GLA Complex Shaklee adalah Unisex

Assalamualaikum semua,

Bagaimana dengan hujung minggu anda semua? Sudah tentu ada yang balik kampung, makan galore, sightseeing, shopping, spring cleaning dan sebagainya. Ada yang buat bungee jumping tak? Hehe. Minggu ni kami sekeluarga hanya keluar bermain salji di Children Grand Park berdekatan dengan rumah. Dalam kesejukan yang hampir-hampir beku, sempat juga saya membuat Olaf the snowman, malangnya tak sempat mengambil gambar kerana ia telah dimusnahkan oleh kanak-kanak yang girang bermain salji.

Seperti tajuk entri di atas, saya ingin berkongsi kebaikan satu produk Shaklee yang sangat terkenal dek kerana keberkesanannya dalam membantu rata-rata rakyat Malaysia, terutama kaum wanita dalam menangani masalah kesihatan wanita seperti ovarian cyst, tak dapat hamil, kitaran haid yang tak teratur dan sebagainya. Produk ini tak lain tak bukan ialah GLA Complex.

Minggu lepas saya terima satu order daripada customer di Kuala Lumpur. Beliau mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur sejak September 2013. Saya cadangkan beliau mengambil GLA Complex bagi membantu mengawal kitaran haidnya. Apa yang membuatkan saya gembira ialah order dibuat pada hari Khamis pagi, kemudian customer saya menghantar gambar melalui whatsapp pada keesokan paginya memberitahu bahawa produk yang beliau pesan telah diterima. Wah, kurang dari 24 jam! Seronoknya dengan Shaklee Online System, order dapat dibuat tak kira dimana anda berada pada bila-bila masa. Harini saya follow-up dengan customer, beliau mengatakan dah kurang vaginal discharge, syukur Alhamdulillah. Doa saya pada ketika ini mudah-mudahan dengan izin Allah, produk ini dapat membantu menangani masalah yang dialami beliau. IMG_6338 Alang-alang dah buka cerita tentang GLA Complex, apa kata saya kongsi kebaikan Cik GLA ni? Sebelum tu nak cerita la selama dua hari bercuti-cuti hujung minggu saya tak sentuh laptop langsung untuk buat kerja. Kalau cikgu saya tahu saya malas-malas macam ni mesti dia bawak rotan =p. Walau bagaimanapun saya berjaya menyiapkan slide pertama saya berkenaan GLA Complex. Simple je slide ni. Budak darjah satu pon boleh buat. Tapi ini lah titik peluh saya sendiri, dengan cabaran mempunyai anak-anak yang masih kecil, bukan senang nak berblogging apatah lagi nak duduk mengadap laptop membuat powerpoint slide.

GLA Complex

GLA Complex Shaklee mengandungi:

  1. Borage Oil: GLA (asid linolenik gama) yang diekstrak daripada borage mengandungi kelikatan GLA lebih tinggi berbanding Evening Primrose Oil atau Blackcurrant Seed Oil seperti kebanyakan yang terdapat di pasaran. GLA membentuk prostaglandin bagi mengawal selia hormon lelaki & wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara. (source: jomvitamin.com)
  2. Sunflower Seed Oil: berfungsi menyihatkan jantung, melembapkan kulit, membina sel baru dan membaiki sel yang rosak.
  3. Vitamin E: fungsi utama sebagai antioksidan yang menghalang pembentukan radikal bebas dalam tisu badan.

Berbalik kepada tajuk entri, saya mengatakan bahawa Cik GLA bersifat Unisex, oleh itu ia bukan sahaja boleh diamalkan oleh golongan wanita, malah ianya juga sesuai untuk kaum lelaki yang mempunyai masalah kesihatan prostat, masalah kulit dan keguguran rambut, masalah kerap kencing, darah tinggi dan diabetis. 

Sebotol GLA Complex mengandungi 60 biji kapsul, dimakan satu biji selepas makan, dua kali sehari.

*Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung.

Jika anda berminat untuk mendapatkan GLA Complex atau vitamin semulajadi keluaran Shaklee, saya adalah pengedar sah anda. Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut:

  • E-mail: zahara.johari@gmail.com
  • PM/Whatsapp: 013-3883575

Hingga berjumpa lagi di entri akan datang. Wassalam =)