MOMNESIA : Mitos atau Realiti?

Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera,

Pernah tak ibu-ibu di luar sana merasa berada di awang-awangan, mengalami short-term memory loss serta hilang fokus sewaktu hamil ataupun dalam tahun pertama selepas melahirkan bayi anda?

Jika YA, anda berada di dalam satu kapal dengan saya kerana saya turut mengalami perkara yang sama selepas kelahiran kedua-dua orang putera saya. Situasi ini dipanggil sebagai MOMNESIA.

Momnesia adalah suatu kondisi di mana seseorang wanita yang sedang hamil dan/atau selepas bersalin mengalami sindrom pelupa atau forgetfulnessWalaupun dikatakan mitos kerana tidak dapat dikaitkan 100% secara saintifik, momnesia adalah realiti yang dialami majoriti wanita yang bergelar ibu.

momnesia2

momnesia1

Kesan biologikal dan hormon merubah prioriti seorang wanita setelah menjadi ibu. Segala-galanya bertumpu kepada tanggungjawab untuk memenuhi keperluan seorang anak sehingga lupa akan perkara lain.

Faktor utama yang menyumbang kepada momnesia ialah:
1. Tidur dan rehat yang tidak mencukupi
2. Kekurangan vitamin dan nutrien penting seperti asid lemak omega-3
3. Stress dan kesibukan harian

Tips membantu mengatasi momnesia:
1. Dapatkan tidur yang cukup (7-8 jam)
2. Bekerjasama dengan pasangan anda dalam rutin harian
3. Mengekalkan diet yang seimbang untuk kesihatan anda dan bayi
4. Minum air dengan banyak untuk mengelakkan “dehydration”
5. Bersenam kerana dapat mengurangkan penat dan menggalakkan kesihatan mental
6. Ambil vitamin/supplemen untuk memastikan ibu dan bayi mendapat nutrien yang diperlukan

(Lagi tentang momnesia: http://www.womens-health.co.uk/pregnancy-brain-momnesia-real-or-not.html)

Kesimpulannya:

Supplemen asid lemak sangat diperlukan oleh ibu dan bayi untuk memastikan kesihatan fizikal dan emosi sentiasa berada di tahap optimum samada ketika mengandung mahupun selepas bersalin.

OMEGA GUARD mengandungi nutrien penting iaitu asid lemak omega-3 yang dapat menyokong kesihatan otak ibu dan juga bayi. Ia merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi termasuk EPA dan DHA.

Omega Guard dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 paling tulen dan semulajadi sementara menyingkirkan logam-logam berbahaya seperti arsenik, merkuri, plumbum, kadmium, dioksin dll.

Saya mula makan minyak ikan OMEGA GUARD selepas beberapa bulan melahirkan anak kedua. (waktu ini momnesia berada di tahap yang kronik, saya menjadi sangat pelupa dan hilang fokus). Dengan mengambil OMEGA GUARD secara konsisten selama tiga bulan, ia telah membantu saya mengatasi momnesia. Alhamdulillah, memang saya rasa perbezaan yang sangat ketara berbanding sebelumnya.

Omega Guard

Sekian dulu coretan saya untuk hari ini. Jika ada ibu-ibu di luar sana yang berminat untuk mendapatkan Omega Guard dengan penjimatan sehingga 20% atau nak tahu maklumat lanjut mengenai produk ini, hubungi saya untuk KONSULTASI EKSKLUSIF tentang produk dan harga.

  • E-mail: zahara.johari@gmail.com
  • SMS/Whatsapp/Telegram : 013-3883575
  • Facebook Page: V for Vitamin 
  • Facebook: Intan Zaharah
  • COD Petaling Jaya, Ara Damansara, Bandar Sunway, Subang Jaya, Shah Alam
  • POSLAJU/GDex ke seluruh Malaysia

Wassalam =)

Hadiah Hari Ibu yang Awesome!

Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera,

Lebih kurang sebulan dari sekarang Malaysia bakal meraikan Hari Ibu. Pasti anak-anak dah mula cari sesuatu yang istimewa untuk ibu yang tersayang, bukan? Biasanya saya suka bagi kejutan dari Pods & Petals atau Far East Flora untuk ummi. Senang saja, KLIK KLIK dan bayar online! Boleh juga kalau nak selitkan kad ucapan bersama.

fareastflora

Tapi semenjak berbisnes Shaklee, saya lagi suka hadiahkan supplemen Shaklee. Ummi pun lagi suka (walaupun sebenarnya kalau boleh nak la dapat dapat sejambak bunga daripada anak-anak jugak!) Hehe. Hakikatnya bunga dan wanita memang tak dapat dipisahkan.

Kalau nak tahu, hadiah pertama Shaklee yg saya bagi pada ummi ialah OSTEMATRIX iaitu supplemen yang mengandungi Kalsium, Vitamin D dan Magnesium untuk menyokong kesihatan tulang dan gigi. Ummi sangat mementingkan kesihatan badan. Kata ummi memang ummi doa sangat supaya dikurniakan kesihatan yang baik sehingga hari tua nanti. Kalau boleh ummi tak mahu kemudian hari jatuh sakit anak-anak kena jaga. (Sebenarnya anak-anak tak kisah langsung nak jaga parents. Mereka lagi suka kerana itulah syurga mereka. Tapi cakap memang senang, kerana anak-anak pun belum pernah diuji demikian rupa).

Nak jaga orang-orang tua kena banyak sabar. Ummi dah biasa jaga orang tua-tua yang uzur dan sakit. Jadi mungkin sebab tu kesedaran tentang kesihatan sangat tinggi. Tapi betullah kata ummi. Semua org pun kalau boleh nak sihat sampai bila-bila. Tapi semua tu kuasa Allah. Apa yang boleh dilakukan ialah mengawal beberapa faktor seperti:

1. PEMAKANAN SEIMBANG : Pastikan makan makanan yang seimbang, halal dan toyyiban. Banyakkan makanan sayur-sayuran dan buah-buahan dan jika mampu bertukarlah kepada makanan organik.

2. SELALU BERSENAM : Ianya dapat memastikan kecergasan badan dan kecerdasan minda, menghilangkan lenguh-lenguh dan sakit badan serta mengekalkan ketumpatan jisim tulang (mass bone density)

3. MINUM AIR CUKUP : Air di sini bukanlah air coca cola, pepsi, kordial, teh tarik, milo dinosour dan yang seangkatan dengannya. Minumlah air kosong, air bersih, air masak, air mineral atau air tapis. Minum sekurang-kurangnya 2-3 liter air sehari untuk memastikan penyerapan nutrien secara optimum dan penyingkiran toksin secara efektif daripada badan.

4. CUKUP TIDUR : Tidur yang cukup sangat penting kerana seluruh badan dan organ-organ perlukan rehat setelah seharian bekerja keras. Tidur yang ideal ialah selama 6-8 jam sehari. Tapi jika dikaji secara realistik, adakah rata-rata kita hari ini benar-benar mendapatkan tidur yang cukup 6-8 jam sehari? Susah juga terutama golongan bekerjaya dan ibu-ibu yang sibuk menguruskan rumahtangga serta anak-anak. Macam-macam perkara nak diselesaikan dalam sehari hinggakan kadang-kadang tak cukup 24 jam. Oleh itu kita harus bijak merancang waktu tidur untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Ketika tidur (pada waktu yang disarankan iaitu sebaiknya sebelum jam 12 malam) tubuh kita melakukan proses penyingkiran toksin melalui hati, hempedu, paru-paru dan usus. Jika tidak mendapat tidur secukupnya atau sering tidur lewat, racun-racun toksin tidak dapat dicerna dan dikeluarkan oleh badan.

5. SOLAT MALAM : Apabila tidur awal, badan kita seperti mempunyai jam loceng automatik yang akan mengejutkan pada sekitar jam 4-5 pagi. Waktu ini dipanggil sepertiga malam terakhir di mana Allah berada paling hampir dengan hamba-hambaNya, menanti kita untuk meminta, merintih apa saja kepadaNya. Di antara kelebihan solat malam ialah memberikan kekuatan badan dan akal fikiran serta mendapatkan ketenangan jiwa dalam menghadapi cabaran hidup.

