun yang lepas sejak jenama kopi antarabangsa seperti Starbucks dan Coffee Bean bertapak di sini. Banyak kedai kopi francais tempatan mula dibuka seperti Cafe Bene, Angel-in-us, Ediya Coffee, A Twosome Place, Cafe Pascucci dan sebagainya. Selain itu banyak juga kedai kopi tempatan bukan francais dibuka.
Seiring dengan perkembangan industri kopi, industri dessert, ice-cream dan frozen smoothie juga tidak ketinggalan untuk untuk mengambil tempat di hati masyarakat Korea. Apa yang dapat saya katakan di sini tentang kedai-kedai kopi dan dessert di sini, ianya “seluas mata memandang”. Kemana jua anda pergi hatta ke underground subway station, pasti akan berjumpa dengan kedai-kedai kopi yang memikat hati kerana setiap satunya mempunyai keunikan tersendiri dari segi penyediaan kopi, hiasan dalaman, pemilihan warna dan perabot kedai.
Berbalik kepada Coffee Expo, terdapat beberapa kategori booth yang dibuka seperti:
- Coffee / Ice-cream / Dessert
- Coffee / Ice-cream / Smoothie Machines & Equipment
- Sugar Syrup & Sauce Supplier
- Coffee Making Demonstration
- Coffee Grinding & Roasting Process
- Accessories and Tableware
Selain itu, mereka turut mengadakan education & sharing session bagi yang berminat untuk membuka franchise atau melanjutkan pelajaran dalam bidang Master Degree in Coffee atau Economics and Science of Coffee. Menarik bukan? Gambar di bawah ni diambil selepas sharing session bersama Local Sales Manager METIER. (Yang dalam gambar tu bakal CEO Kopi Ahmad kot, hehe). Sedang asyik berbual, sempat kami mengambil kesempatan minum dua gelas ice-coffee for free 😉
Kami menghabiskan lebih kurang lima jam berpusing-pusing menimba pengalaman baru sambil menikmati berbagai jenis kopi dan dessert secara percuma. Jika di luar sana, harga secawan Vanilla Latte atau Caramel Machiatto berharga lebih kurang 4500won di kedai kopi tempatan manakala Starbucks dan Coffee Bean menjual pada harga yang lebih tinggi lebih kurang 5000won.
Kami juga menerima sampel percuma daripada pembekal tempatan yang bermurah hati menghadiahkan sebotol Hazelnut Sugar Syrup. Sejurus pulang ke rumah, saya membancuh secawan Hazelnut Latte sambil membayangkan diri ini seorang barista terkenal ;p.
Jika anda datang ke Seoul, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah minum kopi Korea yang sungguh Out Of This World rasanya! Sekian dulu perkongsian saya untuk kali ini. Hingga berjumpa lagi di entri akan datang, insyaAllah.
Wassalam =)