Kesan Sampingan Shaklee Meal Shakes

Takut kan bila ambil sesuatu produk yang ada kesan sampingan seperti rambut gugur, diabetes, kanser kulit dan sebagainya. Contohnya bila makan JAJAN dan makanan DIPROSES yang banyak penambah perisa, MSG, gula dan bahan kimia. Dalam kuantiti sedikit mungkin tak nampak kesan yang ketara tapi lama kelamaan boleh membawa padah.

Eh, tau tak kalau ambil MEAL SHAKES pon ada kesan sampingan?! Habis la… Masa beli dengan SID korang ada tak dia bagitau apakah KESAN SAMPINGAN MINUM MEAL SHAKES ni? Kalau belum tahu, baca sampai habis ūüėä

1. Membantu mengurangkan ALAHAN, EKZEMA dan PSORIASIS.

2. MENAMBAH SELERA makan bagi anak-anak ‘Picky Eater’.

3. Melancarkan pencernaan dan MENGELAK SEMBELIT. Baru sebentar tadi saya minum Meal Shakes. Selepas sejam, terus ke tandas. Cepat sungguh penangan Meal Shakes kan? Jadi sesiapa yang ada masalah nak membuang, elok sangat lah ambil MEAL SHAKES dan OSTEMATRIX!

4. Meningkatkan sistem imun dan kecerdasan mental kanak-kanak. Kesan optimum dapat dirasai jika mengambil MEAL SHAKES bersama minyak ikan OMEGA GUARD dan CHEWABLE VIT-C.

Anak saya yang berumur 1 tahun setengah setiap hari sibuk juga nak minum Meal Shakes. Lepas tu bila masuk dapur dia nampak botol Chewable Vitamin C menjerit2 nak makan…bahaya sampai kena sorok sebab sehari sampai banyak kali nak makan! Ehehe..

Jika anda berminat untuk mencuba Set Kesihatan Kanak-kanak : Meal Shakes, Omega Guard dan Chewable Vitamin C, hubungi saya untuk membuat pesanan dan dapatkan konsultasi PERCUMA secara berterusan ūüôā

IMG_8966.JPG

IMG_0039.JPG

IMG_0075.JPG

Meal Shakes untuk Seisi Keluarga

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

  1. Anda suka minum McDonalds milkshake berperisa vanilla, coklat ataupun strawberry?
  2. Anda suka minum yogurt ataupun smoothie buah-buahan?
  3. Anda rasa lesu dan tidak bermaya kerana berpuasa?
  4. Anda tidak sempat bersarapan?
  5. Anak anda kurang selera makan, sembelit dan mudah dijangkiti penyakit?

Dengan Meal Shakes, anda dapat menikmati milkshake seakan-akan Mcdonald’s setiap hari tanpa rasa bersalah. Mengapa? Kerana Meal Shakes keluaran Shaklee menggunakan fruktos semulajadi, tidak mengandungi sebarang PEWARNA, GULA TIRUAN dan sangat sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur (kecuali bayi berusia kurang setahun).

Meal Shakes Shaklee merupakan hidangan lengkap lagi berkhasiat yang mengandungi asid amino, protein, mineral dan 19 jenis vitamin. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, dan lactalbumin. Meal Shakes dihasilkan untuk semua golongan bermula dari kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas, para pelajar, para atlet, vegetarian, ibu mengandung, orang yang sibuk bekerja atau yang gemar mengambil makanan segera. Jika anda mencari sarapan yang penuh khasiat, Meal Shakes merupakan pilihan yang bijak.

Di antara manfaat utama Meal Shakes Shaklee ialah:

  • Mengandungi 19¬†jenis vitamin, mineral, dan zat perlu di mana jika kekurangan zat akan menyukarkan kadar penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita.¬†Pengambilan Meal Shakes yang konsisten dapat membantu mengoptimumkan penyerapan nutrien.
  • Protein yang terkandung di dalam Meal Shakes membekalkan nutrisi kepada sel-sel tubuh, justeru membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dan meningkatkan sistem imun
  • Bagi kanak-kanak pula, Meal Shakes membantu tumbesaran yang seimbang kerana asid folik, biotin, kalsium dan magnesium membantu membina tulang yang sihat
  • Vitamin A, C, E, zink dan selenium yang terkandung di dalamnya merupakan sumber anti-oksida semulajadi yang berfungsi melawan jangkitan kuman dan melambatkan proses penuaan
  • Vitamin B dan zat-zat besi dapat membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik dan berseri-seri
  • Meal Shakes juga kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari usus

Fungsi Meal Shakes

Oh ya, jika anda juga tertanya-tanya tentang status halal Meal Shakes ini, jawapannya sudah tentu HALAL lagi bersih dan baik.

Saya sendiri merupakan penggemar Meal Shakes kerana sebagai ibu menyusu, saya amat¬†memerlukannya sebagai ‘Energy Booster’. Anda boleh mendapatkan resipinya di SINI.

