Hadiah Hari Ibu yang Awesome!

Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera,

Lebih kurang sebulan dari sekarang Malaysia bakal meraikan Hari Ibu. Pasti anak-anak dah mula cari sesuatu yang istimewa untuk ibu yang tersayang, bukan? Biasanya saya suka bagi kejutan dari Pods & Petals atau Far East Flora untuk ummi. Senang saja, KLIK KLIK dan bayar online! Boleh juga kalau nak selitkan kad ucapan bersama.

fareastflora

Tapi semenjak berbisnes Shaklee, saya lagi suka hadiahkan supplemen Shaklee. Ummi pun lagi suka (walaupun sebenarnya kalau boleh nak la dapat dapat sejambak bunga daripada anak-anak jugak!) Hehe. Hakikatnya bunga dan wanita memang tak dapat dipisahkan.

Kalau nak tahu, hadiah pertama Shaklee yg saya bagi pada ummi ialah OSTEMATRIX iaitu supplemen yang mengandungi Kalsium, Vitamin D dan Magnesium untuk menyokong kesihatan tulang dan gigi. Ummi sangat mementingkan kesihatan badan. Kata ummi memang ummi doa sangat supaya dikurniakan kesihatan yang baik sehingga hari tua nanti. Kalau boleh ummi tak mahu kemudian hari jatuh sakit anak-anak kena jaga. (Sebenarnya anak-anak tak kisah langsung nak jaga parents. Mereka lagi suka kerana itulah syurga mereka. Tapi cakap memang senang, kerana anak-anak pun belum pernah diuji demikian rupa).

Nak jaga orang-orang tua kena banyak sabar. Ummi dah biasa jaga orang tua-tua yang uzur dan sakit. Jadi mungkin sebab tu kesedaran tentang kesihatan sangat tinggi. Tapi betullah kata ummi. Semua org pun kalau boleh nak sihat sampai bila-bila. Tapi semua tu kuasa Allah. Apa yang boleh dilakukan ialah mengawal beberapa faktor seperti:

1. PEMAKANAN SEIMBANG : Pastikan makan makanan yang seimbang, halal dan toyyiban. Banyakkan makanan sayur-sayuran dan buah-buahan dan jika mampu bertukarlah kepada makanan organik.

2. SELALU BERSENAM : Ianya dapat memastikan kecergasan badan dan kecerdasan minda, menghilangkan lenguh-lenguh dan sakit badan serta mengekalkan ketumpatan jisim tulang (mass bone density)

3. MINUM AIR CUKUP : Air di sini bukanlah air coca cola, pepsi, kordial, teh tarik, milo dinosour dan yang seangkatan dengannya. Minumlah air kosong, air bersih, air masak, air mineral atau air tapis. Minum sekurang-kurangnya 2-3 liter air sehari untuk memastikan penyerapan nutrien secara optimum dan penyingkiran toksin secara efektif daripada badan.

4. CUKUP TIDUR : Tidur yang cukup sangat penting kerana seluruh badan dan organ-organ perlukan rehat setelah seharian bekerja keras. Tidur yang ideal ialah selama 6-8 jam sehari. Tapi jika dikaji secara realistik, adakah rata-rata kita hari ini benar-benar mendapatkan tidur yang cukup 6-8 jam sehari? Susah juga terutama golongan bekerjaya dan ibu-ibu yang sibuk menguruskan rumahtangga serta anak-anak. Macam-macam perkara nak diselesaikan dalam sehari hinggakan kadang-kadang tak cukup 24 jam. Oleh itu kita harus bijak merancang waktu tidur untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Ketika tidur (pada waktu yang disarankan iaitu sebaiknya sebelum jam 12 malam) tubuh kita melakukan proses penyingkiran toksin melalui hati, hempedu, paru-paru dan usus. Jika tidak mendapat tidur secukupnya atau sering tidur lewat, racun-racun toksin tidak dapat dicerna dan dikeluarkan oleh badan.

5. SOLAT MALAM : Apabila tidur awal, badan kita seperti mempunyai jam loceng automatik yang akan mengejutkan pada sekitar jam 4-5 pagi. Waktu ini dipanggil sepertiga malam terakhir di mana Allah berada paling hampir dengan hamba-hambaNya, menanti kita untuk meminta, merintih apa saja kepadaNya. Di antara kelebihan solat malam ialah memberikan kekuatan badan dan akal fikiran serta mendapatkan ketenangan jiwa dalam menghadapi cabaran hidup.

6. PENGAMBILAN SUPPLEMEN : Berbalik kepada point no.1 di mana kita mesti memakan makanan yang halal dan toyyiban, sedar tak sejauh mana kita berdisiplin dalam mengawal pemakanan, hakikatnya makanan hari ini dipenuhi dengan racun perosak, disuntik dengan hormon dan antibiotik, makanan diproses dan diubah secara genetik (GMO) dan sebagainya. Oleh itu, pengambilan supplemen dapat menampung kekurangan nutrien, menyahtoksik badan kita daripada bahan kimia berbahaya, mencegah perkembangan radikal bebas serta membantu menyeimbangkan pH badan berasid kepada alkali.

Berbalik kepada cerita saya menghadiahkan ummi dengan supplemen Shaklee, dah lama memasang niat dalam hati nak hadiahkan VIVIX si tonik ajaib kepada ummi satu hari nanti. (Hadiah supplemen untuk abah pun ada, tapi kena tulis satu entri yang berasingan pula…hehe). Harapan saya mudah-mudahan kedua ibu bapa saya dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan supaya mudah melakukan kerja-kerja dan ibadah harian. VIVIX bukan sahaja membantu meningkatkan tenaga dan memberikan kesihatan yang baik malah membantu mengurangkan penderitaan pelbagai penyakit kronik seperti DIABETES dan KANSER!

IMG_1893

Sebotol VIVIX (150ml) berharga RM503.50 (termasuk 6% GST). Alhamdulillah, dengan BONUS SHAKLEE, impian saya terlaksana jua bulan ini. Tak susah pun nak makan. Hanya satu sudu teh sehari selepas makan, atau dimakan sebelum tidur. Oh ya, istimewa sangatkah VIVIX ni hinggakan menjadi kegilaan orang-orang yang health conscious ni? Kalau nak tahu kenalah cuba dahulu =)

Untuk anda yang berminat untuk membuat pesanan VIVIX si tonik ajaib bolehlah KLIK SINI. ATAU anda ingin mendapatkan VIVIX dengan PENJIMATAN SEHINGGA 20%, hubungi saya untuk mendapatkan KONSULTASI EKSKLUSIF berkenaan produk dan harga.

  • E-mail: zahara.johari@gmail.com
  • SMS/Whatsapp/Telegram : 013-3883575
  • Facebook Page: V for Vitamin 
  • Facebook: Intan Zaharah
  • COD Petaling Jaya, Ara Damansara, Bandar Sunway, Subang Jaya, Shah Alam
  • POSLAJU/GDex ke seluruh Malaysia

Wassalam =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s