5 Persediaan Menghadapi Musim Sejuk di Korea Selatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

image

Kebelakangan ini ramai orang Malaysia yang bercuti-cuti di Korea nampaknya, terutamanya di musim sejuk. Rata-rata pengunjung yang datang di musim ini memberitahu bahawa mereka teringin nak merasa musim sejuk dan bermain salji.

Dua perkara yang tidak boleh pandang enteng ketika bercuti pada musim sejuk ialah etika pemakaian dan penjagaan kesihatan di musim sejuk. Ramai yang berkunjung ke Korea pada musim sejuk namun akhirnya kecundang akibat kejutan cuaca yang sangat sejuk. Kami sekeluarga juga tidak terkecuali, lebih kurang sebulan mengambil masa menyesuaikan diri dengan cuaca musim sejuk di Korea Selatan.

Cuaca di Malaysia adalah panas dan lembap sepanjang tahun, manakala di Korea Selatan walaupun pada musim sejuk (Disember ke Februari), cuacanya amat kering, selalu berangin dan sejuk yang ekstrim sehingga mencecah -10 darjah Celcius. Oleh itu bagi anda yang akan ke Korea Selatan pada musim sejuk, pastikan anda membuat 5 persediaan menghadapi musim sejuk di Korea Selatan seperti berikut:

1. PAKAIAN: Pakai pakaian yang sesuai sekurang-kurangnya 3 lapisan iaitu:
lapisan dalam juga dipanggil inner layer/ Long John/ Heat Tech (boleh dibeli di mana-mana kedai Uniqlo)
lapisan tengah juga dipanggil sebagai fleece layer, biasanya sweater atau baju yang memerangkap haba
lapisan luar iaitu winter jacket
seluar panjang yang sesuai dengan musim sejuk
stokin yang memerangkap haba
sarung tangan (gloves)
scarves untuk melindungi leher daripada kesejukan
kasut boot atau sneakers bertutup yang selesa dan tahan geseran supaya tidak tergelincir apabila berjalan di atas permukaan salji
kaca mata hitam (sunglasses) untuk melindungi pandangan daripada silau cahaya matahari yang terang
topeng muka (mask) untuk melindungi daripada angin sejuk yang menghiris kulit muka
image

2. BABY GEARS: Ibu bapa yang membawa anak-anak kecil digalakkan menggunakan kereta tolak (stroller) dan gendong bayi (baby carrier) yang bersesuaian. Di samping itu perlulah di ingatkan utk menggunakan penghadang angin (windbreaker) pada kereta tolak dan sarung pemanas bayi (baby warmer) untuk menghalang angin sejuk menyelubungi anak-anak kecil
image

3. PENJAGAAN KULIT: Oleh kerana cuaca yang kering, pastikan anda juga membawa krim, losyen dan lip balm untuk memastikan kulit sentiasa lembap dan tidak merekah. Saya suka menggunakan gel Aloe Vera Nature Republic dan Krim Serbaguna Herbal Blend Shaklee

4. JIKA SAKIT: Pastikan anda membawa ubat-ubatan yang telah disyaratkan doktor seperti paracetamol, panadol dan ubat-ubatan lain yang perlu. Selain itu, anda juga boleh membawa beberapa supplemen tambahan untuk memelihara imun sistem supaya tidak mudah terkena jangkitan kuman. Antara supplemen yang disyorkan apabila bercuti ke dalam mahupun luar negara ialah: Vitamin C, Nutriferon, Vitamin E dan Performance Drink.
image

5. MAKANAN: Cuaca yang sejuk sering membuatkan kita cepat haus dan lapar. Oleh itu, pastikan kita membawa bekal makanan dan minuman yang cukup terutamanya untuk anak-anak kecil dan golongan tua.

Semoga tips yang diberikan di atas sedikit sebanyak membantu anda membuat persiapan yang rapi sebelum berangkat ke Korea Selatan.

Wassalam ๐Ÿ™‚

2 thoughts on “5 Persediaan Menghadapi Musim Sejuk di Korea Selatan

  1. Salam. Terima kasih atas info yg bermanfaat. Salam perkenalan dari saya dari Ulsan, Korea.

    Untuk musim sejuk saya cadangkan untuk ke Pyeongchang Trout Festival di Pyeongchang. Waktunya dari pertengahan disember hingga penghujung January. Antara aktiviti menarik kat sini ialah memancing ikan Trout dibawah ais. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s