6. PENGAMBILAN SUPPLEMEN : Berbalik kepada point no.1 di mana kita mesti memakan makanan yang halal dan toyyiban, sedar tak sejauh mana kita berdisiplin dalam mengawal pemakanan, hakikatnya makanan hari ini dipenuhi dengan racun perosak, disuntik dengan hormon dan antibiotik, makanan diproses dan diubah secara genetik (GMO) dan sebagainya. Oleh itu, pengambilan supplemen dapat menampung kekurangan nutrien, menyahtoksik badan kita daripada bahan kimia berbahaya, mencegah perkembangan radikal bebas serta membantu menyeimbangkan pH badan berasid kepada alkali.

Berbalik kepada cerita saya menghadiahkan ummi dengan supplemen Shaklee, dah lama memasang niat dalam hati nak hadiahkan VIVIX si tonik ajaib kepada ummi satu hari nanti. (Hadiah supplemen untuk abah pun ada, tapi kena tulis satu entri yang berasingan pula…hehe). Harapan saya mudah-mudahan kedua ibu bapa saya dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan supaya mudah melakukan kerja-kerja dan ibadah harian. VIVIX bukan sahaja membantu meningkatkan tenaga dan memberikan kesihatan yang baik malah membantu mengurangkan penderitaan pelbagai penyakit kronik seperti DIABETES dan KANSER!

IMG_1893

Sebotol VIVIX (150ml) berharga RM503.50 (termasuk 6% GST). Alhamdulillah, dengan BONUS SHAKLEE, impian saya terlaksana jua bulan ini. Tak susah pun nak makan. Hanya satu sudu teh sehari selepas makan, atau dimakan sebelum tidur. Oh ya, istimewa sangatkah VIVIX ni hinggakan menjadi kegilaan orang-orang yang health conscious ni? Kalau nak tahu kenalah cuba dahulu =)

Untuk anda yang berminat untuk membuat pesanan VIVIX si tonik ajaib bolehlah KLIK SINI. ATAU anda ingin mendapatkan VIVIX dengan PENJIMATAN SEHINGGA 20%, hubungi saya untuk mendapatkan KONSULTASI EKSKLUSIF berkenaan produk dan harga.

  • E-mail: zahara.johari@gmail.com
  • SMS/Whatsapp/Telegram : 013-3883575
  • Facebook Page: V for Vitamin 
  • Facebook: Intan Zaharah
  • COD Petaling Jaya, Ara Damansara, Bandar Sunway, Subang Jaya, Shah Alam
  • POSLAJU/GDex ke seluruh Malaysia

Wassalam =)

Sticky Toffee Pudding

Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera,

Beberapa hari lepas suami memberi pesanan khidmat masyarakat kepada saya, “Sayang, nanti buatlah kuih ke apa-apa dengan kurma yang ada dalam peti sejuk, nanti biar lama-lama tak elok pulak”. Dalam hati malasnya nak godek-godek mixer kat dapur. Tapi mulut cakap “OK”. Sebenarnya tak sanggup nak baking sambil layan drama si kecil menangis dan menarik kaki mamanya. Kebetulan malam ini anak-anak tidur awal, dapatlah saya beraksi di dapur sambil berangan jadi Anna Olson.

Sticky Toffee Pudding merupakan sejenis kek span yang diperbuat daripada kurma, disalut dengan toffee sauce dan dimakan ketika panas bersama aiskrim vanilla. Di Australia dan New Zealand ia dikenali sebagai Sticky Dates Pudding. Bagi kita orang Melayu, rasanya sedikit seakan-akan apam gula hangus. Resepi yang saya tulis dibawah dibuat tanpa toffee sauce kerana ingin mengurangkan rasa yang terlampau manis. Saya gantikan dengan whipped cream sahaja.

