5 Persediaan Menghadapi Musim Sejuk di Korea Selatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

image

Kebelakangan ini ramai orang Malaysia yang bercuti-cuti di Korea nampaknya, terutamanya di musim sejuk. Rata-rata pengunjung yang datang di musim ini memberitahu bahawa mereka teringin nak merasa musim sejuk dan bermain salji.

Dua perkara yang tidak boleh pandang enteng ketika bercuti pada musim sejuk ialah etika pemakaian dan penjagaan kesihatan di musim sejuk. Ramai yang berkunjung ke Korea pada musim sejuk namun akhirnya kecundang akibat kejutan cuaca yang sangat sejuk. Kami sekeluarga juga tidak terkecuali, lebih kurang sebulan mengambil masa menyesuaikan diri dengan cuaca musim sejuk di Korea Selatan.

Cuaca di Malaysia adalah panas dan lembap sepanjang tahun, manakala di Korea Selatan walaupun pada musim sejuk (Disember ke Februari), cuacanya amat kering, selalu berangin dan sejuk yang ekstrim sehingga mencecah -10 darjah Celcius. Oleh itu bagi anda yang akan ke Korea Selatan pada musim sejuk, pastikan anda membuat 5 persediaan menghadapi musim sejuk di Korea Selatan seperti berikut:

1. PAKAIAN: Pakai pakaian yang sesuai sekurang-kurangnya 3 lapisan iaitu:
lapisan dalam juga dipanggil inner layer/ Long John/ Heat Tech (boleh dibeli di mana-mana kedai Uniqlo)
lapisan tengah juga dipanggil sebagai fleece layer, biasanya sweater atau baju yang memerangkap haba
lapisan luar iaitu winter jacket
seluar panjang yang sesuai dengan musim sejuk
stokin yang memerangkap haba
sarung tangan (gloves)
scarves untuk melindungi leher daripada kesejukan
kasut boot atau sneakers bertutup yang selesa dan tahan geseran supaya tidak tergelincir apabila berjalan di atas permukaan salji
kaca mata hitam (sunglasses) untuk melindungi pandangan daripada silau cahaya matahari yang terang
topeng muka (mask) untuk melindungi daripada angin sejuk yang menghiris kulit muka
image

2. BABY GEARS: Ibu bapa yang membawa anak-anak kecil digalakkan menggunakan kereta tolak (stroller) dan gendong bayi (baby carrier) yang bersesuaian. Di samping itu perlulah di ingatkan utk menggunakan penghadang angin (windbreaker) pada kereta tolak dan sarung pemanas bayi (baby warmer) untuk menghalang angin sejuk menyelubungi anak-anak kecil
image

3. PENJAGAAN KULIT: Oleh kerana cuaca yang kering, pastikan anda juga membawa krim, losyen dan lip balm untuk memastikan kulit sentiasa lembap dan tidak merekah. Saya suka menggunakan gel Aloe Vera Nature Republic dan Krim Serbaguna Herbal Blend Shaklee

4. JIKA SAKIT: Pastikan anda membawa ubat-ubatan yang telah disyaratkan doktor seperti paracetamol, panadol dan ubat-ubatan lain yang perlu. Selain itu, anda juga boleh membawa beberapa supplemen tambahan untuk memelihara imun sistem supaya tidak mudah terkena jangkitan kuman. Antara supplemen yang disyorkan apabila bercuti ke dalam mahupun luar negara ialah: Vitamin C, Nutriferon, Vitamin E dan Performance Drink.
image

5. MAKANAN: Cuaca yang sejuk sering membuatkan kita cepat haus dan lapar. Oleh itu, pastikan kita membawa bekal makanan dan minuman yang cukup terutamanya untuk anak-anak kecil dan golongan tua.

Semoga tips yang diberikan di atas sedikit sebanyak membantu anda membuat persiapan yang rapi sebelum berangkat ke Korea Selatan.

Wassalam ūüôā

10 Tempat Wajib Dilawati di Korea Bersama Anak-anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dah tahu bagaimana nak guna keretapi SUBWAY ketika melancong di Korea? Sekarang masa untuk anda menjelajah pula! Di Seoul, saya jamin anda takkan berasa bosan kerana terdapat banyak tempat menarik berserta aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak. Daripada berbasikal kepada bermain ski, muzium interaktif kanak-kanak ke taman tema, perkampungan tradisional dan taman haiwan.

