3 Soalan Popular Mengenai Supplement Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Setelah setahun lebih berkecimpung dalam dunia supplemen untuk kesihatan dan kecantikan, ada 3 SOALAN POPULAR MENGENAI SUPPLEMENT SHAKLEE yang  sering ditanya oleh para pelanggan apabila mahu memilih supplemen Shaklee. Dan sebagai seorang SID yang menghormati permintaan pelanggan, saya juga menyediakan respon satu persatu bagi memenuhi permintaan para pelanggan:
1. Ada tak supplemen yang CEPAT NAMPAK PERUBAHAN?

Supplemen Shaklee bukan seperti kebanyakan produk kesihatan dan kecantikan yang terdapat di pasaran yang memegang tagline seperti “KURUS DALAM MASA SEMINGGU” atau “PUTIHKAN KULIT DALAM MASA 3 HARI” dan sebagainya.

Perkara pertama yang perlu difahami ialah badan kita mengambil masa lebih kurang 90 hari (lebih kurang 3 bulan) utk menghasilkan sel-sel baru. Dan tindakbalas supplemen terhadap setiap individu adalah berbeza mengikut tahap kesihatan masing-masing.

Untuk mendapatkan kesan yang optimum (bahasa pasarnya kalau nak cepat nampak efek) eloklah kita singkirkan toksin dalam badan terlebih dahulu, barulah nutrien-nutrien dapat diserap sebaik mungkin oleh badan kita.
Teringat saya pada satu analogi yang diajarkan oleh upline saya;

Toksin dalam badan ni umpama lumut dan sampah sarap yang melekat dan tersekat di longkang. Jika banyak lumut dan sampah sarap, bagaimana air nak mengalir dengan laju? Untuk memastikan longkang tidak tersumbat dan pengaliran air yang baik, dah tentu kita sental kekotoran pada dinding longkang dan kutip sampah sarap yang menyebabkan longkang tersumbat.

Sama juga apabila kita mengambil supplemen, badan kita perlu menyingkirkan benda-benda tak baik yang selama ini menghalang badan kita daripada mendapatkan vitamin dan mineral yang secukupnya.

“Patutlah makan pelbagai jenis supplemen pun lemak-lemak degil ni tak mahu mencair, rupanya masih banyak toksin yang terkumpul dalam badan”

Bagi pelanggan yang tidak pernah detoks badan untuk jangka masa yang lama, anda boleh mula mendetoks dengan Alfalfa dan/atau Herblax.

2. Ada tak supplemen yang TAK PERLU BANCUH atau SHAKE kerana susah nak bawa ke sana ke mari?

Biasanya pelanggan yang tidak mahukan supplemen jenis ini merupakan seorang yang sibuk dan always on-the-go. Tak ada masa nak bancuh atau shake katanya. Seboleh2nya saya yang ingin membantu pelanggan akan mencadangkan supaya mereka membawa sahaja supplemen tersebut dan tinggalkan satu di rumah dan satu di tempat kerja. Bila sampai waktunya boleh terus bancuh di office pantry.

Tetapi jika tak mahu atau rasa leceh untuk mengambil supplemen yang berbentuk serbuk, pelanggan bolehlah ambil vitamin berbentuk tablet dan kapsul seperti Omega Guard, Ostematrix, Vitamin C, Vitamin E Complex, GLA Complex dan B Complex kerana ianya ringan, boleh disimpan dalam beg tangan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

3. Ada tak supplemen yang BUKAN BERBENTUK TABLET DAN KAPSUL sebab rasa susah nak telan?

Mestilah ADA! Apabila ada pelanggan yang tidak mahu supplemen berbentuk kapsul dan tablet, pilihlah supplemen berbentuk cecair dan/atau serbuk seperti Vivix, ESP, Meal Shakes, Performance Drink, Cinch Shake dan Collagen Powder kerana sangatlah senang nak makan!

Lagipun kita sedia maklum bahawa apa-apa yang berbentuk serbuk atau cecair lebih mudah bertindak balas kerana luas permukaan terdedah lebih besar berbanding yang lain. Supplemen jenis ini juga MEMBERIKAN PERUBAHAN YANG CEPAT! 

Diharap respons saya terhadap 3 SOALAN POPULAR MENGENAI SUPPLEMENT SHAKLEE seperti di atas sedikit sebanyak membantu anda membuat pilihan supplemen Shaklee yang terbaik untuk anda dan seisi keluarga 🙂

Jika anda berminat untuk mendapatkan mana-mana vitamin semulajadi keluaran Shaklee dengan penjimatan sehingga 20%, hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk dan harga, serta KONSULTASI PERCUMA dan berterusan.

