10 Tempat Wajib Dilawati di Korea Bersama Anak-anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dah tahu bagaimana nak guna keretapi SUBWAY ketika melancong di Korea? Sekarang masa untuk anda menjelajah pula! Di Seoul, saya jamin anda takkan berasa bosan kerana terdapat banyak tempat menarik berserta aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak. Daripada berbasikal kepada bermain ski, muzium interaktif kanak-kanak ke taman tema, perkampungan tradisional dan taman haiwan.

Jom kita tinjau 10 TEMPAT WAJIB DILAWATI DI KOREA BERSAMA ANAK-ANAK: 

  1. Lotte World Adventure Park di Jamsil merupakan taman tema hiburan yang sangat besar ala-ala Resort World Genting, sesuai untuk kanak-kanak berumur setahun ke atas hinggalah kepada orang dewasa. Ia terdiri daripada Indoor dan Outdoor Park. Di antara tarikan di sini ialah Adventure Park seperti roller coaster, bumper car, taman permainan kanak-kanak Kidstoria, taman Eureka, merry-go-round, Magic Island outdoor & wet park dan banyak lagi. Banyak juga rides yang tak dapat naik disebabkan Irfan belum cukup tinggi. (tinggi minimum 90cm)img_3310

    DSCF3074

    DSCF3077

  2. Everland Theme Park di Yongin merupakan taman tema paling popular di kalangan penduduk Korea Selatan dan juga para pelancong. Ia dibina seakan-akan Disneyland dan Universal Studio. Senibina dan rekabentuk landskap di Everland dibuat khas mengikut tema Zootopia, Global Fair, European Adventure, American Adventure dan Magic Land. Anda boleh memilih pakej laluan mengikut kesesuaian samada Children’s Course, Parent’s Course, Thrill-Seeker’s Course atau Short-cut Course. DSCF5807

    everland

    DSCF5796

    DSCF5852

  3. Children’s Grand Park di Gwangjin-gu (Sejong University) merupakan taman mesra keluarga yang sentiasa dipenuhi para pengunjung terutamanya pada musim bunga. Tarikan utama di sini ialah Animal Village, Children’s Zoo, Children’s Interactive Museum, taman botani, taman permainan kanak-kanak, dan lain-lain. Di musim sejuk, orang Korea akan keluar untuk bersenam, bermain salji dan bersiar-siar di sekeliling taman sambil menikmati Ramyun panas dan minum kopi, manakala di musim bunga atau musim panas, mereka menghabiskan masa untuk berpiknik dan berkhemah sepanjang hari, sambil membaca buku, bermain dengan anak-anak dan melawat zoo.IMG_5958

    IMG_5963

    IMG_5360

    DSCF2788

  4. Gwacheon National Science Museum di Seoul Land Gwacheon. Penuh dengan keseronokan dan penemuan berbentuk edukatif sesuai untuk semua peringkat umur. Muzium besar ini terdiri daripada dewan pameran utama, Planetarium, taman Dinosour dan taman permainan kanak-kanak. Pameran-pameran di dewan utama termasuk: Aerospace, Modern Technology, Traditional Science dan Natural History Hall.DSCF6139

    DSCF6152

    DSCF6188

    DSCF6229

  5. Nami Island yang terletak di Chuncheon merupakan sebuah pulau kecil berbentuk bulan sabit dan mula mendapat tempat di hati pelancong selepas tayangan drama Winter Sonata. Namun adakah anda tahu bahawa pulau ini telah dinobatkan sebagai UNICEF Children Friendly Park sempena meraikan kanak-kanak? Oleh itu, sebuah taman permainan kreatif ‘Un-chi’ dan perpustakaan kanak-kanak telah dibina di sebelah dewan UNICEF. Aktiviti-aktiviti yang ideal dilakukan di sini seperti berjalan kaki atau berbasikal menikmati keindahan semulajadi melalui Metasequoia Lane, Ginkgo Tree Lane, Pine Lane (Winter Sonata Lane), Tulip Lane dan Cherry Blossoms Lane.IMG_5427

    IMG_5432

    IMG_5466

    IMG_5478

  6. Hangang Park (Ttukseom) meriah dengan pelbagai aktiviti sepanjang tahun. Di musim sejuk, taman ini menjadi tempat bermain luncur salji (snow sled). Apabila tamat musim sejuk ekstrim, orang Korea berpusu-pusu keluar bersama keluarga dan kawan-kawan untuk berkhemah, berbasikal, bermain layang-layang dan memancing di sepanjang sungai Han. Flea Market yang menjual pakaian, aksesori, kasut, barangan antik, alatan permainan dan buku-buku dibuka setiap hujung minggu sepanjang musim bunga.DSCF3472

    DSCF3852

    IMG_7531

    IMG_7538

    IMG_7712

  7. N Seoul Tower dan kawansan perhutanan di sekelilinngnya dikenali sebagai Namsan Park, salah satu taman yang paling popular di Seoul. Anda boleh memilih samada mahu menaiki kereta kabel atau mendaki bukit melalui laluan yang disediakan (terdapat banyak laluan untuk sampai ke puncak bukit), tetapi selalunnya pelancong hanya menggunakan kereta kabel untuk menjimatkan masa. Tarikan di N Seoul Tower seperti Lock-Your-Love trees, 360 Degree Observatory Deck, pertunjukan kebudayaan Korea, kedai cenderamata dan lain-lain.IMG_6569

    IMG_6571

  8. Meluncur salji di Daemyung Vivaldi Ski Resort atau Konjiam Ski Resort (lokasi K-drama Love Rain) serta menikmati Halal Korean Barbecue pada waktu malam di Homestay ‘pension / minbak’ yang berdekatan. Perjalanan dari Seoul untuk ke Ski Resort memakan masa di antara 1 hingga 2 jam.DSCF2859

    DSCF3368

    DSCF3369DSCF3262

  9. Tak sempat nak lawat Aquaria KLCC takpe, jom kita lawat COEX Aquarium di Gangnam! Taman akuarium dengan 3,000 tan air dan 40,000 hidupan laut dari 650 spesies terletak di tengah-tengah pusat membeli belah COEX. Tema pameran ini disebut “Journey of Water” dan ia direka khas untuk pengembaraan mengikuti air dari pergunungan tinggi Andes, melalui hutan hujan tropika Amazon ke kawasan berpaya, sungai, pantai dan akhirnya ke laut dalam.IMG_412318471

    coex aqua1

    coex aqua3

  10. Perkampungan tradisional Korea Bukchon Hanok Village di Jongno. Ia terletak di antara dua istana Gyeongbokgung dan Changdeokgung. Di sini anda boleh belajar tentang rekabentuk ‘Hanok’ iaitu rumah tradisional Korea, seni dan kraftangan tradisional Korea dan kerja-kerja kayu sambil menikmati panorama yang sangat cantik sepanjang perjalanan. Di samping itu terdapat juga butik-butik baju, kedai-kedai dan galeri seni serta rooftop cafe berkonsep modern contemporary.IMG_7846

    IMG_7844

    IMG_7867

    IMG_7873

Rasa teruja tak nak melancong ke Korea bersama anak-anak? InsyaAllah entri seterusnya kita kupas lebih terperinci satu-satu tempat.

Wassalam =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s