Jom kita tinjau 10 TEMPAT WAJIB DILAWATI DI KOREA BERSAMA ANAK-ANAK: 

  1. Lotte World Adventure Park di Jamsil merupakan taman tema hiburan yang sangat besar ala-ala Resort World Genting, sesuai untuk kanak-kanak berumur setahun ke atas hinggalah kepada orang dewasa. Ia terdiri daripada Indoor dan Outdoor Park. Di antara tarikan di sini ialah Adventure Park seperti roller coaster, bumper car, taman permainan kanak-kanak Kidstoria, taman Eureka, merry-go-round, Magic Island outdoor & wet park dan banyak lagi. Banyak juga rides yang tak dapat naik disebabkan Irfan belum cukup tinggi. (tinggi minimum 90cm)img_3310

    DSCF3074

    DSCF3077

  2. Everland Theme Park di Yongin¬†merupakan taman tema paling popular di kalangan penduduk Korea Selatan dan juga para pelancong. Ia dibina seakan-akan Disneyland dan Universal Studio. Senibina dan rekabentuk landskap di Everland dibuat khas mengikut¬†tema Zootopia, Global Fair, European Adventure, American Adventure dan Magic Land. Anda boleh memilih¬†pakej laluan mengikut kesesuaian samada Children’s Course, Parent’s Course, Thrill-Seeker’s Course atau Short-cut Course.¬†DSCF5807

    everland

    DSCF5796

    DSCF5852

  3. Children’s Grand Park di Gwangjin-gu (Sejong University) merupakan taman mesra keluarga yang sentiasa dipenuhi para pengunjung terutamanya pada musim bunga. Tarikan utama di sini ialah Animal Village, Children’s Zoo, Children’s Interactive Museum, taman botani, taman permainan kanak-kanak, dan lain-lain. Di musim sejuk, orang Korea akan keluar untuk¬†bersenam, bermain salji dan bersiar-siar di sekeliling taman sambil menikmati Ramyun panas dan minum kopi, manakala di musim bunga atau musim panas, mereka menghabiskan masa untuk berpiknik dan berkhemah¬†sepanjang hari, sambil membaca buku, bermain dengan anak-anak dan melawat zoo.IMG_5958

    IMG_5963

    IMG_5360

    DSCF2788

  4. Gwacheon National Science Museum di Seoul Land Gwacheon. Penuh dengan keseronokan dan penemuan berbentuk edukatif sesuai untuk semua peringkat umur. Muzium besar ini terdiri daripada dewan pameran utama, Planetarium, taman Dinosour dan taman permainan kanak-kanak. Pameran-pameran di dewan utama termasuk: Aerospace, Modern Technology, Traditional Science dan Natural History Hall.DSCF6139

    DSCF6152

    DSCF6188

    DSCF6229

  5. Nami Island¬†yang terletak di Chuncheon¬†merupakan sebuah pulau kecil berbentuk bulan sabit¬†dan mula mendapat tempat di hati pelancong selepas tayangan drama Winter Sonata. Namun adakah anda¬†tahu bahawa pulau ini telah dinobatkan sebagai UNICEF Children Friendly Park sempena meraikan kanak-kanak? Oleh itu, sebuah taman permainan kreatif ‘Un-chi’ dan perpustakaan kanak-kanak¬†telah dibina di sebelah dewan UNICEF. Aktiviti-aktiviti yang ideal dilakukan di sini seperti berjalan kaki atau berbasikal menikmati keindahan semulajadi melalui Metasequoia Lane, Ginkgo Tree Lane, Pine Lane (Winter Sonata Lane), Tulip Lane dan¬†Cherry Blossoms Lane.IMG_5427

    IMG_5432

    IMG_5466

    IMG_5478

  6. Hangang Park (Ttukseom) meriah dengan pelbagai aktiviti sepanjang tahun. Di musim sejuk, taman ini menjadi tempat bermain luncur salji (snow sled). Apabila tamat musim sejuk ekstrim, orang Korea berpusu-pusu keluar bersama keluarga dan kawan-kawan untuk berkhemah, berbasikal, bermain layang-layang dan memancing di sepanjang sungai Han. Flea Market yang menjual pakaian, aksesori, kasut, barangan antik, alatan permainan dan buku-buku dibuka setiap hujung minggu sepanjang musim bunga.DSCF3472

    DSCF3852

    IMG_7531

    IMG_7538

    IMG_7712

  7. N Seoul Tower dan kawansan perhutanan di sekelilinngnya dikenali sebagai Namsan Park, salah satu taman yang paling popular di Seoul. Anda boleh memilih samada mahu menaiki kereta kabel atau mendaki bukit melalui laluan yang disediakan (terdapat banyak laluan untuk sampai ke puncak bukit), tetapi selalunnya pelancong hanya menggunakan kereta kabel untuk menjimatkan masa. Tarikan di N Seoul Tower seperti Lock-Your-Love trees, 360 Degree Observatory Deck, pertunjukan kebudayaan Korea, kedai cenderamata dan lain-lain.IMG_6569

