Kesan Sampingan Shaklee Meal Shakes

Takut kan bila ambil sesuatu produk yang ada kesan sampingan seperti rambut gugur, diabetes, kanser kulit dan sebagainya. Contohnya bila makan JAJAN dan makanan DIPROSES yang banyak penambah perisa, MSG, gula dan bahan kimia. Dalam kuantiti sedikit mungkin tak nampak kesan yang ketara tapi lama kelamaan boleh membawa padah.

Eh, tau tak kalau ambil MEAL SHAKES pon ada kesan sampingan?! Habis la… Masa beli dengan SID korang ada tak dia bagitau apakah KESAN SAMPINGAN MINUM MEAL SHAKES ni? Kalau belum tahu, baca sampai habis ūüėä

1. Membantu mengurangkan ALAHAN, EKZEMA dan PSORIASIS.

2. MENAMBAH SELERA makan bagi anak-anak ‘Picky Eater’.

3. Melancarkan pencernaan dan MENGELAK SEMBELIT. Baru sebentar tadi saya minum Meal Shakes. Selepas sejam, terus ke tandas. Cepat sungguh penangan Meal Shakes kan? Jadi sesiapa yang ada masalah nak membuang, elok sangat lah ambil MEAL SHAKES dan OSTEMATRIX!

4. Meningkatkan sistem imun dan kecerdasan mental kanak-kanak. Kesan optimum dapat dirasai jika mengambil MEAL SHAKES bersama minyak ikan OMEGA GUARD dan CHEWABLE VIT-C.

Anak saya yang berumur 1 tahun setengah setiap hari sibuk juga nak minum Meal Shakes. Lepas tu bila masuk dapur dia nampak botol Chewable Vitamin C menjerit2 nak makan…bahaya sampai kena sorok sebab sehari sampai banyak kali nak makan! Ehehe..

Jika anda berminat untuk mencuba Set Kesihatan Kanak-kanak : Meal Shakes, Omega Guard dan Chewable Vitamin C, hubungi saya untuk membuat pesanan dan dapatkan konsultasi PERCUMA secara berterusan ūüôā

IMG_8966.JPG

IMG_0039.JPG

IMG_0075.JPG

Pengedar Shaklee Lembah Klang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

IMG_9270[1]

Sukacita saya ingin memaklumkan kepada seluruh rakyat Malaysia terutama kepada anda yang setia menjadi pelanggan/pengguna produk Shaklee bahawa saya Intan Zaharah bt Johari merupakan pengedar sah Shaklee dengan ID: 1101779 dan berikut merupakan khidmat-khidmat yang ditawarkan untuk anda semua:

1. Cash on delivery (COD) bagi kawasan Lembah Klang terutama yang berada di sekitar kawasan Petaling Jaya, Ara Damansara, Subang, Bandar Sunway, Shah Alam dan Putra Heights. Kos penghantaran adalah sebanyak RM10 dan PERCUMA dengan setiap pembelian yang mengandungi VIVIX dan/atau dengan setiap pembelian sebanyak 200UV bersamaan RM650 ke atas. 
2. Penghantaran melalui POSLAJU dan GD express (GDex)  ke seluruh Malaysia.
3. Konsultasi EKSKLUSIF dan PERCUMA kepada pelanggan Shaklee yang membuat pesanan atau mendaftar ahli di bawah organisasi saya.

Langkah-langkah membuat pesanan melalui COD:

1. SMS/Whatsapp saya di nombor telefon 013-3883575 untuk membuat pesanan. ATAU
2. Hantarkan pesanan produk pilihan anda kepada alamat e-mel saya zahara.johari@gmail.com berserta butiran peribadi anda termasuk Nama, Alamat dan No. Telefon.

COD

Bagi perkhidmatan penghantaran melalui POSLAJU atau GDex, anda boleh membuat pembayaran secara terus ke salah satu akaun bank berikut:

  • Maybank – 162898004812 (INTAN ZAHARAH BINTI JOHARI)
  • CIMB – 701927031 (INTAN ZAHARAH BINTI JOHARI)

Seterusnya, hantarkan bukti pembayaran dan pesanan anda akan diproses dalam masa 24 jam.  

