Resepi Keema Daging 

Sebenarnya pertama kali saya makan keema daging dekat Restoran Samira Pakistani & Arab Cuisine di SS 5, Kelana Jaya. Sedapnya sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi. 

Ramai pelanggan tetap yang ulang alik ke restoran Samira ni sebenarnya termasuklah saya sekeluarga. Pekerja-pekerja di sana pun mesti dah tahu nak order apa bila kitorang sampai. 

Pagi-pagi makan capati dan keema daging. Kalau tengahari pula samada makan Nasi Briyani atau Nasi Mandy. Bukan apa, harga makanan di restoran Samira sangatlah berpatutan berbanding restoran-restoran arab yang lain di sekitar Lembah Klang. Tapi takdelah makan setiap hari di sini. Adalah dalam 2 kali sebulan. 

  • Harga capati lebih kurang RM1.50 
  • Keema daging RM4.00 (boleh kongsi 2 org makan) 
  • Nasi Briyani Ayam lebih kurang RM9.00
  • Nasi Mandy Ayam pula dalam lingkungan RM10.50 

Berbalik kepada resepi Keema Daging. Taktahu pun resepi apa yang taukeh restoran ni guna, tapi saya guna carian google tengok ramuan utama masakan keema daging ialah rempah ratusnya yang terdiri daripada garam masala, serbuk kunyit, serbuk jintan manis, jintan putih, dan serbuk ketumbar. 

Nak senang beli saja rempah keema jenama Shan ataupun rempah garam masala, senang tak payah nak pening memikirkan rempah ratus yang nak digunakan. 

Berikut resepi keema daging yang saya olah sendiri mengikut citarasa sesuka hati. 

  
Bahan-bahan: 

  1. 300 gm daging cincang
  2. 1-2 biji labu bawang besar (dipotong dadu)
  3. 1 1/2 inci halia (dihiris)
  4. 1 cawan minyak masak 
  5. Campuran bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga 
  6. 2 biji ubi kentang (dipotong dadu) 
  7. 4 sudubesar garam masala
  8. 2 sudubesar serbuk kari daging BABAS
  9. Garam secukup rasa
  10. 1 ikat daun ketumbar 
  11. 2 cawan air 

Cara-cara memasak: 

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan 2,3 dan 5 sehingga naik bau dan keperangan. 
  2. Masukkan ubi kentang dan daging cincang, tutup kuali selama 3-5 minit pada api sederhana. 
  3. Masukkan serbuk kari, rempah garam masala, dan garam secukup rasa serta kacau sehingga rata.
  4. Masukkan air dan tutup kuali selama 5 – 10 minit pada api sederhana besar. 
  5. Buka kuali, masukkan daun ketumbar yang dipotong halus dan gaul sehingga sekata dan memenuhi citarasa anda. 

Cadangan hidangan: 

Boleh dimakan bersama Capati, roti Pita, roti Arab, roti bakar, roti tortilla atau nasi. 

  

Resepi Char Koay Teow

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, sudah 15 hari kita dikurniakan nikmat berpuasa di bulan Ramadhan. Mudah-mudahan kita terus beristiqamah dalam melakukan amal kebaikan dan kebajikan.

Semalam suami saya menghantar mesej Whatsapp yang berbunyi, “makan Char Koay Teow pun best”. Saya hanya tersenyum selepas membaca mesej tersebut. Begitulah sikapnya kalau mahukan sesuatu tidak terus cakap melulu, pasti berlapik ataupun bertanyakan saya dulu. Saya rasa sangat bersyukur kerana sikap suami yang tidak cerewet memilih makanan. Apa yang saya masak semua dimakan saja (tolak batu dan kayu saja). Kadang-kadang dipuji dulu sebelum meminta sesuatu supaya hati saya berbunga-bunga bersemangat nak memasak.