    IMG_6571

  8. Meluncur salji di Daemyung Vivaldi¬†Ski Resort atau¬†Konjiam Ski Resort¬†(lokasi K-drama Love Rain) serta menikmati Halal Korean Barbecue¬†pada waktu malam di Homestay¬†‘pension / minbak’ yang berdekatan. Perjalanan dari Seoul untuk ke Ski Resort memakan masa di antara 1 hingga 2 jam.DSCF2859

    DSCF3368

    DSCF3369DSCF3262

  9. Tak sempat nak lawat Aquaria KLCC takpe, jom kita lawat¬†COEX Aquarium di Gangnam!¬†Taman akuarium dengan 3,000 tan air dan 40,000 hidupan laut dari 650 spesies terletak di tengah-tengah pusat membeli belah COEX. Tema pameran ini disebut “Journey of Water” dan ia direka khas untuk pengembaraan mengikuti air dari pergunungan tinggi Andes, melalui hutan hujan tropika Amazon ke kawasan berpaya, sungai, pantai dan akhirnya ke laut dalam.IMG_412318471

    coex aqua1

    coex aqua3

  10. Perkampungan tradisional Korea¬†Bukchon Hanok Village di Jongno.¬†Ia terletak di antara dua istana Gyeongbokgung dan Changdeokgung. Di sini anda boleh belajar tentang rekabentuk ‘Hanok’ iaitu rumah tradisional Korea, seni dan kraftangan tradisional Korea dan kerja-kerja kayu¬†sambil menikmati panorama yang sangat cantik¬†sepanjang perjalanan. Di samping itu terdapat juga butik-butik baju, kedai-kedai dan galeri seni serta rooftop cafe berkonsep modern contemporary.IMG_7846

    IMG_7844

    IMG_7867

    IMG_7873

Rasa teruja tak nak melancong ke Korea bersama anak-anak? InsyaAllah entri seterusnya kita kupas lebih terperinci satu-satu tempat.

Wassalam =)

Pertama Kali ke Korea? Anda WAJIB Baca Ni: 5 Cara Elak Sesat di Korea dengan Keretapi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Melancong di Korea Selatan kini lebih MURAH dan MUDAH berbanding menggunakan perkhidmatan Pemandu Pelancong.
Ini kerana sistem pengangkutan awam yang efisyen dan menepati masa, sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Hanya dengan menggunakan pengangkutan awam, anda boleh meneroka bumi Korea dengan bebas tanpa had masa yang ditetapkan oleh Pemandu Pelancong.

Terdapat beberapa cara untuk untuk menggunakan pengangkutan awam di Korea Selatan: Bas, Teksi dan Keretapi Bawah Tanah yang dikenali sebagai SUBWAY. Di antara ketiga-tiga pilihan di atas, keretapi SUBWAY merupakan pilihan paling CEPAT, MUDAH dan MURAH lebih-lebih lagi jika anda sukakan adventure atau melancong ala backpackers.

Konsep keretapi SUBWAY ini boleh disamakan dengan PUTRA dan STAR LRT di Kuala Lumpur. Cuma jumlah jaringan keretapi SUBWAY di Korea Selatan adalah lebih banyak sehingga ke luar bandar berbanding jaringan LRT di Kuala Lumpur yang hanya terhad di Lembah Klang sahaja.

Di dalam entri ini, saya ingin membawa anda menaiki keretapi SUBWAY melalui bandar metropolitan Seoul. 

Jom ikuti 5 Cara Elak Sesat di Korea dengan Keretapi SUBWAY: 

1. BELI KAD T-MONEY dan TAMBAH NILAI KAD UTK PERTAMA KALI (FIRST-TIME RELOAD) : Selepas mendarat di lapangan terbang Incheon dan mengambil bagasi, anda boleh terus membeli T-Money di mana-mana convenient store seperti GS25 atau 7 Eleven yang memaparkan lambang/logo T-money. Jika terlupa membeli T-Money di lapangan terbang, anda boleh beli di Ticket Vending & Card Reload Devices di mana-mana stesen keretapi SUBWAY berhampiran.

tmoney2

Tarif/Harga (Dewasa 19tahun ke atas)
T-Money : 3,000won
Tambah Nilai sebanyak minimum 1,000won. Kebiasaanya kami akan reload sebanyak 10,000won kerana tarif perjalanan tunggal (single journey fare) berharga lebih kurang 1,050won. Kos pergi dan balik berjumlah 2,100won untuk ke sesuatu destinasi.