Hubungi saya untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan.

Sekian, wassalam. 

Panduan Menggunakan eSell Shopping Cart

Assalamualaikum wbt para pembaca yang saya kasihi,

Nampaknya Shaklee bekerja keras kali ini untuk memudahkan urusan jual-beli para pengguna produk Shaklee. Kini anda boleh tersenyum lebar kerana Shaklee telah melancarkan satu sistem yang dikenali sebagai eSell.

esell-shaklee-logo

Di antara KEISTIMEWAAN eSell ialah:

1. MENJIMATKAN MASA¬†: Jika sebelum ini anda bergantung kepada¬†SID anda untuk membuat pesanan, menunggu maklum balas serta pengeposan produk Shaklee, kini pembelian akan dibuat secara TERUS¬†seperti yang biasa dilakukan ketika anda membeli-belah di secara ‘online’.

2. SELAMAT : eSell dilengkapi dengan sistem keselamatan terkini hasil kolaborasi di antara Shaklee dan bank-bank kad kredit/debit anda. Oleh itu, data dan maklumat peribadi anda kekal SULIT & TERJAGA. 

Berikut merupakan PANDUAN atau TUTORIAL ringkas untuk membeli produk kesihatan, kecantikan dan kelengkapan rumah Shaklee dengan menggunakan eSell.

1. KLIK pada LINK PRODUK yang diberi bersama sesebuah blog entri atau Facebook/Twitter Status Update.

2. Anda akan dibawa kepada ‘Perjanjian Pesanan Online’ seperti di bawah yang menerangkan terma dan syarat pembelian. Seterusnya pilih ‘Setuju’ dan KLIK ‘Seterusnya’ untuk meneruskan pesanan.

esell online order agreement

3. Anda akan lihat senarai produk di dalam set yang dinyatakan. Di sini,¬†anda boleh membuat pilihan barang yang hendak dipesan dengan menandakan ‘checkbox’ yang disediakan. ¬†Contoh di bawah merupakan SET KESIHATAN PREMIUM yang terdiri daripada Vivix dan Collagen Powder. Saya mengesyorkan kuantiti 2 kotak kerana sekotak Collagen Powder mengandungi 15 sachets, jadi untuk keperluan satu bulan anda memerlukan 30 sachets (15 x 2) untuk mendapatkan kesan optimum. Namun, anda¬†boleh¬†menambah atau mengurangkan kuantiti barangan mengikut kesesuaian dan bajet tertentu di ruang ‘Kuantiti’ seterusnya ‘Kemas Kini’¬†pesanan anda.

esell shopping cart4. Selepas mengemaskini pesanan, KLIK ‘Checkout’ dan seterusnya anda akan diminta untuk mengisikan ‘Data Pelanggan’ seperti Nama, Alamat Penghantaran dan No. Tel. KLIK ‘Teruskan’ untuk menyemak dan mengesahkan data yang diberi.

esell data pelanggan

esell pengesahan order

5.¬†Setelah¬†memastikan data dan barangan¬†yang hendak¬†dibeli, KLIK ‘Teruskan untuk Bayaran’ dan anda akan di bawa ke skrin berikutnya seperti di bawah. Anda boleh memilih untuk membuat bayaran menggunakan Kad Kredit/Debit jenis VISA atau MASTER sahaja. (Jika anda tidak mempunyai kad kredit atau debit, anda boleh menghubungi saya di 6013-3883575 (SMS/Whatsapp) dan saya akan membantu membuat pesanan anda.¬†Isikan data kad kredit/debit yang diperlukan seterusnya sahkan pembayaran anda dan tunggu sehingga transaksi pembayaran anda selesai.

esell cara pembayaran

6. Pihak Shaklee akan menghantar e-mail yang mengesahkan bahawa transaksi anda telah BERJAYA dilakukan, serta merta memproses dan menghantar pesanan anda dalam masa 4-5 hari bekerja bagi Semenanjung Malaysia manakala 7-10 hari bekerja bagi Sabah/Sarawak.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau keraguan, bolehlah menghubungi saya untuk mendapatkan pengesahan mengenai garis panduan menggunakan eSell Shopping Cart.

