Resepi Mee Kari

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pagi tadi teringin nak makan kari cicah roti bakar ala-ala Old Town Cafe. Bila fikir semula, 2 keping roti cicah kuah kari ayam mangkuk kecil dah RM10 seorang. Kalau anak beranak makan 4 orang dah RM40. Untung bila berniaga ni. Tak kisah la berniaga apa pun, mesti ada orang nak beli.

Berbalik pada kisah kari, sebenarnya saya nak buat kuah kari utk makan dengan roti paratha je. Entah macamana boleh jadi Mee Kari. Resepi campak-campak apa yang ada je, tak sama macam ummi saya duk masak selalu tapi boleh tahan sedap jugak la. Hehe

Bahan-bahan:

Kari Ayam:

3 keping dada ayam dipotong dadu
2 biji kentang bersaiz sederhana dipotong empat
1 tangkai daun kari
1 inci halia dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
6 ulas bawang merah dihiris
Santan 150ml
3 sudubesar rempah kari ayam BABA’S (dilarutkan dlm 3/4 cawan air)
3 cawan air
Kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
Garam secukup rasa
4 sudubesar minyak zaitun

Garnish:

2 biji telur rebus
2 ikat Pak Choy dipotong dan dicelur dalam air mendidih dan dituskan
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng
1 paket Mee kuning 500gm dibasuh dan dicelur dalam air mendidih dan dituskan
Sambal merah/ sambal belacan
Limau nipis

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak di dalam periuk
2. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari bersama kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang. Tumis sehingga naik bau lebih kurang 2 minit.
3. Masukkan rempah kari babas dan biarkan selama 2 minit pada api sederhana.
4. Masukkan air, ayam dan kentang yang dipotong dadu. Tutup periuk dan biarkan selama 5-10min atau sehingga masak.
5. Masukkan santan dan garam secukup rasa. Kacau supaya tidak pecah minyak.
6. Tutup api dan sedia dimakan dengan mee kuning bersama garnish.

*Notakaki:
1. Hidangan di atas untuk 2-4 orang makan.
2. Variasi Mee Kari: Lebih sedap jika diletak kerang, fishball dan tauhu.
3. Boleh juga dimakan dengan nasi, roti bakar, roti paratha atau roti jala.

IMG_0082.JPG

IMG_0081.JPG

IMG_0079.JPG

IMG_0077.JPG

IMG_0078.JPG

2 thoughts on “Resepi Mee Kari

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s