PERCUMA untuk kanak-kanak berumur 0-3 tahun.

Kelebihan menggunakan T-Money berbanding Magnetic Stripe Ticket ialah menjimatkan masa: Anda tak perlu susah payah nak ulang beli tiket. Kalau ada 10 destinasi, 10 kali tukar tiket. Dengan T-Money, hanya gunakan satu kad sahaja untuk ke semua destinasi. Cuma tambah nilai T-Money di mana-mana Ticket Vending & Card Reload Devices. apabila baki minima lebih kurang 1000won.

2. MUAT TURUN APLIKASI ‘JIHACHUL’ DI SMART PHONE: Jihachul merupakan Jaringan Keretapi Bawah Tanah (Interactive Subway Route Map). Di dalam jaringan bandar Seoul, terdapat 9 laluan yang ditandakan mengikut warna berbeza-beza di dalam peta laluan keretapi SUBWAY. Aplikasi ini akan membantu anda sampai ke destinasi dengan cepat dan tepat.

IMG_9898Cara-cara Menggunakan Aplikasi Jihachul: 

– Pilih Ikon Anak Panah untuk menampakkan Pilihan Menu (Search, Nearby, Bookmark, Tokaba dan Settings).

IMG_9913

– Di¬†ruangan ‘Settings’ pilih Bandar¬†yang ingin dilawati. Aplikasi Jihachul boleh digunapakai di bandar Seoul, Busan, Daegu, Daejeon dan Gwangju
IMG_9906– Cari stesen yang ingin dituju di ruangan ‘Search’ (contoh: taip Myeongdong)

IMG_9901– Jihachul akan tunjuk ke destinasi yang ingin dituju, seperti contoh gambar di bawah Myeongdong, kemudian tandakan pada ia sebagai stesen Tiba (Arrive at)

IMG_9902Р Seterusnya, tandakan dari stesen mana anda akan Bertolak (Depart from): Contoh gambar menunjukkan bertolak (Depart from) dari stesen Konkuk University, Line #2 atau Line #7

IMG_9911

РJihachul akan mengira laluan yang paling cepat, memberikan info transit serta menunjukkan harga tiket. Contoh di bawah menunjukkan laluan yang dibawa oleh Jihachul dari stesen Konkuk University ke stesen Myeongdong yang mengambil masa lebih kurang 26 minit, melalui 9 stesen kesemuanya termasuk TRANSIT (TRANSFER) di stesen Dongdaemun History & Culture Park. Kenalpasti tanda bulat berwarna merah sebagai stesen transit. 

IMG_9912

IMG_9904

3. PINTU MASUK KELUAR: Pastikan anda masuk dan keluar mengikut pintu yang betul. Contohnya untuk ke Myeongdong Shopping Street anda perlu sampai ke stesen Myeongdong, Line #4 dan keluar mengikut pintu bernombor 6 atau 7 (Exit #6 OR #7).

IMG_5871

4. SENTIASA RUJUK PAPAN TANDA DAN LABEL: Untuk mengelakkan anda tersesat, sentiasa rujuk pada maklumat di papan tanda setiap kali turun dari keretapi SUBWAY. Papan tanda akan menunjukkan pelan keretapi SUBWAY yang anda naiki berserta label pintu keluar (exit info).

IMG_5641

IMG_5258

IMG_5646 IMG_5645 IMG_5644Jika tersesat, usah malu untuk bertanya kepada pegawai bertugas atau sesiapa sahaja kerana orang Korea sedia membantu walaupun kebanyakan mereka tidak fasih berbahasa Inggeris.

Selain papan tanda, anda juga boleh mendapatkan maklumat melalui Skrin Papar Sentuh (Touch Screen) yang memberikan maklumat terkini dan senarai tempat tarikan pelancong di Seoul.

5. KEMUDAHAN & DAYA TARIKAN SUBWAY BAWAH TANAH:
– Tandas Awam
– Ticket Vending & Reload Card Devices
– Locker compartments
– Stroller Parking
– Mother’s Lounge (Nursing, Diaper Changing, Feeding) : Jika pintu masuk ke Nursing Room dikunci, minta bantuan pegawai bertugas untuk membuka kunci pintu bilik. Gambar menunjukkan sebuah Mother’s Lounge¬†yang terdapat di stesen Dongdaemun, sebelum keluar melalui pintu bernombor 5 (Exit #5). Kami juga sempat bersolat fardhu di sini.