Akhir kata, saya ucapkan selamat datang ke Troli Beli-Belah eSell anda. Klik pada link berikut untuk memilih mana-mana PRODUK KESIHATAN yang diperlukan oleh anda sekeluarga.

Wassalam =)

Untitled

Meal Shakes untuk Seisi Keluarga

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

  1. Anda suka minum McDonalds milkshake berperisa vanilla, coklat ataupun strawberry?
  2. Anda suka minum yogurt ataupun smoothie buah-buahan?
  3. Anda rasa lesu dan tidak bermaya kerana berpuasa?
  4. Anda tidak sempat bersarapan?
  5. Anak anda kurang selera makan, sembelit dan mudah dijangkiti penyakit?

Dengan Meal Shakes, anda dapat menikmati milkshake seakan-akan Mcdonald’s setiap hari tanpa rasa bersalah. Mengapa? Kerana Meal Shakes keluaran Shaklee menggunakan fruktos semulajadi, tidak mengandungi sebarang PEWARNA, GULA TIRUAN dan sangat sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur (kecuali bayi berusia kurang setahun).

Meal Shakes Shaklee merupakan hidangan lengkap lagi berkhasiat yang mengandungi asid amino, protein, mineral dan 19 jenis vitamin. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, dan lactalbumin. Meal Shakes dihasilkan untuk semua golongan bermula dari kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas, para pelajar, para atlet, vegetarian, ibu mengandung, orang yang sibuk bekerja atau yang gemar mengambil makanan segera. Jika anda mencari sarapan yang penuh khasiat, Meal Shakes merupakan pilihan yang bijak.

Di antara manfaat utama Meal Shakes Shaklee ialah:

  • Mengandungi 19¬†jenis vitamin, mineral, dan zat perlu di mana jika kekurangan zat akan menyukarkan kadar penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita.¬†Pengambilan Meal Shakes yang konsisten dapat membantu mengoptimumkan penyerapan nutrien.
  • Protein yang terkandung di dalam Meal Shakes membekalkan nutrisi kepada sel-sel tubuh, justeru membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dan meningkatkan sistem imun
  • Bagi kanak-kanak pula, Meal Shakes membantu tumbesaran yang seimbang kerana asid folik, biotin, kalsium dan magnesium membantu membina tulang yang sihat
  • Vitamin A, C, E, zink dan selenium yang terkandung di dalamnya merupakan sumber anti-oksida semulajadi yang berfungsi melawan jangkitan kuman dan melambatkan proses penuaan
  • Vitamin B dan zat-zat besi dapat membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik dan berseri-seri
  • Meal Shakes juga kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari usus

Fungsi Meal Shakes

Oh ya, jika anda juga tertanya-tanya tentang status halal Meal Shakes ini, jawapannya sudah tentu HALAL lagi bersih dan baik.

Saya sendiri merupakan penggemar Meal Shakes kerana sebagai ibu menyusu, saya amat¬†memerlukannya sebagai ‘Energy Booster’. Anda boleh mendapatkan resipinya di SINI.

Meal Shakes boleh dibancuh dengan apa-apa minuman kecuali minuman yang berkafein seperti teh, kopi atau minuman bergas. Tidak digalakkan utk dibancuh pada suhu melebihi 40degC bagi mengekalkan zat protinnya. Satu tin (canister) Meal Shakes mengandungi 544gm bersamaan 16 sajian. Walau bagaimanapun, terdapat variasi dalam sukatan mengikut peringkat umur:

  1. 1-6 tahun: max 1 Sudu kecil (teaspoon) sehari.
  2. 7 – 12 tahun: max 1 sudu besar (tablespoon) sehari.
  3. 12 tahun dan ke atas: max 3 sudu besar (tablespoon) sehari.

Harga runcit setin Meal Shakes ialah RM113.75. Jika anda mahu mendapatkannya pada harga AHLI, boleh klik di SINI untuk garis panduan. Bersempena bulan MEI 2014, Shaklee mengadakan promosi BELI 6 PERCUMA 1 tin Meal Shakes. Berbaloi-baloi bukan? Anda boleh menyimpan stok untuk seisi keluarga yang bertahan hingga bulan Ramadhan yang bakal menjelma.

