Resepi Keema Daging 

Sebenarnya pertama kali saya makan keema daging dekat Restoran Samira Pakistani & Arab Cuisine di SS 5, Kelana Jaya. Sedapnya sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi. 

Ramai pelanggan tetap yang ulang alik ke restoran Samira ni sebenarnya termasuklah saya sekeluarga. Pekerja-pekerja di sana pun mesti dah tahu nak order apa bila kitorang sampai. 

Pagi-pagi makan capati dan keema daging. Kalau tengahari pula samada makan Nasi Briyani atau Nasi Mandy. Bukan apa, harga makanan di restoran Samira sangatlah berpatutan berbanding restoran-restoran arab yang lain di sekitar Lembah Klang. Tapi takdelah makan setiap hari di sini. Adalah dalam 2 kali sebulan. 

  • Harga capati lebih kurang RM1.50 
  • Keema daging RM4.00 (boleh kongsi 2 org makan) 
  • Nasi Briyani Ayam lebih kurang RM9.00
  • Nasi Mandy Ayam pula dalam lingkungan RM10.50 

Berbalik kepada resepi Keema Daging. Taktahu pun resepi apa yang taukeh restoran ni guna, tapi saya guna carian google tengok ramuan utama masakan keema daging ialah rempah ratusnya yang terdiri daripada garam masala, serbuk kunyit, serbuk jintan manis, jintan putih, dan serbuk ketumbar. 

Nak senang beli saja rempah keema jenama Shan ataupun rempah garam masala, senang tak payah nak pening memikirkan rempah ratus yang nak digunakan. 

Berikut resepi keema daging yang saya olah sendiri mengikut citarasa sesuka hati. 

  
Bahan-bahan: 

  1. 300 gm daging cincang
  2. 1-2 biji labu bawang besar (dipotong dadu)
  3. 1 1/2 inci halia (dihiris)
  4. 1 cawan minyak masak 
  5. Campuran bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga 
  6. 2 biji ubi kentang (dipotong dadu) 
  7. 4 sudubesar garam masala
  8. 2 sudubesar serbuk kari daging BABAS
  9. Garam secukup rasa
  10. 1 ikat daun ketumbar 
  11. 2 cawan air 

Cara-cara memasak: 

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan 2,3 dan 5 sehingga naik bau dan keperangan. 
  2. Masukkan ubi kentang dan daging cincang, tutup kuali selama 3-5 minit pada api sederhana. 
  3. Masukkan serbuk kari, rempah garam masala, dan garam secukup rasa serta kacau sehingga rata.
  4. Masukkan air dan tutup kuali selama 5 – 10 minit pada api sederhana besar. 
  5. Buka kuali, masukkan daun ketumbar yang dipotong halus dan gaul sehingga sekata dan memenuhi citarasa anda. 

Cadangan hidangan: 

Boleh dimakan bersama Capati, roti Pita, roti Arab, roti bakar, roti tortilla atau nasi. 

  

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s