IMG_5649 IMG_5647 IMG_5648 IMG_5650 – Underground Shopping : Cosmetics, Skin Care, Accessories, Shoes, Clothes & Bedding
– Local Bakery & Coffee Shops
– Convenient Stores (GS 25)
– Art Gallery
– Restaurants

Bagaimana? Anda suka jika saya kongsi TIPS lain seperti: 10 tempat WAJIB dilawati di Korea bersama anak-anak.

Jika YA, sudilah kiranya¬†untuk meninggalkan¬†komen di bawah bersama alamat e-mail atau url anda ya ūüėČ

Hingga bertemu di entri akan datang.

Wassalam =)

Tips Menguruskan Anak Kecil bagi WAHM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Apabila bekerja dari rumah, disiplin dan pengurusan masa adalah dua perkara yang paling penting untuk berjaya.

Bagi saya yang masih baru dalam dunia WAHM ini, terus terang saya masih “struggle” dengan pengurusan masa. Rutin harian sebagai seorang ibu kepada dua orang anak kecil berumur kurang dari 3 tahun seringkali berubah-ubah dan sangat mencabar.

Walaupun begitu saya ingin berkongsi beberapa tips untuk membantu memudahkan urusan WAHM menguruskan anak-anak kecil seperti saya.

1. BUAT JADUAL DAN SENARAI “THINGS-TO-DO”

Buat jadual utk diri sendiri dan keluarga. Ini akan memudahkan urusan harian anda dan anak-anak. Contohnya kerja-kerja rumah seperti membasuh baju, mencuci pinggan mangkuk dan memasak dilakukan sambil-sambil membaca, menyanyi dan mengajar anak-anak. Ini dinamakan pendidikan secara tak langsung. Perlu tahu bahawa anak lelaki tidak sama dengan anak perempuan. Mereka belajar dan mendengar sambil lalu, tidak akan duduk diam di satu tempat melakukan aktiviti tertentu. Contohnya anak sulung saya, Irfan, ketika menonton TV pun akan berlari dan melompat-lompat tak duduk setempat. Apabila anak-anak tidur saya mengambil kesempatan untuk mandi, solat dan fokus membuat kerja. Bacaan tafseer atau tazkirah dilakukan selang hari Isnin dan Khamis selepas solat fardhu maghrib. Aktiviti senaman seperti Pilates pula dilakukan seminggu sekali ( yang ni saya selalu skip dgn alasan takde masa)

2. TAKE A BREAK, FIND A DISTRACTION FOR A WIN-WIN SITUATION.

Bawa anak-anak keluar dari rumah sekurang-kurangnya 15minit untuk bermain di taman atau kawasan lapang. Mereka akan lebih ceria daripada biasa. Sebagai orang dewasa, kita juga merasa lemas apabila berada terlalu lama di dalam “confined space”. Jika anda ke kompleks membeli belah, cari tempat yang “family friendly” dan duduk di kawasan terbuka seperti “open terrace”. Mengapa saya suka bawa anak saya keluar rumah, kerana ini juga salah satu cara pendidikan tidak langsung yang melibatkan komunikasi dua hala. Bila keluar rumah banyak perkara yang boleh dikongsi dan dipelajari bersama anak-anak. Kesannya saya mendapati anak-anak saya lebih “cooperative” berbanding jika terperap di rumah. Seronoknya di Seoul, terlalu banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak. Contohnya di sebelah rumah kami merupakan Gwangjin-gu Art Center yang menawarkan pelbaga aktiviti kreatif dan pementasan teater untuk kanak-kanak. Kadangkala saya akan membawa anak-anak ke taman rekreasi, taman haiwan dan muzium kanak-kanak yang berdekatan rumah. Paling tidak pun saya akan bawa mereka ke “Children’s Playroom” di Lotte Department Store sebelah rumah.

20140430-222608.jpg

20140430-222629.jpg

20140430-222646.jpg

3. BEDTIME STORY & BACAAN AL-QURAN

Saya dapati apabila membaca buku, Irfan lebih mudah untuk tidur lena. Jika sewaktu Irfan bayi saya sering perdengarkan bacaan al-quran Syeikh Misyari Rashid Al-Afasy kepadanya tetapi sekarang sudah kurang kerana lebih banyak melayan perbualan beliau sebelum tidur. Saya sepatutnya mempraktikkan kembali rutin tersebut. Mengapa membaca buku dan mendengarkan bacaan al-quran? Kerana ia membantu untuk mengubah fokus anak kepada satu perkara sebelum mereka tidur. Lazimnya jika tidak membaca buku, Irfan banyak mencari alasan untuk tidak tidur, dia akan meminta dan merengek akan macam-macam hal kerana di dalam mindanya terdapat pelbagai watak kartun, alat permainan dan alam haiwan. Dengan mengubah fokus, fikirannya akan kembali tenang dan dia akan faham bahawa tiba masa untuk tidur, baca doa dan lelapkan mata. Jika tidak dipraktikkan perkara di atas, Irfan tidak akan tidur hinggalah terpaksa sedikit drama dengannya.