Image

Hubungi saya sekarang untuk membuat pesanan dan/atau pertanyaan lanjut mengenai vitamin semulajadi dan lain-lain produk kesihatan Shaklee:

  • E-mail:¬†zahara.johari@gmail.com
  • SMS/Whatsapp:¬†013-3883575

Vitamin Ibu Hamil

Image

Impikan sembilan bulan yang ‘bercahaya’ sepanjang tempoh kehamilan anda?

Preggies Precious Vitamins membantu ibu hamil melalui ketiga-tiga trimester dengan memberikan segala nutrien yang diperlukan oleh ibu dan janin agar ibu sentiasa berasa sihat, ceria dan bertenaga sepanjang masa.

Ketika trimester atau penggal pertama kehamilan, ibu hamil seringkali mengalami “morning sickness”, kepenatan yang amat (extreme fatigue), pening kepala, kerap muntah, loya dan hilang selera makan.

ESP soy protein isolate powder membekalkan tenaga berkekalan, membantu memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur. Dengan paras indeks glisemik yang rendah, ESP membantu mengekalkan paras gula dalam darah pada tahap normal.

Bagi ibu hamil yang mengalami “morning sickness”, Vitalea Iron Formula membantu melengkapkan nutrien vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan yang tidak dapat diambil dari makanan kerana loya dan kurang selera makan. Vitalea mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh ibu hamil untuk meningkatkan kesihatan dan kecergasan badan menyeluruh, meningkatkan kekuatan tulang serta sistem imunisasi.

B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, peparu dan organ-organ penting yang lain. B-complex sangat digalakkan untuk ibu hamil kerana mengandungi asid folik yang membantu mencegah spina bifida dan mengurangkan risiko keguguran.

Untuk¬†ibu hamil yang kerap muntah, Performance Drink¬†dapat mengembalikan elektrolit dalam badan serta¬†memastikan ibu hamil sentiasa “hydrated”. Di samping itu, pengambilan Sustain Release Vita-C Plus boleh mengurangkan rasa loya di samping meningkatkan sistem imunisasi badan untuk melawan penyakit.

Setelah masuk ke trimester atau penggal kedua, ibu hamil memerlukan lebih nutrien untuk menyokong perkembangan otak dan pembentukan tulang janin. Kekurangan nutrien seperti kalsium kadangkala membuatkan si ibu mengalami kekejangan otot. Ostematrix membekalkan keperluan kalsium, magnesium, zink dan lain-lain dengan secukupnya sekaligus membantu mengatasi kekejangan otot. Vitamin D3 yang terkandung dalam Ostematrix memastikan penyerapan kalsium oleh badan dengan lebih efisyen.

Minyak ikan Omega Guard mengandungi asid lemak Omega-3, DHA dan EPA untuk menyokong kesihatan mental dan kardiovaskular ibu hamil di samping membantu perkembangan otak bayi.

Trimester ketiga merupakan fasa paling kritikal kerana dalam tempoh ini penyerapan nutrien oleh bayi berada di tahap optimum. Amat penting bagi ibu hamil mengamalkan diet yang sihat dan seimbang serta pengambilan vitamin mengikut keperluan harian. InsyaAllah, dengan mengamalkan Preggies Precious Vitamins secara konsisten, ibu hamil akan kekal sihat, bertenaga dan ‘bercahaya’. Apa yang penting ialah bayi yang bakal dilahirkan mendapat nutrien yang cukup untuk tumbesaran yang sihat dan otak yang cerdas.

Bagaimana? Adakah anda masih teragak-agak untuk mendapatkan Preggies Precious Vitamins? Hubungi saya untuk membuat pesanan serta mendapatkan maklumat lanjut dan konsultasi percuma mengenai vitamin semulajadi keluaran Shaklee.

  • E-mail:¬†zahara.johari@gmail.com
  • SMS/Whatsapp:¬†013-3883575

ATAU

KLIK DI SINI sini untuk membuat tempahan melalui eSell sekarang.

