Panduan Menggunakan eSell Shopping Cart

Assalamualaikum wbt para pembaca yang saya kasihi,

Nampaknya Shaklee bekerja keras kali ini untuk memudahkan urusan jual-beli para pengguna produk Shaklee. Kini anda boleh tersenyum lebar kerana Shaklee telah melancarkan satu sistem yang dikenali sebagai eSell.

esell-shaklee-logo

Di antara KEISTIMEWAAN eSell ialah:

1. MENJIMATKAN MASA : Jika sebelum ini anda bergantung kepada SID anda untuk membuat pesanan, menunggu maklum balas serta pengeposan produk Shaklee, kini pembelian akan dibuat secara TERUS seperti yang biasa dilakukan ketika anda membeli-belah di secara ‘online’.

2. SELAMAT : eSell dilengkapi dengan sistem keselamatan terkini hasil kolaborasi di antara Shaklee dan bank-bank kad kredit/debit anda. Oleh itu, data dan maklumat peribadi anda kekal SULIT & TERJAGA. 

Berikut merupakan PANDUAN atau TUTORIAL ringkas untuk membeli produk kesihatan, kecantikan dan kelengkapan rumah Shaklee dengan menggunakan eSell.

1. KLIK pada LINK PRODUK yang diberi bersama sesebuah blog entri atau Facebook/Twitter Status Update.

2. Anda akan dibawa kepada ‘Perjanjian Pesanan Online’ seperti di bawah yang menerangkan terma dan syarat pembelian. Seterusnya pilih ‘Setuju’ dan KLIK ‘Seterusnya’ untuk meneruskan pesanan.

esell online order agreement

3. Anda akan lihat senarai produk di dalam set yang dinyatakan. Di sini, anda boleh membuat pilihan barang yang hendak dipesan dengan menandakan ‘checkbox’ yang disediakan.  Contoh di bawah merupakan SET KESIHATAN PREMIUM yang terdiri daripada Vivix dan Collagen Powder. Saya mengesyorkan kuantiti 2 kotak kerana sekotak Collagen Powder mengandungi 15 sachets, jadi untuk keperluan satu bulan anda memerlukan 30 sachets (15 x 2) untuk mendapatkan kesan optimum. Namun, anda boleh menambah atau mengurangkan kuantiti barangan mengikut kesesuaian dan bajet tertentu di ruang ‘Kuantiti’ seterusnya ‘Kemas Kini’ pesanan anda.

esell shopping cart4. Selepas mengemaskini pesanan, KLIK ‘Checkout’ dan seterusnya anda akan diminta untuk mengisikan ‘Data Pelanggan’ seperti Nama, Alamat Penghantaran dan No. Tel. KLIK ‘Teruskan’ untuk menyemak dan mengesahkan data yang diberi.

esell data pelanggan

esell pengesahan order

5. Setelah memastikan data dan barangan yang hendak dibeli, KLIK ‘Teruskan untuk Bayaran’ dan anda akan di bawa ke skrin berikutnya seperti di bawah. Anda boleh memilih untuk membuat bayaran menggunakan Kad Kredit/Debit jenis VISA atau MASTER sahaja. (Jika anda tidak mempunyai kad kredit atau debit, anda boleh menghubungi saya di 6013-3883575 (SMS/Whatsapp) dan saya akan membantu membuat pesanan anda. Isikan data kad kredit/debit yang diperlukan seterusnya sahkan pembayaran anda dan tunggu sehingga transaksi pembayaran anda selesai.

esell cara pembayaran

6. Pihak Shaklee akan menghantar e-mail yang mengesahkan bahawa transaksi anda telah BERJAYA dilakukan, serta merta memproses dan menghantar pesanan anda dalam masa 4-5 hari bekerja bagi Semenanjung Malaysia manakala 7-10 hari bekerja bagi Sabah/Sarawak.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau keraguan, bolehlah menghubungi saya untuk mendapatkan pengesahan mengenai garis panduan menggunakan eSell Shopping Cart.

Akhir kata, saya ucapkan selamat datang ke Troli Beli-Belah eSell anda. Klik pada link berikut untuk memilih mana-mana PRODUK KESIHATAN yang diperlukan oleh anda sekeluarga.

Wassalam =)

Untitled