  • E-mail: zahara.johari@gmail.com
  • SMS/Whatsapp/Telegram : 013-3883575
  • Facebook Page: Healthy Wealthy Mama
  • Facebook: Intan Zaharah
  • COD Petaling Jaya, Ara Damansara, Subang Jaya, Shah Alam & POSLAJU/GDex ke seluruh Malaysia

Wassalam =)

Krisis Penyembuhan

Bagi pengamal vitamin/produk kesihatan Shaklee, kadangkala ada yang merungut bahawa vitamin/produk tidak serasi dengan tubuh mereka kerana mengalami beberapa simptom seperti sakit kepala, demam dan jerawat. Jangan bimbang, ini dipanggil sebagai krisis penyembuhan atau healing crisis. 

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen, krisis penyembuhan akan mula berlaku.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun tubuh yang lemah akan mengambil masa lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama : sisa-sisa, makanan yang mengandungi banyak bahan kimia, lemak, stress, diet tak seimbang, kurang tidur, pengambilan antibiotik dan ubat-ubatan untuk tempoh masa yang lama.  Supplemen membantu mempertingkatkan sistem imun, kebolehan detoksifikasi dan kesihatan organ-organ dalam tubuh kita.

Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan berasa pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan lain-lain. Simptom-simptom ini berbeza mengikut individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu.

Di waktu jangkamasa krisis penyembuhan ini, minumlah banyak air bersih (1 liter air bagi 25kg berat badan), rehat secukupnya dan makan lebih makanan berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Selagi mana kita memahami bahawa ini adalah simptom-simptom penyembuhan, kita akan mudah melalui fasa ini.

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Vitamin Larut Lemak Shaklee

Vitamin larut lemak juga dikenali sebagai vitamin ADEK.

Ia terdiri daripada empat jenis vitamin: A, D, E dan K. Vitamin ADEK harus diambil bersama makanan berlemak/berminyak kerana ia akan membantu penyerapan vitamin ini dengan lebih berkesan.

Tubuh manusia memerlukan keempat-empat vitamin ini dalam kuantiti yang tertentu. Kepentingan vitamin ADEK dapat dirumuskan seperti berikut:

Vitamin A: Juga dikenali sebagai retinol. Menguatkan sistem imun terhadap jangkitan, membantu penglihatan, mengekalkan kesihatan kulit dan lapisan dalam seperti hidung. Sumber makanan yang kaya Vitamin A ialah hati (liver) tetapi pengambilan hati lebih dari sekali seminggu tidak baik untuk kesihatan. Jadi boleh diganti dengan sumber lain seperti telur, cheese dan yogurt.

Vitamin D: Membantu mengawal selia jumlah kalsium dan fosfat di dalam tubuh badan. Ketiga-tiga nutrien ini diperlukan untuk memastikan kesihatan tulang dan gigi yang sihat. Kekurangan Vitamin D boleh mengakibatkan kecacatan tulang seperti ricket di kalangan kanak-kanak. Tubuh kita juga boleh menghasilkan Vitamin D dengan sendiri melalui kulit apabila terdedah kepada cahaya matahari yang cukup. Contoh makanan yang mengandungi vitamin D ialah ikan salmon, mackerel, sardin, telur, dan bijirin.

Vitamin E: Kepentingan utama ialah mengekalkan struktur sel dengan memelihara membran sel. Mengandungi antioksidan yang membantu melawan radikal bebas di dalam tubuh badan. Vitamin E amat baik untuk integrasi sel dan sintesis DNA. Sumber Vitamin E termasuk minyak bunga matahari, minyak safflower, germa gandum, dan kekacang.

Vitamin K: Diperlukan untuk pembekuan darah seterusnya membantu menyembuhkan luka dengan berkesan. Vitamin K boleh didapati di dalam sayuran hijau seperti alfalfa, brokoli dan bayam.

Di antara supplement Shaklee yang mengandungi Vitamin ADEK adalah seperti berikut:

vitamin ADEK

 

1. Carotomax: Sumber Vitamin A semulajadi.  Mengandungi 5 jenis karotenoid yang paling berkhasiat terdiri daripada beta carotene, lycopene, lutein dan xeazanthin, alpha carotene dan astaxanthin. Memberi perlindungan terbaik antioksida.
2. Ostematrix: Mengandungi Vitamin D3 yang membantu penyerapan kalsium dengan lebih berkesan.
3. Vita-E Complex: Merupakan sejenis antioksidan yang kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan fungsi imun.
4. Alfalfa Complex: Dikenali juga sebagai Medicago Sativa merupakan sumber klorofil pigmen tumbuhan semulajadi, vitamin dan mineral surih. Ia kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 jenis vitamin termasuk Vitamin K, 8 jenis enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi bersamaan dengan segelas susu.

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi keluaran Shaklee termasuk konsultasi percuma, hubungi saya di:

  • E-mail: zahara.johari@gmail.com
  • PM/Whatsapp: 013-3883575