Energizing Strawberry Smoothie 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dah lama tak berkongsi resepi di blog saya! Kebetulan hari ini hari pertama berpuasa kan? Anda masak apa? Saya sekeluarga pula seperti biasa hanya bersederhana dalam berbuka puasa. Hanya berlaukkan satu dua sahaja kerana tak mahu membazir.

Alhamdulillah seharian berpuasa tak terasa lapar langsung! Agaknya gara-gara bersahur dengan ENERGIZING STRAWBERRY SMOOTHIE! Kelazatan penuh krim masih terasa hingga sekarang.

Ini bukanlah sebarang smoothie kerana ia membekalkan 14g protin dalam satu hidangan berserta 9 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan namun tak dapat dihasilkan oleh badan kita sendiri.

Jom tengok resepi ENERGIZING STRAWBERRY SMOOTHIE di bawah:

Bahan-bahan: 

1 cawan strawberry beku atau segar
1 cawan yogurt asli
1 sudubesar madu
1-2 sudubesar Shaklee Energizing Soy Protin (ESP)

Cara-cara: 

Masukkan kesemua bahan-bahan di dalam blender atau smoothie maker dan kisar sehingga halus.

Energizing Strawberry Smoothie ini sesuai untuk:

  1. Orang berpuasa yang mahu kekal bertenaga sepanjang hari
  2. Ibu hamil atau ibu menyusukan anak
  3. Kanak-kanak
  4. Pesakit Gastrik

Mudah saja kan resepi ini?

Selamat Mencuba!

ESPecially for You

Assalamualaikum w.b.t  =)

Apa khabar semua? Saya doakan anda semua sihat sejahtera dan bahagia di samping orang-orang yang tersayang. Bak kata Prof Muhaya, untuk membahagiakan orang lain, kita sendiri perlu membahagiakan diri sendiri terlebih dahulu. Dan ianya bermula dengan menyayangi diri sendiri dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

“Be grateful for what you have”

Entri kali ini adalah dedikasi khas daripada saya buat para pencinta Energizing Soy Protein atau nama glamournya ESP. Sebelum tu tolong senyum sampai telinga ye sebab saya ada berita gembira untuk anda semua 😀

TADAAA!

ESP BUY 6 FREE 1

Fungsi ESPMENGAPA ESP Shaklee unik dan berbeza berbanding kebanyakan Soy Protin Isolate Powder?

  • Non-GMO (Genetically Modified Organism) : Kacang soya yang digunakan Shaklee hanya mengandungi Non-GMO dimana ianya diproses pada suhu rendah.
  • Bebas daripada bahan kimia: Kacang soya ini dibersihkan dan diproses dengan menggunakan air (bukan dengan bahan kimia) untuk mengekalkan sumber semulajadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
  • Energy Booster: Setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya yang dapat memberikan sumber tenaga dengan kadar segera dan kekal untuk sela masa yang panjang dalam sehari. Rata-rata pengguna ESP melaporkan bahawa mereka rasa bertenaga dan tidak merasa lapar selepas meminum ESP.
  • Menyediakan 14g protin soya dalam setiap hidangan untuk menyokong kesihatan jantung.
  • Low Glycemic Index (GI): ESP merupakan makanan kesihatan yang rendah Indeks Glisemik .i.e. 39 menjadikan ianya sesuai untuk penghidap diabetes.
  • ESP Shaklee rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid urik dan sangat mudah untuk diserap oleh tubuh manusia serta tidak membebankan buah pinggang.
  • Setiap hidangan ESP membekalkan 50% daripada Nilai Harian Kalsium untuk menyokong kesihatan tulang.
  • Mengandungi fitoestrogen yang membantu menyokong kesihatan payudara dan prostat.
  • Asli: Tidak mengandungi perasa, pewarna tiruan, pemanis, kafein atau bahan tambahan yang lain.
  • ESP Shaklee sesuai untuk VEGETARIAN.

SIAPA yang boleh menikmati ESP? 

  1. Wanita hamil, mengandung dan menyusukan anak: ESP membekalkan protin iaitu nutrien yang sangat penting dalam pembentukan sel dan membekalkan tenaga untuk menghasilkan susu (milk booster).
  2. Individu yang ingin menurunkan berat badan: Pengguna ESP dapat menahan daripada rasa lapar untuk sela masa yang panjang dalam satu hari justeru mengurangkan kekerapan pengambilan makanan berat.
  3. Individu yang ingin cantik, sihat dan kekal bertenaga.
  4. Individu yang sibuk dan sering tak sempat bersarapan.

ESP TIDAK disyorkan kepada:

  1. Bayi dan toddlers kerana akan membebankan buah pinggang mereka.
  2. Individu yang mengalami masalah kesihatan buah pinggang kerana ianya menyukarkan pemprosesan protin.
  3. Wanita yang mempunyai masalah fibroid, endometriosis dan ovarian cyst.

Berapa harga ESP dan bagaimana cara untuk makan ESP?

  • Satu canister berharga RM150 (anda boleh mendaftar ahli untuk mendapatkan harga yang lebih rendah)
  • Satu canister (850g) bersamaan 30 hidangan 3 sudubesar ESP.
  • 1 sudubesar ESP dicampur dengan 200-250ml air (atau apa-apa minuman kegemaran anda seperti susu segar dan kordial) dan maksimum 3 sudubesar sehari.
  • JANGAN MENCAMPUR ESP dengan minuman berkarbonat, berkafein, dan minuman panas melebihi 40 darjah Celcius  untuk tidak memusnahkan zat protin yang terkandung dalam ESP (ikatan molekul protin mudah terurai pada suhu yang tinggi).

Macam-macam fungsi ESP + Vitamin Shaklee yang lain:

  1. ESP + Vita-E Complex = Kulit cantik dan cerah semulajadi tanpa perlu “make-up”
  2. ESP + Vit C = Mengatasi masalah JERAWAT
  3. ESP + Omega Guard = Mengurangkan risiko keguguran dan bayi-pramatang
  4. ESP + Vita-Lea Iron Formula = Mengekalkan kesihatan yang Optimum
  5. ESP + Lecithin = Membantu mengembalikan bentuk badan selepas bersalin
  6. ESP + Alfalfa Complex = Kekal bertenaga / Milk Booster
  7. ESP + GLA Complex = Membantu wanita yang ingin hamil
  8. ESP + Zinc Complex = Membantu menyembuhkan luka selepas bersalin / pembedahan
  9. ESP + Performance Drink = Kekal bertenaga ketika berpuasa

Jika anda berminat untuk mendapatkan ESP, saya adalah pengedar sah anda. Hubungi saya untuk membuat pesanan dan/atau pertanyaan lanjut:

  • E-mail: zahara.johari@gmail.com
  • PM/Whatsapp: 013-3883575

Hingga bertemu lagi di entri akan datang. Wassalam =)

*Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.