Satu lagi cara suami untuk menggalakkan saya memasak ialah dengan cara ‘mencabar’ saya. Saya berasa sedikit tekanan di situ. Geram juga kadang-kadang kerana suami tidak suka melihat saya berada di ‘Comfort Zone’ ulang-ulang masak benda yang sama. Pernah satu hari dibeli Teratai (Lotus Root) untuk saya masak. Saya pula tak pernah tengok bagaimana lah rupa Lotus Root ni. Saya tanya, “nak masak apa ni sayang?” Selamba suami saya jawab, “That you have to figure out” sambil tersenyum. Sungguh mencabar kewibawaan saya sebagai seorang tukang masak di rumah sendiri! ;p

macam ni rupa teratai
macam ni rupa teratai

Berbalik kepada permintaan untuk memasak Char Koay Teow, memang menjadi kebiasaan kami setiap kali balik ke Pulau Pinang pasti diterjah gerai Char Koay Teow di Sungai Dua atau Tokong Ular. Sebelum ni memang tak pandai memasak Char Koay Teow. Resepi ini saya belajar dari kakak sulung yang memang pandai memasak.

Kakak saya pesan, nak masak Char Koay Teow mesti guna api besar tapi dalam masa yang sama kena pandai kawal supaya masakan kita tak rasa rentung, dan boleh siap masak dalam masa 5 minit sahaja!

Bahan-bahan (untuk hidangan 1 pinggan / seorang):

2 ulas bawang putih ditumbuk lumat 1 sudubesar cili giling

1 sudubesar kicap cair

1 sudubesar kicap manis Kicap Kipas Udang

1 cawan air udang (air rebusan udang)

4 ekor udang bersaiz sederhana atau besar

1 sudubesar kerang laut

1 genggam taugeh

1 genggam kucai

1 genggam koay teow

1 biji telur

3 sudubesar minyak masak

Cili Potong atau Cili Jeruk

memori char koay teow 2010
memori char koay teow 2010
memori char koay teow 2014
memori char koay teow 2014
char koay teow 2015
char koay teow 2015

Cara-cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali atau non-stick pan pada api besar
  2. Masukkan bawang putih, kacau sedikit dan masukkan cili giling
  3. Apabila cili hampir garing, masukkan udang, apabila udang bertukar warna, masukkan pula air rebusan udang
  4. Apabila mula mendidih masukkan kicap cair dan kicap manis, kacau
  5. Masukkan taugeh, diikuti dengan kucai dan kerang
  6. Masukkan pula koay teow dan kacau sehingga koay teow lembut
  7. Pecahkan telur ke dalam kuali dan terus mengacau, jangan biarkan telur masak sepenuhnya.
  8. Tutup api dan tuang Char Koay Teow ke dalam pinggan
  9. Makan segera bersama cili potong atau cili jeruk
char koay teow siap!
percubaan #1 char koay teow

Bagaimana, rasa teruja kan nak masak Char Koay Teow? Lima minit dah siap!

Sempat pula suami memberi komen, “sayang tak payah kerja lain lah, bukak gerai char koay teow mesti ramai org makan!” Dalam hati saya mengomel “penat kot nak berdiri depan kuali tiap2 hari habis berpeluh ketiak. Lagi best buat bisnes Shaklee. Kat mana-mana pon boleh. Nak bisnes sambil berjalan, duduk, baring, tergolek semua boleh lah. Sambil menyusukan anak pon boleh”. Lebih-lebih lagi sekarang dah ada aplikasi baru smartphone My Shaklee yang dilancarkan pada Shaklee National Conference baru-baru ini, senang nak uruskan order pelanggan, tak perlu menghadap laptop semua Shaklee dah sediakan di hujung jari!

my shaklee pocket app
My Shaklee pocket app untuk Android dan iOs

Akhir kata, selamat mencuba resepi Char Koay Teow dan selamat berpuasa buat seluruh umat Islam  🙂

Sticky Toffee Pudding

Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera,

Beberapa hari lepas suami memberi pesanan khidmat masyarakat kepada saya, “Sayang, nanti buatlah kuih ke apa-apa dengan kurma yang ada dalam peti sejuk, nanti biar lama-lama tak elok pulak”. Dalam hati malasnya nak godek-godek mixer kat dapur. Tapi mulut cakap “OK”. Sebenarnya tak sanggup nak baking sambil layan drama si kecil menangis dan menarik kaki mamanya. Kebetulan malam ini anak-anak tidur awal, dapatlah saya beraksi di dapur sambil berangan jadi Anna Olson.

