Resepi Char Koay Teow

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, sudah 15 hari kita dikurniakan nikmat berpuasa di bulan Ramadhan. Mudah-mudahan kita terus beristiqamah dalam melakukan amal kebaikan dan kebajikan.

Semalam suami saya menghantar mesej Whatsapp yang berbunyi, “makan Char Koay Teow pun best”. Saya hanya tersenyum selepas membaca mesej tersebut. Begitulah sikapnya kalau mahukan sesuatu tidak terus cakap melulu, pasti berlapik ataupun bertanyakan saya dulu. Saya rasa sangat bersyukur kerana sikap suami yang tidak cerewet memilih makanan. Apa yang saya masak semua dimakan saja (tolak batu dan kayu saja). Kadang-kadang dipuji dulu sebelum meminta sesuatu supaya hati saya berbunga-bunga bersemangat nak memasak.

Satu lagi cara suami untuk menggalakkan saya memasak ialah dengan cara ‘mencabar’ saya. Saya berasa sedikit tekanan di situ. Geram juga kadang-kadang kerana suami tidak suka melihat saya berada di ‘Comfort Zone’ ulang-ulang masak benda yang sama. Pernah satu hari dibeli Teratai (Lotus Root) untuk saya masak. Saya pula tak pernah tengok bagaimana lah rupa Lotus Root ni. Saya tanya, “nak masak apa ni sayang?” Selamba suami saya jawab, “That you have to figure out” sambil tersenyum. Sungguh mencabar kewibawaan saya sebagai seorang tukang masak di rumah sendiri! ;p

macam ni rupa teratai

macam ni rupa teratai

Berbalik kepada permintaan untuk memasak Char Koay Teow, memang menjadi kebiasaan kami setiap kali balik ke Pulau Pinang pasti diterjah gerai Char Koay Teow di Sungai Dua atau Tokong Ular. Sebelum ni memang tak pandai memasak Char Koay Teow. Resepi ini saya belajar dari kakak sulung yang memang pandai memasak.

Kakak saya pesan, nak masak Char Koay Teow mesti guna api besar tapi dalam masa yang sama kena pandai kawal supaya masakan kita tak rasa rentung, dan boleh siap masak dalam masa 5 minit sahaja!

Bahan-bahan (untuk hidangan 1 pinggan / seorang):

2 ulas bawang putih ditumbuk lumat 1 sudubesar cili giling

1 sudubesar kicap cair

1 sudubesar kicap manis Kicap Kipas Udang

1 cawan air udang (air rebusan udang)

4 ekor udang bersaiz sederhana atau besar

1 sudubesar kerang laut

1 genggam taugeh

1 genggam kucai

1 genggam koay teow

1 biji telur

3 sudubesar minyak masak

Cili Potong atau Cili Jeruk

memori char koay teow 2010

memori char koay teow 2010

memori char koay teow 2014

memori char koay teow 2014

char koay teow 2015

char koay teow 2015

Cara-cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali atau non-stick pan pada api besar
  2. Masukkan bawang putih, kacau sedikit dan masukkan cili giling
  3. Apabila cili hampir garing, masukkan udang, apabila udang bertukar warna, masukkan pula air rebusan udang
  4. Apabila mula mendidih masukkan kicap cair dan kicap manis, kacau
  5. Masukkan taugeh, diikuti dengan kucai dan kerang
  6. Masukkan pula koay teow dan kacau sehingga koay teow lembut
  7. Pecahkan telur ke dalam kuali dan terus mengacau, jangan biarkan telur masak sepenuhnya.
  8. Tutup api dan tuang Char Koay Teow ke dalam pinggan
  9. Makan segera bersama cili potong atau cili jeruk
char koay teow siap!

percubaan #1 char koay teow

Bagaimana, rasa teruja kan nak masak Char Koay Teow? Lima minit dah siap!

Sempat pula suami memberi komen, “sayang tak payah kerja lain lah, bukak gerai char koay teow mesti ramai org makan!” Dalam hati saya mengomel “penat kot nak berdiri depan kuali tiap2 hari habis berpeluh ketiak. Lagi best buat bisnes Shaklee. Kat mana-mana pon boleh. Nak bisnes sambil berjalan, duduk, baring, tergolek semua boleh lah. Sambil menyusukan anak pon boleh”. Lebih-lebih lagi sekarang dah ada aplikasi baru smartphone My Shaklee yang dilancarkan pada Shaklee National Conference baru-baru ini, senang nak uruskan order pelanggan, tak perlu menghadap laptop semua Shaklee dah sediakan di hujung jari!

my shaklee pocket app

My Shaklee pocket app untuk Android dan iOs

Akhir kata, selamat mencuba resepi Char Koay Teow dan selamat berpuasa buat seluruh umat Islam  🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s