Energizing Strawberry Smoothie 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dah lama tak berkongsi resepi di blog saya! Kebetulan hari ini hari pertama berpuasa kan? Anda masak apa? Saya sekeluarga pula seperti biasa hanya bersederhana dalam berbuka puasa. Hanya berlaukkan satu dua sahaja kerana tak mahu membazir.

Alhamdulillah seharian berpuasa tak terasa lapar langsung! Agaknya gara-gara bersahur dengan ENERGIZING STRAWBERRY SMOOTHIE! Kelazatan penuh krim masih terasa hingga sekarang.

Ini bukanlah sebarang smoothie kerana ia membekalkan 14g protin dalam satu hidangan berserta 9 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan namun tak dapat dihasilkan oleh badan kita sendiri.

Jom tengok resepi ENERGIZING STRAWBERRY SMOOTHIE di bawah:

Bahan-bahan: 

1 cawan strawberry beku atau segar
1 cawan yogurt asli
1 sudubesar madu
1-2 sudubesar Shaklee Energizing Soy Protin (ESP)

Cara-cara: 

Masukkan kesemua bahan-bahan di dalam blender atau smoothie maker dan kisar sehingga halus.

Energizing Strawberry Smoothie ini sesuai untuk:

  1. Orang berpuasa yang mahu kekal bertenaga sepanjang hari
  2. Ibu hamil atau ibu menyusukan anak
  3. Kanak-kanak
  4. Pesakit Gastrik

Mudah saja kan resepi ini?

Selamat Mencuba!

Diet Sihat Dengan Smoothie Buah-buahan

Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera,

Tiga kunci utama yang perlu diingat dalam mengamalkan pemakanan sihat iaitu :

Keep your food SIMPLE (Ringkas) , FRESH (Segar) & NATURAL (Semulajadi)

Buah-buahan merupakan salah satu sumber makanan semulajadi yang paling mudah untuk diamalkan kerana ia boleh dimakan begitu saja atau diminum sebagai jus dan smoothie. Jus atau smoothie buah-buahan membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. Ianya kaya dengan vitamin dan mineral semulajadi seperti vitamin C, potassium, mangan, kalsium, vitamin D, folate, beta carotene dan anti-oksida.

Terdapat enam kategori buah-buahan yang mengandungi vitamin dan mineral tertentu iaitu buah-buahan jenis:

1. Citrus – seperti orange, tangerine, lemon kaya dengan vitamin C untuk membantu menguatkan sistem imun dan sintesis kolagen untuk ketegangan kulit. Selain itu buah-buahan jenis citrus tinggi potassium yang menyokong kesihatan jantung dan mengekalkan tekanan darah pada paras normal, manakala folate membina sel-sel yang sihat.
2. Berries – seperti strawberry, blueberry, blackberry dan raspberry tinggi anti-oksida yang dapat mengurangkan radang (inflamasi) dan juga kaya phytonutrien untuk melawan pelbagai jenis penyakit.
3. Tropika – seperti betik, nenas, avocado, pisang, mangga, buah kiwi dan buah delima tinggi kandungan vitamin C, potassium, folate dan mangan yang penting untuk mengekalkan kesihatan tulang, kelenjar tiroid dan saraf serta paras gula sihat.
4. Drupes – seperti aprikot, ceri, pic dan plum tinggi beta carotene, potassium dan vitamin C. Beta carotene membantu penglihatan dan sistem imun berfungsi dengan baik
5. Pomes – seperti epal dan pear paling tinggi kandungan serat dalam satu hidangan serta mengandungi vitamin C dan potassium.
6. Melons – seperi tembikai, honey dew dan cantaloupe kaya dengan vitamin C.

Eloklah kiranya saya berkongsi salah satu resepi smoothie buah-buahan sebagai sarapan ringkas atau Meal Replacement bagi yang sedang berusaha menurunkan berat badan dengan Set Kurus Shaklee.

Untuk membuat smoothie buah-buahan di rumah, anda hanya memerlukan:
1. Blender / smoothie maker
2. Buah-buahan dari mana-mana kategori seperti di atas
3. Base – samada air, susu rendah lemak atau yogurt rendah lemak

Resepi Yogurt Berry Smoothie (hidangan untuk 1 orang)

yogurt berry smoothieBahan-bahan:

1 cawan campuran buah beri beku (mix frozen berries)
1 cawan yogurt rendah lemak
2 sudubesar madu

Cara-cara:
1. Campurkan ketiga-tiga bahan di atas dan blend sehingga halus.
2. Tuangkan ke dalam bekas. Sedia untuk diminum =)

Cadangan:
Tambahkan 1-2 scoop Shaklee ESP/ Cinch Shake (bagi yang mengambil Set Kurus Shaklee sebagai Meal Replacement)

Sumber fakta nutrisi : Laura Michele Oliver

Banana Smoothie

Al-kisah anak kecil saya Imran Musa yang sangatlah suka makan, pantang tengok orang makan dia pun nak tumpang sekaki.

Petang tadi dia ternampak sesikat pisang di atas meja lalu bersusah payah nak memanjat ambil pisang. Tapi saya tak berapa nak gemar bagi pisang sbb Musa baru berumur setahun lebih, takut dia ‘berry2’ mcm sebelum ni sebab banyak sangat makan pisang.

Nak dijadikan cerita saya pun merajinkan diri membuat COCONUT ICE-CREAM BANANA SMOOTHIE untuk dua orang putera kesayangan. Elok sangatlah, yang abang pula memang jenis tak berapa nak makan buah, biar mama blend je semua skali!

IMG_0011.JPG

Resepi sukahati macam biasa. Hidangan untuk dua gelas.

Bahan-bahan:

1 biji pisang
1/2 cawan ais krim kelapa cap Magnolia
1 cawan susu segar
1 cawan ais hancur

Cara-cara:
1. Buang kulit pisang dan potong kecil lebih kurang 1inci, masukkan dalam blender atau food processor.
2. Tuangkan susu, ais krim dan ais hancur ke atas pisang.
3. Blend sehingga ais hancur dan berbuih. Siap!

Variasi:
Untuk mendapatkan banana smoothie yang lebih sedap dan memberi tenaga berpanjangan campurkan 1 sudu besar French Vanilla Meal Shakes dan / atau 1 sudu besar Energizing Soy Protein (ESP) bersama.

Selamat mencuba!

IMG_0013.JPG

IMG_0015.JPG

IMG_0012.JPG