Sticky Toffee Pudding merupakan sejenis kek span yang diperbuat daripada kurma, disalut dengan toffee sauce dan dimakan ketika panas bersama aiskrim vanilla. Di Australia dan New Zealand ia dikenali sebagai Sticky Dates Pudding. Bagi kita orang Melayu, rasanya sedikit seakan-akan apam gula hangus. Resepi yang saya tulis dibawah dibuat tanpa toffee sauce kerana ingin mengurangkan rasa yang terlampau manis. Saya gantikan dengan whipped cream sahaja.

IMG_1091 IMG_1092

Sticky Toffee Pudding (minus the toffee sauce)

Bahan-bahan:

200gm kurma dibuang biji

290ml air panas mendidih

200gm tepung naik sendiri

1 sudu kecil soda bikarbonat

1/2 sudu kecil vanilla

55g mentega

150g gula demerara (atau gula perang)

2 biji telur

Cara-cara: 

  1. Sapu mentega pada loyang yang hendak digunakan. Panaskan oven pada suhu 200 darjah Celcius.
  2. Di dalam blender atau food processor, blend kurma bersama air panas sehingga menjadi puree. Kemudian masukkan soda bikarbonat dan vanilla.
  3. Pukul mentega dan gula sehingga bertukar pucat dan gebu. Masukkan telur satu biji pada satu masa.
  4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan pukul pada kelajuan sederhana hingga sebati.
  5. Seterusnya tanpa menggunakan mixer, masukkan puree kurma ke dalam adunan dengan menggunakan spatula, dan kacau hingga sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang atau ramekins hingga 1/2 penuh. Bakar selama 20-25 minit sehingga coklat-keemasan dan bahagian atas pudding menjadi kenyal. Jika menggunakan loyang besar, bakar selama 35-40 minit atau sehingga masak (periksa menggunakan cake tester).
  7. Apabila hendak dihidang, keluarkan puding daripada bekas dan hidangkan bersama toffee sauce dan aiskrim vanilla.
  8. Puding ini boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 3 minggu di dalam bekas kedap udara, hanya panaskan dengan microwave, steamer atau oven apabila hendak dimakan lagi.

IMG_1087 IMG_1089

IMG_1090

Selamat mencuba!

p/s: Thank you Missworld for introducing me the best Sticky Dates Pudding in town. Also thank you Kakak for sharing the recipe!

Easy Chocolate Chip Muffins

Assalamualaikum wrt wbt,

My kids were absent from kindergarten today due to high fever. You know the dilemma when children mix around, they can easily get infected. That’s why its best to standby with Shaklee Chewable Vitamin C and Nutriferon!

Anyway, I baked chocolate chip muffins this morning while my little munchkin boy was still asleep. Not Musa, the clingy one. He’s always awake whenever I’m awake. (Mama bribed him with Barney while she’s at it!)

Done in 15mins and baked for 20mins. Total time spent is 35mins!

Easy Chocolate Chip Muffin Recipe:

Ingredients:

1 3/4 cups all purpose flour
3/4 cups sugar
2 tablespoons cocoa powder
2 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda
3/4 cups chocolate chips PLUS 1/4 for sprinkles
1 cup milk
1/3 cup vegetable oil
1 egg
1/2 teaspoon vanilla

Method:

1. Line your muffin tin and preheat oven to 190 degree Celcius.
2. In a bowl, mix all the dry ingredients; flour, cocoa powder, sugar, chocolate chips, baking powder and baking soda.
3. In another bowl or jug, mix all the wet ingredients; milk, egg, vegetable oil, vanilla and whisk.
4. Gently pour wet ingredients into dry ingredients and stir to combine. Remember not to overmix as lumpy mixture makes better muffins.
5. Scoop your muffin mixture into the liners, sprinkle the remaining chocolate chips on top and bake for 20minutes.