IMG_1091 IMG_1092

Sticky Toffee Pudding (minus the toffee sauce)

Bahan-bahan:

200gm kurma dibuang biji

290ml air panas mendidih

200gm tepung naik sendiri

1 sudu kecil soda bikarbonat

1/2 sudu kecil vanilla

55g mentega

150g gula demerara (atau gula perang)

2 biji telur

Cara-cara: 

  1. Sapu mentega pada loyang yang hendak digunakan. Panaskan oven pada suhu 200 darjah Celcius.
  2. Di dalam blender atau food processor, blend kurma bersama air panas sehingga menjadi puree. Kemudian masukkan soda bikarbonat dan vanilla.
  3. Pukul mentega dan gula sehingga bertukar pucat dan gebu. Masukkan telur satu biji pada satu masa.
  4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan pukul pada kelajuan sederhana hingga sebati.
  5. Seterusnya tanpa menggunakan mixer, masukkan puree kurma ke dalam adunan dengan menggunakan spatula, dan kacau hingga sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang atau ramekins hingga 1/2 penuh. Bakar selama 20-25 minit sehingga coklat-keemasan dan bahagian atas pudding menjadi kenyal. Jika menggunakan loyang besar, bakar selama 35-40 minit atau sehingga masak (periksa menggunakan cake tester).
  7. Apabila hendak dihidang, keluarkan puding daripada bekas dan hidangkan bersama toffee sauce dan aiskrim vanilla.
  8. Puding ini boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 3 minggu di dalam bekas kedap udara, hanya panaskan dengan microwave, steamer atau oven apabila hendak dimakan lagi.

IMG_1087 IMG_1089

IMG_1090

Selamat mencuba!

p/s: Thank you Missworld for introducing me the best Sticky Dates Pudding in town. Also thank you Kakak for sharing the recipe!

Diet Sihat Dengan Smoothie Buah-buahan

Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera,

Tiga kunci utama yang perlu diingat dalam mengamalkan pemakanan sihat iaitu :

Keep your food SIMPLE (Ringkas) , FRESH (Segar) & NATURAL (Semulajadi)

Buah-buahan merupakan salah satu sumber makanan semulajadi yang paling mudah untuk diamalkan kerana ia boleh dimakan begitu saja atau diminum sebagai jus dan smoothie. Jus atau smoothie buah-buahan membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. Ianya kaya dengan vitamin dan mineral semulajadi seperti vitamin C, potassium, mangan, kalsium, vitamin D, folate, beta carotene dan anti-oksida.

Terdapat enam kategori buah-buahan yang mengandungi vitamin dan mineral tertentu iaitu buah-buahan jenis:

1. Citrus – seperti orange, tangerine, lemon kaya dengan vitamin C untuk membantu menguatkan sistem imun dan sintesis kolagen untuk ketegangan kulit. Selain itu buah-buahan jenis citrus tinggi potassium yang menyokong kesihatan jantung dan mengekalkan tekanan darah pada paras normal, manakala folate membina sel-sel yang sihat.
2. Berries – seperti strawberry, blueberry, blackberry dan raspberry tinggi anti-oksida yang dapat mengurangkan radang (inflamasi) dan juga kaya phytonutrien untuk melawan pelbagai jenis penyakit.
3. Tropika – seperti betik, nenas, avocado, pisang, mangga, buah kiwi dan buah delima tinggi kandungan vitamin C, potassium, folate dan mangan yang penting untuk mengekalkan kesihatan tulang, kelenjar tiroid dan saraf serta paras gula sihat.
4. Drupes – seperti aprikot, ceri, pic dan plum tinggi beta carotene, potassium dan vitamin C. Beta carotene membantu penglihatan dan sistem imun berfungsi dengan baik
5. Pomes – seperti epal dan pear paling tinggi kandungan serat dalam satu hidangan serta mengandungi vitamin C dan potassium.
6. Melons – seperi tembikai, honey dew dan cantaloupe kaya dengan vitamin C.

Eloklah kiranya saya berkongsi salah satu resepi smoothie buah-buahan sebagai sarapan ringkas atau Meal Replacement bagi yang sedang berusaha menurunkan berat badan dengan Set Kurus Shaklee.