Krisis Penyembuhan

Bagi pengamal vitamin/produk kesihatan Shaklee, kadangkala ada yang merungut bahawa vitamin/produk tidak serasi dengan tubuh mereka kerana mengalami beberapa simptom seperti sakit kepala, demam dan jerawat. Jangan bimbang, ini dipanggil sebagai krisis penyembuhan atau healing crisis. 

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen, krisis penyembuhan akan mula berlaku.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun tubuh yang lemah akan mengambil masa lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama : sisa-sisa, makanan yang mengandungi banyak bahan kimia, lemak, stress, diet tak seimbang, kurang tidur, pengambilan antibiotik dan ubat-ubatan untuk tempoh masa yang lama.  Supplemen membantu mempertingkatkan sistem imun, kebolehan detoksifikasi dan kesihatan organ-organ dalam tubuh kita.

Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan berasa pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan lain-lain. Simptom-simptom ini berbeza mengikut individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu.

Di waktu jangkamasa krisis penyembuhan ini, minumlah banyak air bersih (1 liter air bagi 25kg berat badan), rehat secukupnya dan makan lebih makanan berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Selagi mana kita memahami bahawa ini adalah simptom-simptom penyembuhan, kita akan mudah melalui fasa ini.

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Vitamin Larut Lemak Shaklee

Vitamin larut lemak juga dikenali sebagai vitamin ADEK.

Ia terdiri daripada empat jenis vitamin: A, D, E dan K. Vitamin ADEK harus diambil bersama makanan berlemak/berminyak kerana ia akan membantu penyerapan vitamin ini dengan lebih berkesan.

Tubuh manusia memerlukan keempat-empat vitamin ini dalam kuantiti yang tertentu. Kepentingan vitamin ADEK dapat dirumuskan seperti berikut:

Vitamin A: Juga dikenali sebagai retinol. Menguatkan sistem imun terhadap jangkitan, membantu penglihatan, mengekalkan kesihatan kulit dan lapisan dalam seperti hidung. Sumber makanan yang kaya Vitamin A ialah hati (liver) tetapi pengambilan hati lebih dari sekali seminggu tidak baik untuk kesihatan. Jadi boleh diganti dengan sumber lain seperti telur, cheese dan yogurt.

Vitamin D: Membantu mengawal selia jumlah kalsium dan fosfat di dalam tubuh badan. Ketiga-tiga nutrien ini diperlukan untuk memastikan kesihatan tulang dan gigi yang sihat. Kekurangan Vitamin D boleh mengakibatkan kecacatan tulang seperti ricket di kalangan kanak-kanak. Tubuh kita juga boleh menghasilkan Vitamin D dengan sendiri melalui kulit apabila terdedah kepada cahaya matahari yang cukup. Contoh makanan yang mengandungi vitamin D ialah ikan salmon, mackerel, sardin, telur, dan bijirin.

Vitamin E: Kepentingan utama ialah mengekalkan struktur sel dengan memelihara membran sel. Mengandungi antioksidan yang membantu melawan radikal bebas di dalam tubuh badan. Vitamin E amat baik untuk integrasi sel dan sintesis DNA. Sumber Vitamin E termasuk minyak bunga matahari, minyak safflower, germa gandum, dan kekacang.

Vitamin K: Diperlukan untuk pembekuan darah seterusnya membantu menyembuhkan luka dengan berkesan. Vitamin K boleh didapati di dalam sayuran hijau seperti alfalfa, brokoli dan bayam.

Di antara supplement Shaklee yang mengandungi Vitamin ADEK adalah seperti berikut:

vitamin ADEK

 

1. Carotomax: Sumber Vitamin A semulajadi.  Mengandungi 5 jenis karotenoid yang paling berkhasiat terdiri daripada beta carotene, lycopene, lutein dan xeazanthin, alpha carotene dan astaxanthin. Memberi perlindungan terbaik antioksida.
2. Ostematrix: Mengandungi Vitamin D3 yang membantu penyerapan kalsium dengan lebih berkesan.
3. Vita-E Complex: Merupakan sejenis antioksidan yang kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan fungsi imun.
4. Alfalfa Complex: Dikenali juga sebagai Medicago Sativa merupakan sumber klorofil pigmen tumbuhan semulajadi, vitamin dan mineral surih. Ia kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 jenis vitamin termasuk Vitamin K, 8 jenis enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi bersamaan dengan segelas susu.