That’s all it takes to make a simple yummylicious muffins to satisfy my craving for Kenny Rogers Muffin. Hehe.

Happy Baking!

Recipe can be found HERE

2015/01/img_0842.jpg

2015/01/img_0841.jpg

2015/01/img_0840.jpg

Kari Ayam Ibu Mertuaku

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Di atas permintaan, saya ingin berkongsi resepi kari ayam ibu mertuaku. Mencabar juga tau nak masak cara mak mertua sbb bila tanya memang takde resepi masak ikut sukatan sendirian berhad.

Jadi selepas makan sampai tambah berkali2, dengan muka tak malu selamba je la tanya “macamana mak masak kari ayam tu? sedap sangat”

Tapi mak memang takde bagi sukatan, cuma bagitau cara memasak sahaja. Masuk ni, masuk tu…bla bla bla siap! Hebat betul, macam supersaiya.

Ok jom salin resepi.

IMG_0465.JPG

Bahan-bahan tumis:

1 tangkai daun kari
10 biji bawang merah dihiris
4 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih

Bahan-bahan lain:
1 biji tomato dipotong empat
6 ketul ayam (thigh @ drumstick)
3 biji ubi kentang
6 sudubesar rempah kari ayam BABA’S (bancuh dgn 3/4 cawan air)
1 1/2 cawan air
1/2 cawan santan pekat
3/4 cawan minyak zaitun
Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukkan semua bahan tumis, dan tumiskan sehingga sedikit kekuningan dan naik bau, lebih kurang 2 minit.
3. Masukkan rempah kari BABA’S. Kacau sekali sekala sehingga
4. Masukkan ayam dan tomato. Tutup periuk dan masak pada api sederhana selama 5 minit
5. Kemudian masukkan air, garam dan ubi kentang. Tutup semula periuk dan biarkan sehingga ubi kentang masak (jangan sampai kentang terlalu lembut nnt senang hancur)
6. Masukkan santan dan kacau pada api kecil supaya tak pecah minyak lebih kurang 5 minit.
7. Yeay, dah siap! Sedia utk dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman.

Selamat memasak!

Wassalam =)

Resepi Mee Kari

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pagi tadi teringin nak makan kari cicah roti bakar ala-ala Old Town Cafe. Bila fikir semula, 2 keping roti cicah kuah kari ayam mangkuk kecil dah RM10 seorang. Kalau anak beranak makan 4 orang dah RM40. Untung bila berniaga ni. Tak kisah la berniaga apa pun, mesti ada orang nak beli.

Berbalik pada kisah kari, sebenarnya saya nak buat kuah kari utk makan dengan roti paratha je. Entah macamana boleh jadi Mee Kari. Resepi campak-campak apa yang ada je, tak sama macam ummi saya duk masak selalu tapi boleh tahan sedap jugak la. Hehe

Bahan-bahan:

Kari Ayam:

3 keping dada ayam dipotong dadu
2 biji kentang bersaiz sederhana dipotong empat
1 tangkai daun kari
1 inci halia dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
6 ulas bawang merah dihiris
Santan 150ml
3 sudubesar rempah kari ayam BABA’S (dilarutkan dlm 3/4 cawan air)
3 cawan air
Kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
Garam secukup rasa
4 sudubesar minyak zaitun

Garnish:

2 biji telur rebus
2 ikat Pak Choy dipotong dan dicelur dalam air mendidih dan dituskan
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng
1 paket Mee kuning 500gm dibasuh dan dicelur dalam air mendidih dan dituskan
Sambal merah/ sambal belacan
Limau nipis

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak di dalam periuk
2. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari bersama kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang. Tumis sehingga naik bau lebih kurang 2 minit.
3. Masukkan rempah kari babas dan biarkan selama 2 minit pada api sederhana.
4. Masukkan air, ayam dan kentang yang dipotong dadu. Tutup periuk dan biarkan selama 5-10min atau sehingga masak.
5. Masukkan santan dan garam secukup rasa. Kacau supaya tidak pecah minyak.
6. Tutup api dan sedia dimakan dengan mee kuning bersama garnish.