Untuk membuat smoothie buah-buahan di rumah, anda hanya memerlukan:
1. Blender / smoothie maker
2. Buah-buahan dari mana-mana kategori seperti di atas
3. Base – samada air, susu rendah lemak atau yogurt rendah lemak

Resepi Yogurt Berry Smoothie (hidangan untuk 1 orang)

yogurt berry smoothieBahan-bahan:

1 cawan campuran buah beri beku (mix frozen berries)
1 cawan yogurt rendah lemak
2 sudubesar madu

Cara-cara:
1. Campurkan ketiga-tiga bahan di atas dan blend sehingga halus.
2. Tuangkan ke dalam bekas. Sedia untuk diminum =)

Cadangan:
Tambahkan 1-2 scoop Shaklee ESP/ Cinch Shake (bagi yang mengambil Set Kurus Shaklee sebagai Meal Replacement)

Sumber fakta nutrisi : Laura Michele Oliver

3 Sebab Utama Ostematrix Menjadi Pilihan

Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera,

Semasa saya mula menggunakan produk kesihatan Shaklee, saya mengambil beberapa produk di bawah:

1. Meal Shakes untuk menambah selera makan anak dan sebagai instant breakfast untuk diri saya sebagai WAHM yang sibuk dan kadangkala tak sempat makan

2. Energizing Soy Protein (ESP) untuk mengekalkan tenaga di samping menjaga kesihatan kulit supaya halus mulus

3. Omega Guard untuk kesihatan otak kerana hilang fokus dan depresi selepas melahirkan anak pertama. Lepas ni kalau mengandung anak ke-3 wajib ambil Set Kehamilan Shaklee utk kebaikan ibu dan anak!

4. Alfalfa Complex untuk detoks badan dan menambah susu di samping memelihara kesihatan rahim wanita

5. Vita E Complex untuk kesihatan dalaman juga untuk kecantikan kulit

Memang menjadi kesukaan saya untuk mencuba satu-persatu produk Shaklee kerana ingin melihat keberkesanannya, jadi kelak mudah untuk saya memberi cadangan kepada pelanggan saya yang tersayang =)

Pada suatu hari, saya tergerak hati untuk mencuba Ostematrix Shaklee untuk menampung kekurangan kalsium dalam badan saya. Nak tahu tak Ostematrix membekalkan 100% nilai pengambilan harian yang diperlukan badan kita:

  • 1000mg unsur Kalsium berkepekatan tinggi dari sumber alam semulajadi dan mudah diserap oleh badan
  • 400mg Magnesium untuk membantu menggabungkan Kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400IU Vitamin D untuk merangsang penyerapan Kalsium

Ura-ura di kalangan SID mengatakan bahawa pengambilan Ostematrix membantu mendapatkan tidur yang nyenyak dan berkualiti serta membantu orang-orang yang mengalami sembelit! HAH, sayalah orang yang bermasalah sebegitu! Bukan setakat itu saja, saya rasa terlebih rajin nak buat eksperimen dengan produk ini, jadi saya mula merekod kesan pengambilan Ostematrix selama 7 hari berturut-turut! Bagi saya jika kita nak yakinkan seseorang dengan keberkesanan sesuatu produk, diri kita lah yang menjadi Testimoni terbaik untuk menceritakan kepada para pelanggan.

Berikut merupakan pengalaman saya mengambil Ostematrix selama 7 hari berturut-turut. Saya amalkan memakan 4 biji Ostematrix, 2 biji selepas makan tengahari dan 2 biji sebelum tidur. 

Hari Pertama: Tidur lewat melepasi jam 12 malam tapi dapat bangun tidur macam spring keesokan paginya menjelang  waktu subuh.

Hari Kedua: Tidur lebih lewat dari hari pertama, dapat bangun dengan mudah (tak macam spring tapi badan rasa ringan nak bangun pagi). Pagi-pagi lagi dah ke tandas.