20140430-222844.jpg

20140430-222941.jpg

Saya ibu yang banyak tidak ketahuan dan dangkal pemikiran. Sangat dahagakan ilmu. Perkongsian saya di sini berdasarkan pembacaan, pemerhatian dan penelitian saya kepada persekitaran hari ini selain dari pengalaman melihat ibu saya membesarkan kami tujuh beradik.

Kita juga boleh menggunakan kaedah cuba-jaya (trial and error) untuk memahami karenah anak kecil kerana anak-anak kita mempunyai karakter yang unik dan berbeza-beza.

20140430-221341.jpg

20140430-221359.jpg

Sekian dahulu perkongsian saya untuk kali ini. Jika anda mempunyai tips WAHM yang bermanfaat untuk dikongsi, boleh lah mengisi di ruang komen di bawah.

Wassalam =)

Coffee Expo Seoul 2014

Assalamualaikum w.b.t semua =)

Jika anda peminum kopi tegar atau penggemar kopi, jom ikuti pengalaman kami menyertai Seoul Coffee Expo 2014 yang bertempat di COEX, Gangnam. (Subway Line 2, Samseong Station)

IMG_7128[1]

Asalnya saya terjumpa iklan ini di laman Facebook lalu terus mendaftar untuk penyertaan percuma. Tambahan pula Encik Suami memang peminat kopi sedunia. Hehe.

IMG_7129

Di Korea Selatan, terutamanya  bandar metropolitan Seoul, industri kopi mulai berkembang pesat lebih kurang empat tahun yang lepas sejak jenama kopi antarabangsa seperti Starbucks dan Coffee Bean bertapak di sini. Banyak kedai kopi francais tempatan mula dibuka seperti Cafe Bene, Angel-in-us, Ediya Coffee, A Twosome Place, Cafe Pascucci dan sebagainya.  Selain itu banyak juga kedai kopi tempatan bukan francais dibuka.

Seiring dengan perkembangan industri¬†kopi, industri¬†dessert, ice-cream dan frozen smoothie¬†juga tidak ketinggalan untuk¬†untuk mengambil tempat di hati masyarakat Korea. Apa¬†yang dapat saya katakan di sini tentang kedai-kedai kopi dan dessert di sini, ianya “seluas mata memandang”. Kemana jua anda pergi hatta ke underground subway station, pasti akan berjumpa dengan kedai-kedai kopi yang memikat hati kerana¬†setiap satunya mempunyai¬†keunikan tersendiri dari segi penyediaan kopi, hiasan dalaman, pemilihan warna dan perabot kedai.

Berbalik kepada Coffee Expo, terdapat beberapa kategori booth yang dibuka seperti:

  1. Coffee / Ice-cream / Dessert
  2. Coffee / Ice-cream / Smoothie Machines & Equipment
  3. Sugar Syrup & Sauce Supplier
  4. Coffee Making Demonstration
  5. Coffee Grinding & Roasting Process
  6. Accessories and Tableware

IMG_7123 IMG_7137

IMG_7134

IMG_7133

Selain itu, mereka turut mengadakan education & sharing session bagi yang berminat untuk membuka franchise atau melanjutkan pelajaran dalam bidang Master Degree in Coffee atau Economics and Science of Coffee. Menarik bukan? Gambar di bawah ni diambil selepas¬†sharing session bersama Local¬†Sales Manager METIER. (Yang dalam gambar tu bakal CEO Kopi Ahmad kot, hehe). Sedang asyik berbual, sempat kami mengambil kesempatan¬†minum dua gelas ice-coffee for free ¬†ūüėČ

IMG_7127

Kami menghabiskan lebih kurang lima jam berpusing-pusing menimba pengalaman baru sambil menikmati berbagai jenis kopi dan dessert secara percuma. Jika di luar sana, harga secawan Vanilla Latte atau Caramel Machiatto berharga lebih kurang 4500won di kedai kopi tempatan manakala Starbucks dan Coffee Bean menjual pada harga yang lebih tinggi lebih kurang 5000won. 