Meal Shakes boleh dibancuh dengan apa-apa minuman kecuali minuman yang berkafein seperti teh, kopi atau minuman bergas. Tidak digalakkan utk dibancuh pada suhu melebihi 40degC bagi mengekalkan zat protinnya. Satu tin (canister) Meal Shakes mengandungi 544gm bersamaan 16 sajian. Walau bagaimanapun, terdapat variasi dalam sukatan mengikut peringkat umur:

  1. 1-6 tahun: max 1 Sudu kecil (teaspoon) sehari.
  2. 7 – 12 tahun: max 1 sudu besar (tablespoon) sehari.
  3. 12 tahun dan ke atas: max 3 sudu besar (tablespoon) sehari.

Harga runcit setin Meal Shakes ialah RM113.75. Jika anda mahu mendapatkannya pada harga AHLI, boleh klik di SINI untuk garis panduan. Bersempena bulan MEI 2014, Shaklee mengadakan promosi BELI 6 PERCUMA 1 tin Meal Shakes. Berbaloi-baloi bukan? Anda boleh menyimpan stok untuk seisi keluarga yang bertahan hingga bulan Ramadhan yang bakal menjelma.

Image

Hubungi saya sekarang untuk membuat pesanan dan/atau pertanyaan lanjut mengenai vitamin semulajadi dan lain-lain produk kesihatan Shaklee:

  • E-mail:¬†zahara.johari@gmail.com
  • SMS/Whatsapp:¬†013-3883575

Energy Booster Recipe

Assalamualaikum semua,

Anda semua dah bersarapan? Ada tak yang tak sempat dan terkejar-kejar nak ke pejabat? Begitu la situasi saya sewaktu bekerja dulu. Kalau tak kerana super husband yang membantu meringankan tugas-tugas harian saya terutamanya pada waktu pagi ketika kelam kabut nak siapkan anak-anak dan nak bersiap ke tempat kerja, memang pengsan la saya seorang diri. Tambahan pula saya menyusukan anak sepenuhnya dan seringkali terlepas sarapan pagi. Cepat sangat rasa lapar.

Dalam entri ni saya nak berkongsi satu resipi kekal bertenaga sepanjang hari. Saya berkenalan dengannya pada bulan Mei 2013 sejurus selepas melahirkan anak kedua. Masa tu dah mula berasa risau kerana selepas tamat tempoh berpantang saya akan mula bekerja di bulan Ramadhan. Yang dirisaukan ialah production susu down kerana berpuasa. Tak sanggup tinggal puasa walaupun dibenarkan dalam Islam, sebab kelak nak mengganti puasa dah jadi cerita lain pula. Di tempat kerja pula rata-rata ibu berkongsi resepi meminum air susu campur kurma dan badam. Jadi saya pun teruja untuk mencuba resipi ini. Dan Alhamdulillah, ternyata ia bukan sahaja dapat menahan rasa lapar malah membuatkan susu yang dipam menjadi pekat. Kemudian saya terfikir untuk mencampurkan french vanilla mealshakes ini ke dalam resipi tersebut. Tak sangka kesannya begitu memberangsangkan. Kuantiti dan kualiti susu juga bertambah minimum 8oz utk sesi pagi mengepam. Kadangkala 10oz jika tidak sempat menyusukan anak sebelum menghantarnya ke taska. Pada sesi petang pula saya dapat pam sekurang-kurangnya 6oz. Alhamdulillah. Ditambah pula dengan stok susu yang telah dikumpul dalam tempoh berpantang, saya yakin dapat memenuhi permintaan susu anak saya.

Sebelum saya menyambung entri ini ingin saya tahu, adakah anda tergolong dalam salah satu kumpulan seperti di bawah?

1. Bekerja dan menyusukan anak
2. Bekerja, berpuasa dan menyusukan anak
3. Menyusukan anak dan berpuasa
4. Seringkali tak sempat bersarapan
5. Anda seorang atlet

Jika YA, barangkali anda tidak keberatan mencuba resipi “Energy Booster” seperti di bawah ni:

20140129-082811.jpg

French Vanilla Smoothie

Bahan-bahan:
1 sdb french vanilla mealshakes
250ml susu segar
1 sdb badam / serbuk badam
2-3 biji kurma dibuang biji

Cara membuat:
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan blitz menggunakan blender atau smoothie maker.

Tadaa, dah siap dan sedia diminum! Sangatlah creamy dan sedap. Pengalaman saya pertama kali mencuba mealshakes hanya dengan mencampurkannya dengan susu segar. Terus berasa marvellous! Kalau anda nak mix dengan susu perisa strawberry pun boleh takde masalah.

Tips:
1. Bagi yang berpuasa boleh diminum ketika bersahur, sebelum atau selepas makan. Biasanya saya minum sebelum makan, kadangkala tak sempat makan berat, hanya meminum French Vanilla Smoothie.
2. Pastikan suhu tidak melebihi 40 darjah Celcius kerana ini akan mematikan khasiat protein dalam mealshakes (nama pun smoothie, mestila nak minum sejuk2 gitu kan)
3. Bagi yang tidak gemar meminum susu boleh digantikan dengan air mineral.
4. Jika anda rasa tak sempat nak sediakan smoothie ni pada pagi hari, cuba buat pada malam hari sebelum tidur dan simpan di dalam peti sejuk untuk diminum keesokan pagi.

InsyaAllah di entri akan datang saya ingin berkongsi khasiat Mealshakes untuk seisi keluarga.

Selamat mencuba!