3 Sebab Utama Ostematrix Menjadi Pilihan

Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera,

Semasa saya mula menggunakan produk kesihatan Shaklee, saya mengambil beberapa produk di bawah:

1. Meal Shakes untuk menambah selera makan anak dan sebagai instant breakfast untuk diri saya sebagai WAHM yang sibuk dan kadangkala tak sempat makan

2. Energizing Soy Protein (ESP) untuk mengekalkan tenaga di samping menjaga kesihatan kulit supaya halus mulus

3. Omega Guard untuk kesihatan otak kerana hilang fokus dan depresi selepas melahirkan anak pertama. Lepas ni kalau mengandung anak ke-3 wajib ambil Set Kehamilan Shaklee utk kebaikan ibu dan anak!

4. Alfalfa Complex untuk detoks badan dan menambah susu di samping memelihara kesihatan rahim wanita

5. Vita E Complex untuk kesihatan dalaman juga untuk kecantikan kulit

Memang menjadi kesukaan saya untuk mencuba satu-persatu produk Shaklee kerana ingin melihat keberkesanannya, jadi kelak mudah untuk saya memberi cadangan kepada pelanggan saya yang tersayang =)

Pada suatu hari, saya tergerak hati untuk mencuba Ostematrix Shaklee untuk menampung kekurangan kalsium dalam badan saya. Nak tahu tak Ostematrix membekalkan 100% nilai pengambilan harian yang diperlukan badan kita:

  • 1000mg unsur Kalsium berkepekatan tinggi dari sumber alam semulajadi dan mudah diserap oleh badan
  • 400mg Magnesium untuk membantu menggabungkan Kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400IU Vitamin D untuk merangsang penyerapan Kalsium

Ura-ura di kalangan SID mengatakan bahawa pengambilan Ostematrix membantu mendapatkan tidur yang nyenyak dan berkualiti serta membantu orang-orang yang mengalami sembelit! HAH, sayalah orang yang bermasalah sebegitu! Bukan setakat itu saja, saya rasa terlebih rajin nak buat eksperimen dengan produk ini, jadi saya mula merekod kesan pengambilan Ostematrix selama 7 hari berturut-turut! Bagi saya jika kita nak yakinkan seseorang dengan keberkesanan sesuatu produk, diri kita lah yang menjadi Testimoni terbaik untuk menceritakan kepada para pelanggan.

Berikut merupakan pengalaman saya mengambil Ostematrix selama 7 hari berturut-turut. Saya amalkan memakan 4 biji Ostematrix, 2 biji selepas makan tengahari dan 2 biji sebelum tidur. 

Hari Pertama: Tidur lewat melepasi jam 12 malam tapi dapat bangun tidur macam spring keesokan paginya menjelang  waktu subuh.

Hari Kedua: Tidur lebih lewat dari hari pertama, dapat bangun dengan mudah (tak macam spring tapi badan rasa ringan nak bangun pagi). Pagi-pagi lagi dah ke tandas.

Hari Ketiga: Tidur awal sebelum jam 12 malam. Lebih segar untuk bangun keesokan pagi. Tidak lagi mengalami sembelit.

Hari Keempat hingga Hari Ketujuh: Lebih kurang sama seperti hari-hari sebelumnya. Yang BEST saya dah dapat merasakan sendiri keberkesanan Ostematrix terhadap diri saya.Maka benarlah desas desus yang SID dok gembar-gemburkan sebelum ini, dan saya bukanlah syok sendiri!

Di sini dapatlah saya ringkaskan 3 SEBAB UTAMA OSTEMATRIX MENJADI PILIHAN saya:

  1. Ostematrix menguatkan tulang dan gigi serta mengurangkan kekejangan dan kebas-kebas kaki
  2. Ostematrix menjadi penyelamat saya dari masalah sembelit yang saya hadapi selepas melahirkan anak
  3. Ostematrix membantu saya mendapatkan tidur yang nyenyak dan berkualiti (deep quality sleep) walaupun hanya beberapa jam sehari.

Osteomatrix_pic

Akhir kata, walaupun supplemen terbukti berkesan dalam membantu meningkatkan taraf kesihatan, namun kita tidak seharusnya mengambil jalan pintas untuk tidak mengamalkan cara hidup sihat. Badan kita memerlukan makanan seimbang dan senaman yang berterusan untuk mengekalkan ketumpatan tulang (bone density) supaya tulang tidak poros/rapuh. Supplemen sebagai salah satu alternatif untuk menangani gaya hidup kini yang penuh kesibukan harian terutama bagi yang tinggal di kotaraya.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Ostematrix atau mana-mana vitamin semulajadi keluaran Shaklee dengan penjimatan sehingga 20%, hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk dan harga, serta KONSULTASI PERCUMA dan berterusan.

  • E-mail: zahara.johari@gmail.com
  • SMS/Whasapp/Telegram : 013-3883575
  • Facebook Page: V for Vitamin 
  • Facebook: Intan Zaharah
  • COD Petaling Jaya, Ara Damansara, Subang Jaya, Shah Alam & POSLAJU/GDex ke seluruh Malaysia

Sekian, wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s