Kunyah-kunyah

Assalamualaikum,

Tadi baru je saya tulis entri tentang makanan. Sekarang nak tulis tentang makanan lagi. Aduh, hidup untuk makan saja ke? Hehe..

Tapi ini bukan makanan berat. Makanan kudapan di petang hari je. Haritu saya terbayang-bayang donat macam ummi saya selalu buat waktu kami adik-beradik masih kecil.

Ingat lagi, kadang-kadang tolong ummi jual donat dan kuih pau. Saya dan kakak/adik saya bawa pusing kampung. Donat ummi buat memang sedap. Kadang-kadang kami curi makan sebab tak tahan tengok sedap sangat.

Beberapa minggu lepas saya pun cuba buat donat sebab dah kempunan. Saya godek-godek resipi Martha Stewart Doughnut Recipes. Ada 8 resipi yang menggiurkan tapi saya pilih yang paling senang nak buat. Old-fashioned Raised Doughnuts.

20140207-004239.jpg

20140207-004314.jpg

Haa..macam kelakar je kan rupa donat tu? Ada 14 ketul semua, saya makan 7 ketul.. Lagi 7 saya bagi suami dan anak saya kongsi berdua. Kedekut tak?

Kemudian, ada lebihan doh saya frozenkan jadi doh pizza. Doh ni saya buat snek di petang hari juga. Sebab suami saya suka nak kunyah-kunyah bila pulang ke rumah dari tempat kerja. Kadang-kadang tak sempat pun nak buat snek. Bila rasa macam supersaiya je saya buat snek kudapan begini.

20140207-005336.jpg

Garlic Parsley Flatbread:
1. Spread a fair amount of sweet mustard dressing on a pre-cooked flatbread. (Optional)
2. Chopped parsley and garlic. Mix them with melted butter.
3. Spread evenly on flatbread and cooked for 5-8 mins at 180deg Celcius.

Makan ketika masih panas.

Selamat mengunyah =)