*Notakaki:
1. Hidangan di atas untuk 2-4 orang makan.
2. Variasi Mee Kari: Lebih sedap jika diletak kerang, fishball dan tauhu.
3. Boleh juga dimakan dengan nasi, roti bakar, roti paratha atau roti jala.

IMG_0082.JPG

IMG_0081.JPG

IMG_0079.JPG

IMG_0077.JPG

IMG_0078.JPG

Banana Smoothie

Al-kisah anak kecil saya Imran Musa yang sangatlah suka makan, pantang tengok orang makan dia pun nak tumpang sekaki.

Petang tadi dia ternampak sesikat pisang di atas meja lalu bersusah payah nak memanjat ambil pisang. Tapi saya tak berapa nak gemar bagi pisang sbb Musa baru berumur setahun lebih, takut dia ‘berry2’ mcm sebelum ni sebab banyak sangat makan pisang.

Nak dijadikan cerita saya pun merajinkan diri membuat COCONUT ICE-CREAM BANANA SMOOTHIE untuk dua orang putera kesayangan. Elok sangatlah, yang abang pula memang jenis tak berapa nak makan buah, biar mama blend je semua skali!

IMG_0011.JPG

Resepi sukahati macam biasa. Hidangan untuk dua gelas.

Bahan-bahan:

1 biji pisang
1/2 cawan ais krim kelapa cap Magnolia
1 cawan susu segar
1 cawan ais hancur

Cara-cara:
1. Buang kulit pisang dan potong kecil lebih kurang 1inci, masukkan dalam blender atau food processor.
2. Tuangkan susu, ais krim dan ais hancur ke atas pisang.
3. Blend sehingga ais hancur dan berbuih. Siap!

Variasi:
Untuk mendapatkan banana smoothie yang lebih sedap dan memberi tenaga berpanjangan campurkan 1 sudu besar French Vanilla Meal Shakes dan / atau 1 sudu besar Energizing Soy Protein (ESP) bersama.

Selamat mencuba!

IMG_0013.JPG

IMG_0015.JPG

IMG_0012.JPG

Resepi Tomyam Mudah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Hari ini saya ingin berkongsi resepi kegemaran saya iaitu Tomyam. Bila google saja Tomyam, jumpa macam-macam resepi Tomyam. Ada Tomyam Ayam, Tomyam Seafood, Tomyam Campur, Tomyam Pok Tek, Tomyam Kuah Putih dan lain-lain lagi.

IMG_9501

Tapi resepi versi saya sangat mudah untuk dimasak. Hanya rebus naik kesemua bahan memasak lepas tu TADAA dah boleh makan. OK, seperti biasa…Cepat ambik pen dan kertas!

Resepi Tomyam Sukahati

Bahan-bahan:
2 tangkai serai dititik
3-4 biji limau nipis diperah jusnya
4 tangkai daun limau purut
1 biji bawang merah besar dipotong kecil
5 ulas bawang merah Thai (Thai shallot)
10 biji cili padi diketuk
1 biji tomato dipotong ‘wedges’
1 balang kecil Mae Pranom Thai Chilli Paste (boleh dibeli di Tesco, Giant, Mydin, AEON)
Brokoli (atau kubis bunga)
1 biji Carrot
7 biji cendawan butang segar (atau cendawan tiram)
250 – 500gm udang/sotong/ayam/daging
Garam secukup rasa

IMG_9498

IMG_9500

IMG_9499

Cara-cara memasak:
1. Renih 2 liter air di dalam periuk
2. Masukkan serai dan cili padi yang telah diketuk, bersama bawang. (Boleh ditambah lengkuas)
3. Apabila telah mendidih, masukkan daun limau dan carrot. Tutup dan biarkan hingga carrot lembut.
4. Masukkan Mae Pranom Thai Chilli Paste dan kacau sehingga melarut dalam kuah tomyam.
5. Masukkan perahan air limau nipis, tomato dan garam secukup rasa. Biarkan merenih selama 2 minit kemudian masukkan udang.
6. Masukkan brokoli/kobis bunga dan cendawan. Biarkan mendidih dan tutup api.
7. Taburkan daun ketumbar untuk menambah aroma kepada tomyam anda.

