Assalamualaikum,
Hari ini saya ingin berkongsi satu aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama anak-anak di musim cuti sekolah iaitu membuat BEKAS ALAT TULIS DARI BAHAN TERBUANG seperti tin kosong.
Bahan-bahan:
- Tin kosong
- Kertas pembalut hadiah / surat khabar / kertas kitar semula
- Reben & Manik (untuk hiasan)
- Glue Gun
- Gunting
Setelah mengumpul bahan-bahan di atas, ikuti 5 langkah mudah untuk membuat BEKAS ALAT TULIS DARI BAHAN TERBUANG seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah:
Kebaikan-kebaikan aktiviti seperti ini ialah:
- Meningkatkan kreativiti anak-anak dengan berfikir tentang pemilihan warna, corak dan sebagainya
- Mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana dapat meluangkan masa yang berkualiti di antara ibu bapa dan anak-anak
- Menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli bekas alat tulis di kedai
- Menyokong kempen 3R atau Kitar Semula
Selamat mencuba! =)
mintak izin share sis..tq
boleh silakan share