Assalamualaikum,
Melancong di Korea Selatan kini lebih MURAH dan MUDAH berbanding menggunakan perkhidmatan Pemandu Pelancong.
Ini kerana sistem pengangkutan awam yang efisyen dan menepati masa, sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Hanya dengan menggunakan pengangkutan awam, anda boleh meneroka bumi Korea dengan bebas tanpa had masa yang ditetapkan oleh Pemandu Pelancong.
Terdapat beberapa cara untuk untuk menggunakan pengangkutan awam di Korea Selatan: Bas, Teksi dan Keretapi Bawah Tanah yang dikenali sebagai SUBWAY. Di antara ketiga-tiga pilihan di atas, keretapi SUBWAY merupakan pilihan paling CEPAT, MUDAH dan MURAH lebih-lebih lagi jika anda sukakan adventure atau melancong ala backpackers.
Konsep keretapi SUBWAY ini boleh disamakan dengan PUTRA dan STAR LRT di Kuala Lumpur. Cuma jumlah jaringan keretapi SUBWAY di Korea Selatan adalah lebih banyak sehingga ke luar bandar berbanding jaringan LRT di Kuala Lumpur yang hanya terhad di Lembah Klang sahaja.
Di dalam entri ini, saya ingin membawa anda menaiki keretapi SUBWAY melalui bandar metropolitan Seoul.
Jom ikuti 5 Cara Elak Sesat di Korea dengan Keretapi SUBWAY:
1. BELI KAD T-MONEY dan TAMBAH NILAI KAD UTK PERTAMA KALI (FIRST-TIME RELOAD) : Selepas mendarat di lapangan terbang Incheon dan mengambil bagasi, anda boleh terus membeli T-Money di mana-mana convenient store seperti GS25 atau 7 Eleven yang memaparkan lambang/logo T-money. Jika terlupa membeli T-Money di lapangan terbang, anda boleh beli di Ticket Vending & Card Reload Devices di mana-mana stesen keretapi SUBWAY berhampiran.
Tarif/Harga (Dewasa 19tahun ke atas)
T-Money : 3,000won
Tambah Nilai sebanyak minimum 1,000won. Kebiasaanya kami akan reload sebanyak 10,000won kerana tarif perjalanan tunggal (single journey fare) berharga lebih kurang 1,050won. Kos pergi dan balik berjumlah 2,100won untuk ke sesuatu destinasi.
PERCUMA untuk kanak-kanak berumur 0-3 tahun.
Kelebihan menggunakan T-Money berbanding Magnetic Stripe Ticket ialah menjimatkan masa: Anda tak perlu susah payah nak ulang beli tiket. Kalau ada 10 destinasi, 10 kali tukar tiket. Dengan T-Money, hanya gunakan satu kad sahaja untuk ke semua destinasi. Cuma tambah nilai T-Money di mana-mana Ticket Vending & Card Reload Devices. apabila baki minima lebih kurang 1000won.
2. MUAT TURUN APLIKASI ‘JIHACHUL’ DI SMART PHONE: Jihachul merupakan Jaringan Keretapi Bawah Tanah (Interactive Subway Route Map). Di dalam jaringan bandar Seoul, terdapat 9 laluan yang ditandakan mengikut warna berbeza-beza di dalam peta laluan keretapi SUBWAY. Aplikasi ini akan membantu anda sampai ke destinasi dengan cepat dan tepat.
Cara-cara Menggunakan Aplikasi Jihachul:
– Pilih Ikon Anak Panah untuk menampakkan Pilihan Menu (Search, Nearby, Bookmark, Tokaba dan Settings).