*Variasi: Anda juga boleh menambah atau mengurangkan bahan2 di atas mengikut citarasa anda samada sukakan tomyam yang pekat, pedas dan masam atau sebaliknya.

*Cadangan hidangan: Sedap dimakan bersama Nasi Putih panas dan Telur Dadar. Atau dimakan dengan Bihun/Koay Teow.

Selamat Mencuba!

Wassalam =)

Easy Baked Macaroni

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Resepi campak-campak pada hari ini ialah Baked Macaroni dengan menggunakan Prego Cheese Herbs.

IMG_9281.JPG

Bahan-bahan nya ialah:
1 cawan makaroni direbus dan ditus
1 sudubesar minyak zaitun
1 tin Prego Cheese Herbs
2 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus
1/2 cawan isi ayam dipotong dadu
3 floret brokoli dipotong halus
3 biji cendawan butang
1/2 suduteh lada hitam
1/2 cawan susu segar Farm Fresh
2 keping cheddar cheese

Cara-cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan saute bawang putih sehingga sedikit keperang-perangan dan naik bau
2. Masukkan isi ayam, diikuti dengan brokoli dan cendawan. Tutup kuali dan biarkan sehingga lembut (3-4minit)
3. Masukkan Prego Cheese Herbs bersama susu segar. Kacau rata sehingga hampir mendidih kemudian taburkan sedikit lada hitam.
4. Akhir sekali, gaulkan sos pasta tadi bersama dengan makaroni yang telah siap direbus.
5. Agihkan makaroni ke dalam 4-5 ramekin kecil. Susun cheddar cheese di atas permukaan dan bakar dalam oven selama 10-15minit pada suhu 175 darjah Celcius.

IMG_9285.JPG

IMG_9283.JPG

IMG_9284.JPG

Masakan ini boleh juga dibuat sebagai ‘pre-cooked meal’ untuk anak kecil anda. Tutup bekas ramekin dengan rapat menggunakan foil aluminium, simpan di dalam peti sejuk beku dan bakar apabila diperlukan sahaja.

Selamat memasak!

Puding Roti Sukahati

20140504-235622.jpg

20140504-235639.jpg

20140504-235706.jpg

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Pagi ini saya berasa sedikit malas mahu masak. Jadi saya buat puding roti saja.

Resipi biasa-biasa saja, saya belajar dari kakak saya. Tak special pun tapi menjadi “all time favourite” kerana sedap dan senang nak buat.

Anak teruna saya pun suka makan. Tapi kena letak aiskrim baru dia ckp “wow, sidap!”

Bahan-bahan:
5 keping roti (bergantung pada saiz baking dish)
Butter (softened)
1 cawan gula perang / gula muscovado
800ml susu segar / whipped cream
2 biji telur
1 sudukecil vanilla

Tatacara:
*Panaskan oven pada 180 darjah Celcius selama 5 minit.

1. Sapukan butter pada setiap keping roti dan potong kepada empat bahagian
2. Tabur dan ratakan gula di dalam baking dish
3. Susun roti-roti yang telah dipotong mengikut sukahati
4. Di dalam bekas berasingan, masukkan susu/whipped cream, telur dan vanilla. Kacau sebati
5. Tuangkan campuran susu ke atas roti dalam baking dish secara sekata hingga menutupi kesemua permukaan roti
6. Bakar dalam oven selama 45 minit atau hingga perang keemasan pada suhu 180 darjah Celcius.

Cadangan hidangan:
Makan bersama aiskrim vanilla atau whipped cream dan buah-buahan.

Selamat mencubaaaaa!

Wassalam =)