N Seoul Tower (Namsan Park)

Assalamualaikum w.b.t,

Pada minggu lepas kami, team wilderness explorer, telah melalui ekspidisi mendaki Namsan dengan kereta kabel..hehe. Aci tak? Boleh la kan… Bukan senang nak hiking dengan dua gerabak keretapi kecil lagi comel ni.

20140302-004521.jpg

Kami keluar rumah pada jam 10pagi. Dari Subway Line 4 kami berhenti di Myeongdong, dan keluar melalui exit 3. Bagi kaum perempuan, adalah perlu lebih berhati-hati apabila keluar melalui exit ini. Bertentangan jalan adalah exit 6 Myeongdong Shopping Street dimana bangunan UNIQLO lebih 4 tingkat tersergam indah di hadapan mata. Jadi apabila sampai di sini, mungkin anda akan merasakan perasaan berbelah bahagi dan gundah gulana seketika. Nak shopping ke nak hiking? OK tak boleh ikut hawa nafsu. Mari mendaki bukit!

20140304-123834.jpg

20140304-123849.jpg

Untuk menaiki kereta kabel, atau sampai di kaki Namsan kami mendaki jalan yang sedikit berbukit, melalui kedai-kedai kopi, rumah-rumah kecil dan dinding-dinding yang dipenuhi graffiti. Di sini kami menemui pintu masuk Comic Street Art Zone tapi tak masuk pun.

20140302-004707.jpg

20140302-004740.jpg

20140302-004807.jpg

20140302-004932.jpg

20140302-004840.jpg

20140302-005034.jpg

coffee shopsPerjalanan menaiki kereta kabel ke puncak Namsan hanya memakan masa selama lebih kurang lima minit. Tak sempat berpeluh dah sampai ke puncak, yeay!

Setiba di atas, kami membeli tiket untuk menaiki N Seoul Tower. Tiket dewasa berharga 9000KRW seorang. Tetapi anda boleh memilih untuk membeli tiket mengikut set combo ala-ala beli tiket wayang gitu kerana akan diberi nachos, popcorn dan minuman. Kami memilih set A yang berharga 20,000KRW untuk dua dewasa + popcorn + 2 minuman. Oklah, hanya beza 2,000won daripada tiket asal. Bila dah sampai atas mesti nak kunyah-kunyah sambil tengok pemandangan bandar Seoul kan…

Sesampai di menara Namsan, saya tengok kiri tengok kanan, macam sama je dengan menara Alor Setar dan menara Kuala Lumpur. Hehe. Mungkin sama tapi tak serupa kerana Namsan tentunya mempunyai tarikan yang berbeza seperti:

1. Coffee and dessert shops
2. Cute Candy & Souvenir Stalls
3. Contemporary wishing well
4. Beautiful love notes on colourful tiles

Di kaki menara pula terdapat Observatory untuk menikmati pemandangan bandar Seoul, Teddy Bear Museum (telah ditutup sejak Nov 2013), Lock Your Love Trees, Pavilion dan pertunjukan kebudayaan Korea.

20140302-005335.jpg

20140302-090059.jpg

20140302-090132.jpg

lockurlove

Majoriti pengunjung yang datang merupakan rakyat Korea sendiri yang mendaki beramai-ramai hingga ke puncak bukit. Meskipun pada musim sejuk, hiking merupakan aktiviti kegemaran rakyat Korea tak kira tua atau muda. Terasa saya juga patut mencontohi gaya hidup sihat seperti ini. Kalau dulu-dulu hanya hiking setahun sekali dengan rombongan kadet remaja sekolah.

Selepas membeli cenderahati, kami bersiar-siar di sekitar dan duduk minum kopi 3-dalam-1 sambil melihat keindahan ciptaan Allah. Tak lama lagi pepohon dan ranting akan menghijau dan mengeluarkan bunga-bungaan. Terasa besarnya kuasa Allah berbanding diri yang kerdil lagi hina.

20140302-095217.jpg

20140302-095310.jpg

stairs

Kami pulang sekitar jam 2 petang dan tiba di rumah pada jam 3 petang.

Tips untuk ibu bapa & anak kecil:
1. Keluar seawal pagi ketika anak-anak masih segar baru bangun tidur
2. Bawa bekalan yg cukup: susu, diapers, bekal makanan, snek, wet wipes, air mineral dan air panas (dlm thermos)
3. Beri makan/minum susu sebelum sampai had masa threshold limit tantrum (lebih kurang dua jam) kerana jika melepasi tahap ini anak-anak akan lebih cranky dan sukar dipujuk
4. Tahu jenis baby gear yang hendak dibawa: Jika mendaki, gunakan gendong bayi (baby carrier) yang sesuai dan ergonomik. Tidak sesuai membawa stroller kerana jalan berbukit dan naik turun tangga.
5. Pakaian Mengikut Musim: Di musim sejuk (winter), pastikan anak-anak memakai tiga lapisan: inner layer, fleece layer dan winter jacket. Apabila menggendong anak, tutup dengan baby warmer untuk memerangkap haba atau wind breaker untuk menghalang angin.

Wassalam =)