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi keluaran Shaklee termasuk konsultasi percuma, hubungi saya di:

  • E-mail:¬†zahara.johari@gmail.com
  • PM/Whatsapp:¬†013-3883575

Ostematrix Melindungi Tulang Anda

Assalamualaikum w.b.t para pembaca yang dihormati,

Dalam entri ini, saya ingin berkongsi maklumat tentang kepentingan kalsium dan kesan kekurangan kalsium terhadap tubuh badan manusia.

Kalsium merupakan mineral yang paling banyak terkandung dalam badan manusia. Komposisi utama kalsium terdapat di dalam tulang dan gigi. Kalsium juga amat penting bagi proses metabolisme tubuh, penghubung hantar saraf, fungsi jantung, dan pergerakan otot. Fungsi utama kalsium adalah sebagai penggerak otot-otot. Apabila diperlukan, kalsium juga dapat berpindah ke dalam darah.

Manusia memerlukan kalsium untuk membina tulang sehingga umur lebih kurang 28tahun (umur matang). Setelah melepasi umur tersebut, ketumpatan tulang akan menurun dengan kadar yang cepat. Oleh itu, kalsium sangat diperlukan untuk menghalang kehilangan jisim tulang (bone mass density).

Sumber kalsium semulajadi boleh di dapati di dalam makanan harian. Makanan tenusu seperti yogurt, cheese dan susu kaya sumber kalsium. Manakala makanan bukan tenusu yang mengandungi sumber kalsium adalah seperti brokoli, bayam, kale, kobis Cina, tofu dll.

Antara kegunaan kalsium bagi tubuh manusia:

1. Di dalam jadual berkala (periodic table) kalsium berada dalam kumpulan dua iaitu kumpulan “earth alkaline elements”. Sifat alkali unsur kalsium membolehkan ia meneutralkan perut yang berasid.

2. Mengatasi senggugut. Khusus untuk wanita, pengambilan kalsium ketika haid adalah baik untuk mengatasi sakit senggugut.

3. Mencegah tulang rapuh. Pengurangan jisim tulang umumnya terjadi dengan pertambahan usia. Penelitian menunjukkan bahawa pada usia 25 tahun, tubuh akan mulai mengalami kekurangan kalsium sebanyak 1 peratus setahun. Oleh itu selepas usia 50 tahun, jumlah kalsium akan berkurang sebanyak 30 peratus dan pada usia 70 tahun kehilangan kalsium akan mencapai 50 peratus. Namun, hal tersebut dapat dicegah dengan pengambilan kalsium yang cukup setiap hari.

4. Walaupun pengambilan kalsium yang seimbang dapat menyihatkan pembuluh darah, ia tidak boleh diambil secara berlebihan kerana boleh merosakkan pembuluh darah.

Amat penting seseorang tahu akan nilai harian kalsium yang diperlukan oleh tubuh badan (contohnya 1000mg sehari untuk lelaki dan wanita berumur 19-50tahun).

Fungsi Ostematrix

Ostematrix Shaklee membantu melindungi tulang anda dengan kalsium yang secukupnya. Ia menyediakan satu matrix unik nutrien kritikal termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan banyak lagi untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat:

1. Membina tulang dan gigi yang kuat
2. Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
3. Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
4. Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan

Ostematrix membekalkan:
1. 1000mg (100% pengambilan harian) unsur kalsium
2. 400mg (100% pengambilan harian) unsur magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta membantu menguatkannya
3. 400IU (100% pengambilan harian) Vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

SIAPA yang patut mengambil Ostematrix?

