Tips Menguruskan Anak Kecil bagi WAHM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Apabila bekerja dari rumah, disiplin dan pengurusan masa adalah dua perkara yang paling penting untuk berjaya.

Bagi saya yang masih baru dalam dunia WAHM ini, terus terang saya masih “struggle” dengan pengurusan masa. Rutin harian sebagai seorang ibu kepada dua orang anak kecil berumur kurang dari 3 tahun seringkali berubah-ubah dan sangat mencabar.

Walaupun begitu saya ingin berkongsi beberapa tips untuk membantu memudahkan urusan WAHM menguruskan anak-anak kecil seperti saya.

1. BUAT JADUAL DAN SENARAI “THINGS-TO-DO”

Buat jadual utk diri sendiri dan keluarga. Ini akan memudahkan urusan harian anda dan anak-anak. Contohnya kerja-kerja rumah seperti membasuh baju, mencuci pinggan mangkuk dan memasak dilakukan sambil-sambil membaca, menyanyi dan mengajar anak-anak. Ini dinamakan pendidikan secara tak langsung. Perlu tahu bahawa anak lelaki tidak sama dengan anak perempuan. Mereka belajar dan mendengar sambil lalu, tidak akan duduk diam di satu tempat melakukan aktiviti tertentu. Contohnya anak sulung saya, Irfan, ketika menonton TV pun akan berlari dan melompat-lompat tak duduk setempat. Apabila anak-anak tidur saya mengambil kesempatan untuk mandi, solat dan fokus membuat kerja. Bacaan tafseer atau tazkirah dilakukan selang hari Isnin dan Khamis selepas solat fardhu maghrib. Aktiviti senaman seperti Pilates pula dilakukan seminggu sekali ( yang ni saya selalu skip dgn alasan takde masa)

2. TAKE A BREAK, FIND A DISTRACTION FOR A WIN-WIN SITUATION.

Bawa anak-anak keluar dari rumah sekurang-kurangnya 15minit untuk bermain di taman atau kawasan lapang. Mereka akan lebih ceria daripada biasa. Sebagai orang dewasa, kita juga merasa lemas apabila berada terlalu lama di dalam “confined space”. Jika anda ke kompleks membeli belah, cari tempat yang “family friendly” dan duduk di kawasan terbuka seperti “open terrace”. Mengapa saya suka bawa anak saya keluar rumah, kerana ini juga salah satu cara pendidikan tidak langsung yang melibatkan komunikasi dua hala. Bila keluar rumah banyak perkara yang boleh dikongsi dan dipelajari bersama anak-anak. Kesannya saya mendapati anak-anak saya lebih “cooperative” berbanding jika terperap di rumah. Seronoknya di Seoul, terlalu banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak. Contohnya di sebelah rumah kami merupakan Gwangjin-gu Art Center yang menawarkan pelbaga aktiviti kreatif dan pementasan teater untuk kanak-kanak. Kadangkala saya akan membawa anak-anak ke taman rekreasi, taman haiwan dan muzium kanak-kanak yang berdekatan rumah. Paling tidak pun saya akan bawa mereka ke “Children’s Playroom” di Lotte Department Store sebelah rumah.

20140430-222608.jpg

20140430-222629.jpg

20140430-222646.jpg

3. BEDTIME STORY & BACAAN AL-QURAN

Saya dapati apabila membaca buku, Irfan lebih mudah untuk tidur lena. Jika sewaktu Irfan bayi saya sering perdengarkan bacaan al-quran Syeikh Misyari Rashid Al-Afasy kepadanya tetapi sekarang sudah kurang kerana lebih banyak melayan perbualan beliau sebelum tidur. Saya sepatutnya mempraktikkan kembali rutin tersebut. Mengapa membaca buku dan mendengarkan bacaan al-quran? Kerana ia membantu untuk mengubah fokus anak kepada satu perkara sebelum mereka tidur. Lazimnya jika tidak membaca buku, Irfan banyak mencari alasan untuk tidak tidur, dia akan meminta dan merengek akan macam-macam hal kerana di dalam mindanya terdapat pelbagai watak kartun, alat permainan dan alam haiwan. Dengan mengubah fokus, fikirannya akan kembali tenang dan dia akan faham bahawa tiba masa untuk tidur, baca doa dan lelapkan mata. Jika tidak dipraktikkan perkara di atas, Irfan tidak akan tidur hinggalah terpaksa sedikit drama dengannya.

20140430-222844.jpg

20140430-222941.jpg

Saya ibu yang banyak tidak ketahuan dan dangkal pemikiran. Sangat dahagakan ilmu. Perkongsian saya di sini berdasarkan pembacaan, pemerhatian dan penelitian saya kepada persekitaran hari ini selain dari pengalaman melihat ibu saya membesarkan kami tujuh beradik.

Kita juga boleh menggunakan kaedah cuba-jaya (trial and error) untuk memahami karenah anak kecil kerana anak-anak kita mempunyai karakter yang unik dan berbeza-beza.

20140430-221341.jpg

20140430-221359.jpg

Sekian dahulu perkongsian saya untuk kali ini. Jika anda mempunyai tips WAHM yang bermanfaat untuk dikongsi, boleh lah mengisi di ruang komen di bawah.

Wassalam =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s