Salted Egg Fried Rice

Resepi Nasi Goreng Telur Masin

Bahan-bahan:

4-5 cawan nasi putih
2 biji telur
2 ulas bawang putih ditumbuk
3 sdb butter
3 sdb pes telur masin #Dapodell
Serbuk lada putih

Cara Memasak:

1. Goreng scrambled eggs terlebih dahulu. Angkat dan tuang ke atas nasi putih.
2. Cairkan butter dalam kuali, tumis bawang putih sehingga naik aroma, masukkan pes telur masin Dapodell, kacau2 sehingga berbuih, akhir sekali masukkan nasi dan scrambled eggs, lada putih, masak hingga sekata.

Siap!