1. Ibu mengandung
2. Ibu yang menyusukan anak
3. Wanita yang sudah mencapai usia 30 tahun keatas (jisim tulang berkembang ke tahap maksimum pada umur 28 dan berkurang selepas itu)
4. Mereka yang kurang mengambil pemakanan yang sihat untuk kesihatan tulang contohnya mereka yang tidak suka minum susu
5. Warga emas
6. Mereka yang merokok, minum alkohol atau penggemar minuman ringan. Kesemua ini mengganggu penyerapan kalsium yang diambil dari pemakanan harian
7. Mereka yang sakit belakang, gigi rapuh dan tulang reput
8. Wanita yang mengalami PMS (Pre-menstrual Syndrome)

OSTE BUY 6 FREE 1_2Khas untuk bulan April, Shaklee mengadakan promosi BELI 6 PERCUMA 1 botol Ostematrix. Sebotol Ostematrix berharga RM61.00 sahaja. Untuk mendapatkan Ostematrix dengan potongan harga yang lebih rendah, anda boleh mendaftar sebagai ahli (one-time registration, lifetime membership) dengan hanya RM65.00 sahaja. Jimat sehingga RM70.00

Usah tunggu lagi, hubungi saya sekarang untuk mendapatkan Ostematrix dan/atau konsultasi percuma tentang vitamin semulajadi keluaran Shaklee.

  • E-mail:¬†zahara.johari@gmail.com
  • SMS/Whatsapp:¬†013-3883575

ESPecially for You

Assalamualaikum w.b.t  =)

Apa khabar semua? Saya doakan anda semua sihat sejahtera dan bahagia di samping orang-orang yang tersayang. Bak kata Prof Muhaya, untuk membahagiakan orang lain, kita sendiri perlu membahagiakan diri sendiri terlebih dahulu. Dan ianya bermula dengan menyayangi diri sendiri dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

“Be grateful for what you have”

Entri kali ini adalah dedikasi khas daripada saya buat para pencinta Energizing Soy Protein atau nama glamournya ESP. Sebelum tu tolong senyum sampai telinga ye sebab saya ada berita gembira untuk anda semua ūüėÄ

TADAAA!

ESP BUY 6 FREE 1

Fungsi ESPMENGAPA ESP Shaklee unik dan berbeza berbanding kebanyakan Soy Protin Isolate Powder?

  • Non-GMO (Genetically Modified Organism) : Kacang soya yang digunakan Shaklee hanya mengandungi Non-GMO dimana ianya diproses pada suhu rendah.
  • Bebas daripada bahan kimia: Kacang soya ini dibersihkan dan diproses dengan menggunakan air (bukan dengan bahan kimia) untuk mengekalkan sumber semulajadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
  • Energy Booster: Setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya yang dapat memberikan sumber tenaga dengan kadar segera dan kekal untuk sela masa yang panjang dalam sehari. Rata-rata pengguna ESP melaporkan bahawa mereka rasa bertenaga dan tidak merasa lapar selepas meminum ESP.
  • Menyediakan 14g protin soya dalam setiap hidangan untuk menyokong kesihatan jantung.
  • Low Glycemic Index (GI): ESP merupakan makanan kesihatan yang rendah Indeks Glisemik .i.e. 39 menjadikan ianya sesuai untuk penghidap diabetes.
  • ESP Shaklee rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid urik dan sangat mudah untuk diserap oleh tubuh manusia serta tidak membebankan buah pinggang.
  • Setiap hidangan ESP membekalkan 50% daripada Nilai Harian Kalsium untuk menyokong kesihatan tulang.
  • Mengandungi fitoestrogen yang membantu menyokong kesihatan payudara dan prostat.
  • Asli: Tidak mengandungi perasa, pewarna tiruan, pemanis, kafein atau bahan tambahan yang lain.
  • ESP Shaklee sesuai untuk VEGETARIAN.

SIAPA yang boleh menikmati ESP? 

  1. Wanita hamil, mengandung dan menyusukan anak: ESP membekalkan protin iaitu nutrien yang sangat penting dalam pembentukan sel dan membekalkan tenaga untuk menghasilkan susu (milk booster).
  2. Individu yang ingin menurunkan berat badan: Pengguna ESP dapat menahan daripada rasa lapar untuk sela masa yang panjang dalam satu hari justeru mengurangkan kekerapan pengambilan makanan berat.
  3. Individu yang ingin cantik, sihat dan kekal bertenaga.
  4. Individu yang sibuk dan sering tak sempat bersarapan.

