Ada Apa Dengan Cinta?

20140204-025935.jpg

Aktiviti jiwang malam ni ialah melihat kembali foto-foto yang hampir ditumbuh kulat. Wah terlalu banyak gambar-gambar mengundang nostalgia.

Salah satu gambar di atas ni. Masa ni baru kawin lagi, tahun 2010. Muka pun konon-konon seri pengantin gitu. Lepas dah ada anak korek-korek balik gambar eh takde dah ke gambar lovey dovey berdua?

Busynya lepas ada anak sampai tak sempat nak ambil gambar berdua. Kecuali gambar dalam kereta yg snap sendiri. Kua kua kua…

The point here is, lepas ni mesti ambil gambar lovey dovey banyak-banyak. Jadi bila gaduh kadang-kadang tu, boleh tengok balik gambar-gambar tu. Baru lembut hati semula.

Ok tak boleh tulis entri panjang-panjang sebab tidur itu lebih penting. Tapi gaya nak tidur baru teringat belum makan Vitamin E lagi.

Kita cerita sikit pasal Vit E lah kalau macam tu. Secara amnya Vit E Complex ni mengandungi antioksidan dan dirumus khas utk melawan radikal bebas dalam badan kita. Seperti yang kita sedia maklum, apa-apa makanan yang mengandungi antioksidan adalah baik untuk merencatkan pertumbuhan sel-sel kanser dalam badan manusia.

Tiap-tiap minggu saya akan pesan pada suami sy, “Sayang jgn lupa makan vit E, tau!” Lepas tu mula la suami saya buat muka sekupang mcm dengar tak dengar. Hehe. Kadang-kadang saya bawak je sebutir vit E ngan air mineral bagi “Nah sayang, makan ni..” Tapi sempat lagi suami saya mengusik macam buat-buat terpaksa makan. Mengada betul.

Bila saya cerita pasal antioksidan dan radikal bebas pada suami saya maka akan mengundang perbahasan tentang apakah sebenarnya radikal bebas bla bla bla. Dengan sinisnya ala-ala do you even know what you’re talking about. Maklum la, cakap ngan jurutera material corrosion, must know your facts right.

Tapi saya tak kecil hati pun. Malah semakin bersemangat. Hati kecil saya berkata, “takpe..saya masih baru lagi..saya akan belajar sungguh-sungguh supaya cepat graduate dr Uni Shaklee dan boleh menjawab semua soalan dengan cepat dan tepat”. Tapi saya yakin, suami saya saja je nak test power, nak bagi saya lebih bersemangat untuk mengejar impian.

Kalau tak suami, orang yang paling rapat dengan kita, siapa lagi yang nak bagi kritikan membina, membakar semangat untuk kita berjaya, betul tak? He who knows my strength and weaknesses, knows me inside out.

Berbalik kepada cerita Vit E complex, selepas konsisten makan selama sebulan saya dapat merasakan hidup kami lebih SIHAT dan CERIA. Saya tengok muka suami pun makin flawless. Saja saya cakap “Eh sayang makin handsome la”. Tapi dia ingat saya tipu. Hehe. Tak hairanlah mengapa Vit E ni dipanggil Vitamin Cinta. Sememangnya terbukti berkesan.

VitaE Complex

Jujurnya, ada banyak lagi khasiat Vit E Complex yang dirumus daripada Grape Seed Extract ini. Kalau ditulis panjang-panjang di sini mungkin boleh tertidur sambil membacanya. Jadi, jika anda berminat dengan Vit E Complex ini, hubungi saya untuk mendapatkan free consultation tentang product ni ok?

  • E-mail: zahara.johari@gmail.com
  • PM/Whatsapp: 013-3883575

Til my next post, insyaAllah =)

For a Happier and Healthier Life

ON MARRIAGE:
– quit nagging
– dont expect praise
– take time to be silly
– fight right, no snapping
– dont make jamie my dumping ground
– give proofs of love
– think of small treats or courtesies
– leave things unsaid
ON WORKING ON CAREER & LEISURE:
-launch a blog
-be gretchen
-push myself
-think big
-take daily steps promote the blog
-follow my curiosities
-avoid time wasters
-take time to wander n play
WORKING TO BE BETTER PARENT: 
-sing in the morning
-cultivate rituals n traditions
-spread family cheer
-listen, engage, put down iPhone/iPad
-reframe
-acknowledge the reality of other ppl’s feeling
-be a storehouse of happy memories
-take time for projects