Hari Ketiga: Tidur awal sebelum jam 12 malam. Lebih segar untuk bangun keesokan pagi. Tidak lagi mengalami sembelit.

Hari Keempat hingga Hari Ketujuh: Lebih kurang sama seperti hari-hari sebelumnya. Yang BEST saya dah dapat merasakan sendiri keberkesanan Ostematrix terhadap diri saya.Maka benarlah desas desus yang SID dok gembar-gemburkan sebelum ini, dan saya bukanlah syok sendiri!

Di sini dapatlah saya ringkaskan 3 SEBAB UTAMA OSTEMATRIX MENJADI PILIHAN saya:

  1. Ostematrix menguatkan tulang dan gigi serta mengurangkan kekejangan dan kebas-kebas kaki
  2. Ostematrix menjadi penyelamat saya dari masalah sembelit yang saya hadapi selepas melahirkan anak
  3. Ostematrix membantu saya mendapatkan tidur yang nyenyak dan berkualiti (deep quality sleep) walaupun hanya beberapa jam sehari.

Osteomatrix_pic

Akhir kata, walaupun supplemen terbukti berkesan dalam membantu meningkatkan taraf kesihatan, namun kita tidak seharusnya mengambil jalan pintas untuk tidak mengamalkan cara hidup sihat. Badan kita memerlukan makanan seimbang dan senaman yang berterusan untuk mengekalkan ketumpatan tulang (bone density) supaya tulang tidak poros/rapuh. Supplemen sebagai salah satu alternatif untuk menangani gaya hidup kini yang penuh kesibukan harian terutama bagi yang tinggal di kotaraya.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Ostematrix atau mana-mana vitamin semulajadi keluaran Shaklee dengan penjimatan sehingga 20%, hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk dan harga, serta KONSULTASI PERCUMA dan berterusan.

  • E-mail: zahara.johari@gmail.com
  • SMS/Whasapp/Telegram : 013-3883575
  • Facebook Page: V for Vitamin 
  • Facebook: Intan Zaharah
  • COD Petaling Jaya, Ara Damansara, Subang Jaya, Shah Alam & POSLAJU/GDex ke seluruh Malaysia

Sekian, wassalam.

Easy Chocolate Chip Muffins

Assalamualaikum wrt wbt,

My kids were absent from kindergarten today due to high fever. You know the dilemma when children mix around, they can easily get infected. That’s why its best to standby with Shaklee Chewable Vitamin C and Nutriferon!

Anyway, I baked chocolate chip muffins this morning while my little munchkin boy was still asleep. Not Musa, the clingy one. He’s always awake whenever I’m awake. (Mama bribed him with Barney while she’s at it!)

Done in 15mins and baked for 20mins. Total time spent is 35mins!

Easy Chocolate Chip Muffin Recipe:

Ingredients:

1 3/4 cups all purpose flour
3/4 cups sugar
2 tablespoons cocoa powder
2 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda
3/4 cups chocolate chips PLUS 1/4 for sprinkles
1 cup milk
1/3 cup vegetable oil
1 egg
1/2 teaspoon vanilla

Method:

1. Line your muffin tin and preheat oven to 190 degree Celcius.
2. In a bowl, mix all the dry ingredients; flour, cocoa powder, sugar, chocolate chips, baking powder and baking soda.
3. In another bowl or jug, mix all the wet ingredients; milk, egg, vegetable oil, vanilla and whisk.
4. Gently pour wet ingredients into dry ingredients and stir to combine. Remember not to overmix as lumpy mixture makes better muffins.
5. Scoop your muffin mixture into the liners, sprinkle the remaining chocolate chips on top and bake for 20minutes.

That’s all it takes to make a simple yummylicious muffins to satisfy my craving for Kenny Rogers Muffin. Hehe.

Happy Baking!

Recipe can be found HERE

2015/01/img_0842.jpg

2015/01/img_0841.jpg

2015/01/img_0840.jpg

Hilangkan Parut dengan Cepat dan Berkesan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Begini ceritanya.

