Projek 3R: Bekas Alat Tulis dari Bahan Terbuang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi satu aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama anak-anak di musim cuti sekolah iaitu membuat BEKAS ALAT TULIS DARI BAHAN TERBUANG seperti tin kosong.

Bahan-bahan:

  1. Tin kosong
  2. Kertas pembalut hadiah / surat khabar / kertas kitar semula
  3. Reben & Manik (untuk hiasan)
  4. Glue Gun
  5. Gunting

Setelah mengumpul bahan-bahan di atas, ikuti 5 langkah mudah untuk membuat BEKAS ALAT TULIS DARI BAHAN TERBUANG seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah:

DIYproject_resize

Kebaikan-kebaikan aktiviti seperti ini ialah:

  1. Meningkatkan kreativiti anak-anak dengan berfikir tentang pemilihan warna, corak dan sebagainya
  2. Mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana dapat meluangkan masa yang berkualiti di antara ibu bapa dan anak-anak
  3. Menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli bekas alat tulis di kedai
  4. Menyokong kempen 3R atau Kitar Semula

Selamat mencuba! =)