IMG_7126 IMG_7125 IMG_7124

Kami juga menerima sampel percuma daripada pembekal tempatan yang bermurah hati menghadiahkan sebotol Hazelnut Sugar Syrup. Sejurus pulang ke rumah, saya membancuh secawan Hazelnut Latte sambil membayangkan diri ini seorang barista terkenal ;p.

IMG_7131

Jika anda datang ke Seoul, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah minum kopi Korea yang sungguh Out Of This World rasanya! Sekian dulu perkongsian saya untuk kali ini. Hingga berjumpa lagi di entri akan datang, insyaAllah.

Wassalam =)

Sneak Peek into Spring!

Assalamualaikum w.b.t semua =)

20140402-114542.jpg

Semoga anda semua sentiasa sihat dan berada dalam rahmat dan perlindungan Allah s.w.t.

Di Seoul, winter baru sahaja mengucapkan selamat tinggal. Pepohon yang dulunya dahan dan ranting kini mula berputik dan mengeluarkan bunga. Cantiknya tak terkata, subhanAllah.

Masyarakat Korea pula semakin ligat keluar rumah bersama keluarga kerana cuaca yang begitu menyenangkan, tidak terlalu ekstrim, hanya panas matahari yang diiringi angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan udara sejuk nyaman.

Sudah tentu kami juga tidak mahu melepaskan peluang untuk keluar bersiar-siar dan beriadah bersama yang tersayang. Di antara aktiviti hujung minggu ialah berkhemah di taman dan mengunjungi Flea Market.

20140402-120215.jpg

Hingga bertemu lagi di entri akan datang, insyaAllah.

Wassalam =)

Olaf Snowman

Do you wanna build a snowman?

The song that echoed in my head
My little boy’s favourite song
If only you could see
The way he smiled
When it comes to this part
A smile I never want to forget

Do you wanna build a snowman?

20140325-050233.jpg

Location: Hangang Park, Tukseom, less than a kilometre walk from our house (Konkuk University), or take Subway Line 7 (Tukseom Resort)

N Seoul Tower (Namsan Park)

Assalamualaikum w.b.t,

Pada minggu lepas kami, team wilderness explorer, telah melalui ekspidisi mendaki Namsan dengan kereta kabel..hehe. Aci tak? Boleh la kan… Bukan senang nak hiking dengan dua gerabak keretapi kecil lagi comel ni.

20140302-004521.jpg

Kami keluar rumah pada jam 10pagi. Dari Subway Line 4 kami berhenti di Myeongdong, dan keluar melalui exit 3. Bagi kaum perempuan, adalah perlu lebih berhati-hati apabila keluar melalui exit ini. Bertentangan jalan adalah exit 6 Myeongdong Shopping Street dimana bangunan UNIQLO lebih 4 tingkat tersergam indah di hadapan mata. Jadi apabila sampai di sini, mungkin anda akan merasakan perasaan berbelah bahagi dan gundah gulana seketika. Nak shopping ke nak hiking? OK tak boleh ikut hawa nafsu. Mari mendaki bukit!

20140304-123834.jpg

20140304-123849.jpg

Untuk menaiki kereta kabel, atau sampai di kaki Namsan kami mendaki jalan yang sedikit berbukit, melalui kedai-kedai kopi, rumah-rumah kecil dan dinding-dinding yang dipenuhi graffiti. Di sini kami menemui pintu masuk Comic Street Art Zone tapi tak masuk pun.

20140302-004707.jpg

20140302-004740.jpg

20140302-004807.jpg

20140302-004932.jpg

20140302-004840.jpg

20140302-005034.jpg

coffee shopsPerjalanan menaiki kereta kabel ke puncak Namsan hanya memakan masa selama lebih kurang lima minit. Tak sempat berpeluh dah sampai ke puncak, yeay!

Setiba di atas, kami membeli tiket untuk menaiki N Seoul Tower. Tiket dewasa berharga 9000KRW seorang. Tetapi anda boleh memilih untuk membeli tiket mengikut set combo ala-ala beli tiket wayang gitu kerana akan diberi nachos, popcorn dan minuman. Kami memilih set A yang berharga 20,000KRW untuk dua dewasa + popcorn + 2 minuman. Oklah, hanya beza 2,000won daripada tiket asal. Bila dah sampai atas mesti nak kunyah-kunyah sambil tengok pemandangan bandar Seoul kan…

Sesampai di menara Namsan, saya tengok kiri tengok kanan, macam sama je dengan menara Alor Setar dan menara Kuala Lumpur. Hehe. Mungkin sama tapi tak serupa kerana Namsan tentunya mempunyai tarikan yang berbeza seperti:

1. Coffee and dessert shops
2. Cute Candy & Souvenir Stalls
3. Contemporary wishing well
4. Beautiful love notes on colourful tiles

Di kaki menara pula terdapat Observatory untuk menikmati pemandangan bandar Seoul, Teddy Bear Museum (telah ditutup sejak Nov 2013), Lock Your Love Trees, Pavilion dan pertunjukan kebudayaan Korea.