Pada bulan November yang lalu, seorang pelanggan saya berumur lingkungan 30-an mula mengambil Vivix sebagai supplemen hariannya untuk kekal BERTENAGA dan AWET MUDA.

Apabila saya follow-up selepas 4 hari, beliau memberitahu bahawa badannya telah melalui proses detox untuk membuang toksin dan dalam tempoh tersebut juga merasakan beberapa simptom krisis penyembuhan. Tetapi ianya telah berlalu dan beliau merasakan BADAN RINGAN berbanding kebiasaanya. Dua minggu kemudian, beliau memberitahu bahawa terkejut melihat PARUT-PARUT DI KAKI MULAI HILANG!

TestiVivix2

TestiVivix

Sebenarnya, bukan itu sahaja feedback yang saya terima, malah ibu mertua saya yang berumur 74 tahun juga mengamalkan Vivix di bulan Ramadhan yang lepas berkongsi pengalamannya bahawa selepas 5 hari merasakan badan BERTENAGA untuk melakukan kerja-kerja rumah hinggakan BOLEH MENCANGKUL TANAH di halaman rumah. Bagi saya ini adalah suatu perkara yang sangat menggembirakan hati. Sebab itu saya suka mengesyorkan pada anak-anak yang mahu membantu kedua ibu bapa yang telah berumur untuk menghadiahkan Vivix bagi membantu meningkatkan tahap kesihatan mereka.

Di dalam satu kes lain, seorang lelaki melakukan proses detox selama 14 hari dengan Vivix untuk membantu merawat masalah KULIT MUKA BERPARUT. Dan hasilnya…

WAJAH YANG CERAH & LICIN bak porcelain selepas DUA MINGGU! 

TestiVivix3

Nak tahu tak, beberapa selebriti Malaysia yang terkemuka juga mengamalkan Vivix sebagai supplemen harian mereka seperti Rita Rudaini & Ayu Raudhah.  

ritarudainivivix

ritarudainivivix2

Siapa sebenarnya Vivix? Mengapa begitu mudah membuatkan orang jatuh cinta kepadanya?

InsyaAllah dalam entri seterusnya saya ingin berkongsi info tentang Vivix serta bagaimana Vivix dapat membantu memperbaiki taraf kesihatan kita semua sehingga ke peringkat selular DNA.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Vivix atau mana-mana vitamin semulajadi keluaran Shaklee, hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk dan harga, serta KONSULTASI PERCUMA dan berterusan.

  • E-mail: zahara.johari@gmail.com
  • SMS/Whasapp/Telegram : 013-3883575
  • Facebook Page: V for Vitamin 
  • Facebook: Intan Zaharah
  • COD Petaling Jaya, Ara Damansara, Subang Jaya, Shah Alam & POSLAJU/GDex ke seluruh Malaysia

Wassalam =)

KESAN SAMPINGAN ALFALFA SHAKLEE. Jangan Pandang Enteng!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pagi ini saya makan 4 biji alfalfa selepas sarapan. Kemudian saya pergi menggembur tanah untuk menanam pokok cili padi. Entah bagaimana tiba-tiba Allah kurniakan ilham untuk berkongsi KESAN SAMPINGAN ALFALFA SHAKLEE.

Nukilan ini untuk anda semua peminat Alfalfa seperti saya juga.

Keranamu Alfalfa
Susu badanku bertambah
Keranamu Alfalfa
Bau badanku pun hilang
Keranamu Alfalfa
Nak membuang pun senang
Keranamu Alfalfa
Badanku ringan bak burung berterbangan
Keranamu Alfalfa
Resdung dan jerawat takut bermaharajalela

Oh Alfalfa I love you!

IMG_0475.JPG

Jika anda berminat untuk mendapatkan Alfalfa atau mana-mana vitamin semulajadi keluaran Shaklee, hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk dan harga, serta KONSULTASI PERCUMA dan berterusan.