– Di ruangan ‘Settings’ pilih Bandar yang ingin dilawati. Aplikasi Jihachul boleh digunapakai di bandar Seoul, Busan, Daegu, Daejeon dan Gwangju
– Cari stesen yang ingin dituju di ruangan ‘Search’ (contoh: taip Myeongdong)
– Jihachul akan tunjuk ke destinasi yang ingin dituju, seperti contoh gambar di bawah Myeongdong, kemudian tandakan pada ia sebagai stesen Tiba (Arrive at)
– Seterusnya, tandakan dari stesen mana anda akan Bertolak (Depart from): Contoh gambar menunjukkan bertolak (Depart from) dari stesen Konkuk University, Line #2 atau Line #7
– Jihachul akan mengira laluan yang paling cepat, memberikan info transit serta menunjukkan harga tiket. Contoh di bawah menunjukkan laluan yang dibawa oleh Jihachul dari stesen Konkuk University ke stesen Myeongdong yang mengambil masa lebih kurang 26 minit, melalui 9 stesen kesemuanya termasuk TRANSIT (TRANSFER) di stesen Dongdaemun History & Culture Park. Kenalpasti tanda bulat berwarna merah sebagai stesen transit.
3. PINTU MASUK KELUAR: Pastikan anda masuk dan keluar mengikut pintu yang betul. Contohnya untuk ke Myeongdong Shopping Street anda perlu sampai ke stesen Myeongdong, Line #4 dan keluar mengikut pintu bernombor 6 atau 7 (Exit #6 OR #7).
4. SENTIASA RUJUK PAPAN TANDA DAN LABEL: Untuk mengelakkan anda tersesat, sentiasa rujuk pada maklumat di papan tanda setiap kali turun dari keretapi SUBWAY. Papan tanda akan menunjukkan pelan keretapi SUBWAY yang anda naiki berserta label pintu keluar (exit info).
Jika tersesat, usah malu untuk bertanya kepada pegawai bertugas atau sesiapa sahaja kerana orang Korea sedia membantu walaupun kebanyakan mereka tidak fasih berbahasa Inggeris.
Selain papan tanda, anda juga boleh mendapatkan maklumat melalui Skrin Papar Sentuh (Touch Screen) yang memberikan maklumat terkini dan senarai tempat tarikan pelancong di Seoul.
5. KEMUDAHAN & DAYA TARIKAN SUBWAY BAWAH TANAH:
– Tandas Awam
– Ticket Vending & Reload Card Devices
– Locker compartments
– Stroller Parking
– Mother’s Lounge (Nursing, Diaper Changing, Feeding) : Jika pintu masuk ke Nursing Room dikunci, minta bantuan pegawai bertugas untuk membuka kunci pintu bilik. Gambar menunjukkan sebuah Mother’s Lounge yang terdapat di stesen Dongdaemun, sebelum keluar melalui pintu bernombor 5 (Exit #5). Kami juga sempat bersolat fardhu di sini.
– Underground Shopping : Cosmetics, Skin Care, Accessories, Shoes, Clothes & Bedding
– Local Bakery & Coffee Shops
– Convenient Stores (GS 25)
– Art Gallery
– Restaurants
Bagaimana? Anda suka jika saya kongsi TIPS lain seperti: 10 tempat WAJIB dilawati di Korea bersama anak-anak.
Jika YA, sudilah kiranya untuk meninggalkan komen di bawah bersama alamat e-mail atau url anda ya 😉
Hingga bertemu di entri akan datang.
Wassalam =)
T money mmg jimat. Jimat krw100 for each ride jugak if kat busan tu. Best part of subway, toilet bersih is everywhere. Anyway, tak perasan plak tang nursing room tu yee. Tq for info
oh ya? tq jugak for info..dekat busan guna Cash Bee card ke yg jimat 100won? a’ah almost all attractions di seoul ada nursing room especially underground subway yg ada transit station..most of the time keluar tumpang solat kat nursing room 🙂
Syukron atas tulisan nya. Sangat bermanfaat. InsyaAllah suatu waktu nant sy akan safar ke korsel..semoga bermanfaat.