ESP TIDAK disyorkan kepada:

  1. Bayi dan toddlers kerana akan membebankan buah pinggang mereka.
  2. Individu yang mengalami masalah kesihatan buah pinggang kerana ianya menyukarkan pemprosesan protin.
  3. Wanita yang mempunyai masalah fibroid, endometriosis dan ovarian cyst.

Berapa harga ESP dan bagaimana cara untuk makan ESP?

  • Satu canister berharga RM150 (anda boleh mendaftar ahli untuk mendapatkan harga yang lebih rendah)
  • Satu canister (850g) bersamaan 30 hidangan 3 sudubesar ESP.
  • 1 sudubesar ESP dicampur dengan 200-250ml air (atau apa-apa minuman kegemaran anda seperti susu segar dan kordial) dan maksimum 3 sudubesar sehari.
  • JANGAN MENCAMPUR¬†ESP dengan minuman berkarbonat, berkafein, dan minuman panas melebihi 40 darjah Celcius ¬†untuk tidak memusnahkan zat protin yang terkandung dalam ESP (ikatan molekul protin mudah terurai pada suhu yang tinggi).

Macam-macam fungsi ESP + Vitamin Shaklee yang lain:

  1. ESP + Vita-E Complex = Kulit cantik dan cerah semulajadi tanpa perlu “make-up”
  2. ESP + Vit C = Mengatasi masalah JERAWAT
  3. ESP + Omega Guard = Mengurangkan risiko keguguran dan bayi-pramatang
  4. ESP + Vita-Lea Iron Formula = Mengekalkan kesihatan yang Optimum
  5. ESP + Lecithin = Membantu mengembalikan bentuk badan selepas bersalin
  6. ESP + Alfalfa Complex = Kekal bertenaga / Milk Booster
  7. ESP + GLA Complex = Membantu wanita yang ingin hamil
  8. ESP + Zinc Complex = Membantu menyembuhkan luka selepas bersalin / pembedahan
  9. ESP + Performance Drink = Kekal bertenaga ketika berpuasa

Jika anda berminat untuk mendapatkan ESP, saya adalah pengedar sah anda. Hubungi saya untuk membuat pesanan dan/atau pertanyaan lanjut:

  • E-mail:¬†zahara.johari@gmail.com
  • PM/Whatsapp:¬†013-3883575

Hingga bertemu lagi di entri akan datang. Wassalam =)

*Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Jadi Ahli Percuma!

Jika anda ingin mendapatkan vitamin dan makanan kesihatan yang sesuai untuk diri dan keluarga di samping menjana pendapatan dengan hanya duduk di rumah, hubungi saya untuk mendapatkan:

1. FREE CONSULTATION

2. MENDAFTAR KEAHLIAN dan

3. PELUANG PERNIAGAAN DENGAN SHAKLEE

Anda hanya perlu:

  • Menyediakan Yuran Pendaftaran berjumlah¬†RM65 + RM10 (postage).¬†Yuran ini adalah untuk menampung kos¬†BUSINESS KITyang mengandungi¬†catalog, product guide, bag¬†dan¬†business manual
ATAU
  • Buat pembelian¬† sebanyak¬†200 point UV (Unit Value),¬†iaitu bersamaan dengan¬†RM650 dalam satu resit¬†anda akan mendapat¬†KEAHLIAN PERCUMA¬†(bernilai RM75) dan juga¬†CASH BONUS¬†(bernilai RM30+). Penjimatan sehingga RM100+
Seterusnya, hubungi saya & saya akan membantu mendaftarkan anda sebagai ahli.
Bagaimana, mudah sahaja kan?
Hanya dengan menggunakan produk Shaklee sebagai ‚Äėhealth rituals‚Äô anda sekeluarga, dan dalam masa yang sama mengumpul points, anda dapat menikmati CASH BONUS apabila points anda menjangkaui tahap tertentu.
Untitled