20140302-005335.jpg

20140302-090059.jpg

20140302-090132.jpg

lockurlove

Majoriti pengunjung yang datang merupakan rakyat Korea sendiri yang mendaki beramai-ramai hingga ke puncak bukit. Meskipun pada musim sejuk, hiking merupakan aktiviti kegemaran rakyat Korea tak kira tua atau muda. Terasa saya juga patut mencontohi gaya hidup sihat seperti ini. Kalau dulu-dulu hanya hiking setahun sekali dengan rombongan kadet remaja sekolah.

Selepas membeli cenderahati, kami bersiar-siar di sekitar dan duduk minum kopi 3-dalam-1 sambil melihat keindahan ciptaan Allah. Tak lama lagi pepohon dan ranting akan menghijau dan mengeluarkan bunga-bungaan. Terasa besarnya kuasa Allah berbanding diri yang kerdil lagi hina.

20140302-095217.jpg

20140302-095310.jpg

stairs

Kami pulang sekitar jam 2 petang dan tiba di rumah pada jam 3 petang.

Tips untuk ibu bapa & anak kecil:
1. Keluar seawal pagi ketika anak-anak masih segar baru bangun tidur
2. Bawa bekalan yg cukup: susu, diapers, bekal makanan, snek, wet wipes, air mineral dan air panas (dlm thermos)
3. Beri makan/minum susu sebelum sampai had masa threshold limit tantrum (lebih kurang dua jam) kerana jika melepasi tahap ini anak-anak akan lebih cranky dan sukar dipujuk
4. Tahu jenis baby gear yang hendak dibawa: Jika mendaki, gunakan gendong bayi (baby carrier) yang sesuai dan ergonomik. Tidak sesuai membawa stroller kerana jalan berbukit dan naik turun tangga.
5. Pakaian Mengikut Musim: Di musim sejuk (winter), pastikan anak-anak memakai tiga lapisan: inner layer, fleece layer dan winter jacket. Apabila menggendong anak, tutup dengan baby warmer untuk memerangkap haba atau wind breaker untuk menghalang angin.

Wassalam =)

Winter towards the end

Assalamualaikum lovelies,

Can you feel me as I’m typing down this post, there’s that feeling of knowing you’re going to say goodbye to someone you love so much that your heart really ache. And you never know whether you’re going to see him/her again…

That’s how I feel towards this winter season. It has been so magical despite being brutally cold at times. A spiritual awakening after enduring so much pain in your heart, but letting it heal and grow with love.

In the end, it’s the LOVE you give that you will get back in return.

Always have faith in Allah’s plan =)

20140218-011821.jpg

Location: Children’s Grand Park, Gwangjin-gu,¬†1km walk from our house (Konkuk University). Subway Line 7: Children Grand Park (Sejong University)

Keeping your sanity in cold weather

Today is lazy Sunday. But my husband was nowhere to be found. He’s out early for a morning walk. *yawn* what was he thinking.. it’s -10 out there. He should be having pillow fight with us right now.
So what’s your kind of breakfast? I seriously miss roti canai with kuah kari, too bad they’re nowhere to be found. We had beef tortillas cos I’m feeling extra mexican here. Yariba!
tortillas
We were supposed to go sightseeing yesterday, but I couldn’t make it as the kids were sleeping all day. Winter syndrome eyh? When they woke up it was too dark already. Syg suggested that I go out for a night walk to clear my heads, have a cup of coffee and be back with sanity. Lol.¬†
nightwalk
Aha, so much for going out alone. How can I leave without my clingy baby? Thank God he slept all the way until the journey back. I went to Namdaemun market to buy skincare set for my friend, Missworld. It was cheaper compared to buying at the department stores. I grabbed a cup of latte at my fav coffee shop. And that’s it! Caffeine overdose for the week. They say breastfeeding mum shouldn’t consume too much coffee. That’s just ridiculous. How am I supposed to do that? I’m an addict.¬†
cafebene2
cafebene1

The weather has been brutally cold and windy lately. We should just stay at home and meditate…

No, no, no…Screw the weather, we are going out!
sac2
sac1
Yeay..we ended up going to Seoul Arts Center. (feeling artistic gitu). InsyaAllah will update about this when I can find the time. 
 
Bye lovelies!