Afwan Khawlah =). InsyaAllah bermannfaat. Jika mahu boleh juga kongsi itinerary ke korsel.
Tq for sharing info!
pinklavender1605.blogspot.com
Sama2. Semoga bermanfaat 😊
boleh ke tmoney card guna utk 2persons
kalau tak pandai berbahasa korea.. perlu tak upah “pemandu pelancong” utk berjalan di sana?
Tak perlu… rata2 pelancong yg ke korea mmg tak tahu berbahasa korea. kalau tak pandai berbahasa korea sekurang2nya boleh berbahasa inggeris sbb facilities yg disediakan ditulis dlm bhs korea dan inggeris. Rugi hire pemandu pelancong sedangkan kita boleh explore korea sendiri. Ataupun boleh guna aplikasi terjemahan bahasa dgn smart phone 😊
Biasanya yg gunakan perkhidmatan pemandu pelancong di korea kalau dtg melancong berkumpulan, dgn org2 tua ataupun org yang tak suka adventure dan benda2 tedious, mahu semua diuruskan oleh pemandu pelancong.
Harap jawapan yg diberikan membantu.
Salam.. kalau 5 orang, perlu 5 t money ke?
Yup, utk 5 org dewasa kena ada sorang satu tmoney nak naik subway/bas. Kalau naik teksi boleh guna 1 tmoney
Assalamualaikum..saya sangat suka info ini..sangat membantu..saya nak bertanya, untuk anak berumur 4tahun perlu guna TMoney dewasa juga ke? Atau boleh beli TMoney untuk kanak-kanak?
Waalaikumussalam Ayu. Terima kasih. Utk anak 4 thn boleh beli TMoney for kids. Ada diskaun kalau xsilap… https://english.visitkorea.or.kr/enu/TRP/TP_ENG_8_1_1.jsp
Hi, sis T-MONEY CARD tu boleh topup kat 7eleven kan ? Dan t-money card tu boleh guna untuk pelbagai jenis kenderaan awam di korea kan ?
Boleh mana2 convenient store atau dekat subway station. Betul boleh guna naik subway, bas dan teksi 🙂
salam..info yg sgt sgt sgt bguna utk sy. sy plan nk ke korea mac 2018 (autumn). 6d5n. tp sy xpasti brp helai pakaian utk dibawa. sy lelaki. harap dpt puan/tuan bantu…
Terima kasih buat tips menaiki subway yg awak share ni. Sangat2 membantu 🙂 lebih2 lagi kalau 1st time pergi sana. Kalau boleh nak step by step untuk elak sesat hihihi..
Nak tanya,
Sebelum menaiki subway, perlu ke kita berdiri kat line yg betul untuk tuju destinasi?
Dan sebelum keluar dr train tu kena standby berdiri depan exit yg hendak dituju?
Sama2. Jika nak contoh itinerary melancong di Seoul boleh tinggalkan email address nnt sy beri itinerary tempat2 melancong di sana. Utk subway tu sudah tentu kita kena pilih Line yang betul utk ke sesuatu destinasi. Yup sebelum keluar kita standby berdekatan pintu terutama ketika subway sarat dengan penumpang. Tapi jangan risau sgt, konsep dia sama mcm naik LRT di malaysia. Cuma di sana jaringan subway lebih luas dan banyak interchange station..jadi penting untuk kita pandai baca plan dan peta lokasi atau guna smart fon untuk track subway line dan lokasi yg hendak dituju. Buat research sebelum ke sana.
sy nak itinerary melancong ke soeul tu..boleh emel ke wanie
hazwanie1294@gmail.com
Ok boleh. Saya dah email ya
kalau anak saya 8 tahun..boleh guna t money ke macam mana?
razmanunited82@gmail.com
Yup. Anak 8 tahun boleh beli Tmoney for kids.
nurmimi.aa@gmail.com
Dpt itinerary tuk backpackers amat appreciate. Mayb 5d4n.
Tq