  • E-mail: zahara.johari@gmail.com
  • SMS/Whasapp/Telegram : 013-3883575
  • Facebook Page: V for Vitamin 
  • Facebook: Intan Zaharah
  • COD Petaling Jaya, Ara Damansara, Subang Jaya, Shah Alam & POSLAJU/GDex ke seluruh Malaysia

Kari Ayam Ibu Mertuaku

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Di atas permintaan, saya ingin berkongsi resepi kari ayam ibu mertuaku. Mencabar juga tau nak masak cara mak mertua sbb bila tanya memang takde resepi masak ikut sukatan sendirian berhad.

Jadi selepas makan sampai tambah berkali2, dengan muka tak malu selamba je la tanya “macamana mak masak kari ayam tu? sedap sangat”

Tapi mak memang takde bagi sukatan, cuma bagitau cara memasak sahaja. Masuk ni, masuk tu…bla bla bla siap! Hebat betul, macam supersaiya.

Ok jom salin resepi.

IMG_0465.JPG

Bahan-bahan tumis:

1 tangkai daun kari
10 biji bawang merah dihiris
4 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih

Bahan-bahan lain:
1 biji tomato dipotong empat
6 ketul ayam (thigh @ drumstick)
3 biji ubi kentang
6 sudubesar rempah kari ayam BABA’S (bancuh dgn 3/4 cawan air)
1 1/2 cawan air
1/2 cawan santan pekat
3/4 cawan minyak zaitun
Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukkan semua bahan tumis, dan tumiskan sehingga sedikit kekuningan dan naik bau, lebih kurang 2 minit.
3. Masukkan rempah kari BABA’S. Kacau sekali sekala sehingga
4. Masukkan ayam dan tomato. Tutup periuk dan masak pada api sederhana selama 5 minit
5. Kemudian masukkan air, garam dan ubi kentang. Tutup semula periuk dan biarkan sehingga ubi kentang masak (jangan sampai kentang terlalu lembut nnt senang hancur)
6. Masukkan santan dan kacau pada api kecil supaya tak pecah minyak lebih kurang 5 minit.
7. Yeay, dah siap! Sedia utk dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman.

Selamat memasak!

Wassalam =)

Hari Ini Dalam Sejarah. EMPAT PROMOSI Dalam Satu Bulan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebagai membuka tirai bulan yang terakhir dalam kalendar 2014, saya ingin berkongsi satu berita gembira dengan para pembaca yang dikasihi.

Tak pernah lagi dalam sejarah ada EMPAT PROMOSI dalam satu bulan! Kebiasaanya, Shaklee hanya membuat PROMOSI BELI 6 PERCUMA 1. Tapi bulan ni ada PROMOSI TWIN PACK juga! Bukan untuk satu produk sahaja tapi DUA!

promodec2014

  1. Sustain Release Vitamin C BELI 6 PERCUMA 1
  2. Pek Kembar Sustain Release Vitamin C dengan DISKAUN 5% 
  3. Vita E Complex BELI 6 PERCUMA 1 
  4. Pek Kembar Vita E Complex dengan DISKAUN 5%

Promosi kali ini bukan sahaja memberi peluang untuk memperbaiki taraf kesihatan anda sekeluarga, bahkan membuka jalan untuk anda yang berminat untuk memulakan bisnes Shaklee. 

Jika anda memilih salah satu daripada promosi di bawah:

  • Promosi no.3 Vita E Complex BELI 6 PERCUMA 1 berjumlah RM700+ sahaja (Penjimatan sebanyak RM229) ATAU
  • Kombinasi  no.1 + no.4 berjumlah RM600+ SAHAJA! (Penjimatan sebanyak RM182)

anda layak mendapat KEAHLIAN PERCUMA bernilai RM65 di samping penjimatan lebih RM180.

Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi bulan Disember 2014 dan bagaimana anda boleh menjadi sebahagian daripada keluarga kami di group Jutawan Shaklee!

  • E-mail: zahara.johari@gmail.com
  • SMS/Whasapp/Telegram : 013-3883575
  • Facebook Page: V for Vitamin 
  • Facebook: Intan Zaharah
  • COD Petaling Jaya, Ara Damansara, Subang Jaya, Shah Alam & POSLAJU/GDex ke seluruh Malaysia