Pertama Kali ke Korea? Anda WAJIB Baca Ni: 5 Cara Elak Sesat di Korea dengan Keretapi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Melancong di Korea Selatan kini lebih MURAH dan MUDAH berbanding menggunakan perkhidmatan Pemandu Pelancong.
Ini kerana sistem pengangkutan awam yang efisyen dan menepati masa, sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Hanya dengan menggunakan pengangkutan awam, anda boleh meneroka bumi Korea dengan bebas tanpa had masa yang ditetapkan oleh Pemandu Pelancong.

Terdapat beberapa cara untuk untuk menggunakan pengangkutan awam di Korea Selatan: Bas, Teksi dan Keretapi Bawah Tanah yang dikenali sebagai SUBWAY. Di antara ketiga-tiga pilihan di atas, keretapi SUBWAY merupakan pilihan paling CEPAT, MUDAH dan MURAH lebih-lebih lagi jika anda sukakan adventure atau melancong ala backpackers.

Konsep keretapi SUBWAY ini boleh disamakan dengan PUTRA dan STAR LRT di Kuala Lumpur. Cuma jumlah jaringan keretapi SUBWAY di Korea Selatan adalah lebih banyak sehingga ke luar bandar berbanding jaringan LRT di Kuala Lumpur yang hanya terhad di Lembah Klang sahaja.

Di dalam entri ini, saya ingin membawa anda menaiki keretapi SUBWAY melalui bandar metropolitan Seoul. 

Jom ikuti 5 Cara Elak Sesat di Korea dengan Keretapi SUBWAY: 

1. BELI KAD T-MONEY dan TAMBAH NILAI KAD UTK PERTAMA KALI (FIRST-TIME RELOAD) : Selepas mendarat di lapangan terbang Incheon dan mengambil bagasi, anda boleh terus membeli T-Money di mana-mana convenient store seperti GS25 atau 7 Eleven yang memaparkan lambang/logo T-money. Jika terlupa membeli T-Money di lapangan terbang, anda boleh beli di Ticket Vending & Card Reload Devices di mana-mana stesen keretapi SUBWAY berhampiran.

tmoney2

Tarif/Harga (Dewasa 19tahun ke atas)
T-Money : 3,000won
Tambah Nilai sebanyak minimum 1,000won. Kebiasaanya kami akan reload sebanyak 10,000won kerana tarif perjalanan tunggal (single journey fare) berharga lebih kurang 1,050won. Kos pergi dan balik berjumlah 2,100won untuk ke sesuatu destinasi.

PERCUMA untuk kanak-kanak berumur 0-3 tahun.

Kelebihan menggunakan T-Money berbanding Magnetic Stripe Ticket ialah menjimatkan masa: Anda tak perlu susah payah nak ulang beli tiket. Kalau ada 10 destinasi, 10 kali tukar tiket. Dengan T-Money, hanya gunakan satu kad sahaja untuk ke semua destinasi. Cuma tambah nilai T-Money di mana-mana Ticket Vending & Card Reload Devices. apabila baki minima lebih kurang 1000won.

2. MUAT TURUN APLIKASI ‘JIHACHUL’ DI SMART PHONE: Jihachul merupakan Jaringan Keretapi Bawah Tanah (Interactive Subway Route Map). Di dalam jaringan bandar Seoul, terdapat 9 laluan yang ditandakan mengikut warna berbeza-beza di dalam peta laluan keretapi SUBWAY. Aplikasi ini akan membantu anda sampai ke destinasi dengan cepat dan tepat.

IMG_9898Cara-cara Menggunakan Aplikasi Jihachul: 

– Pilih Ikon Anak Panah untuk menampakkan Pilihan Menu (Search, Nearby, Bookmark, Tokaba dan Settings).

IMG_9913

– Di ruangan ‘Settings’ pilih Bandar yang ingin dilawati. Aplikasi Jihachul boleh digunapakai di bandar Seoul, Busan, Daegu, Daejeon dan Gwangju
IMG_9906– Cari stesen yang ingin dituju di ruangan ‘Search’ (contoh: taip Myeongdong)

IMG_9901– Jihachul akan tunjuk ke destinasi yang ingin dituju, seperti contoh gambar di bawah Myeongdong, kemudian tandakan pada ia sebagai stesen Tiba (Arrive at)

IMG_9902–  Seterusnya, tandakan dari stesen mana anda akan Bertolak (Depart from): Contoh gambar menunjukkan bertolak (Depart from) dari stesen Konkuk University, Line #2 atau Line #7

IMG_9911

– Jihachul akan mengira laluan yang paling cepat, memberikan info transit serta menunjukkan harga tiket. Contoh di bawah menunjukkan laluan yang dibawa oleh Jihachul dari stesen Konkuk University ke stesen Myeongdong yang mengambil masa lebih kurang 26 minit, melalui 9 stesen kesemuanya termasuk TRANSIT (TRANSFER) di stesen Dongdaemun History & Culture Park. Kenalpasti tanda bulat berwarna merah sebagai stesen transit. 

IMG_9912

IMG_9904

3. PINTU MASUK KELUAR: Pastikan anda masuk dan keluar mengikut pintu yang betul. Contohnya untuk ke Myeongdong Shopping Street anda perlu sampai ke stesen Myeongdong, Line #4 dan keluar mengikut pintu bernombor 6 atau 7 (Exit #6 OR #7).

IMG_5871

4. SENTIASA RUJUK PAPAN TANDA DAN LABEL: Untuk mengelakkan anda tersesat, sentiasa rujuk pada maklumat di papan tanda setiap kali turun dari keretapi SUBWAY. Papan tanda akan menunjukkan pelan keretapi SUBWAY yang anda naiki berserta label pintu keluar (exit info).

IMG_5641

IMG_5258

IMG_5646 IMG_5645 IMG_5644Jika tersesat, usah malu untuk bertanya kepada pegawai bertugas atau sesiapa sahaja kerana orang Korea sedia membantu walaupun kebanyakan mereka tidak fasih berbahasa Inggeris.

Selain papan tanda, anda juga boleh mendapatkan maklumat melalui Skrin Papar Sentuh (Touch Screen) yang memberikan maklumat terkini dan senarai tempat tarikan pelancong di Seoul.

5. KEMUDAHAN & DAYA TARIKAN SUBWAY BAWAH TANAH:
– Tandas Awam
– Ticket Vending & Reload Card Devices
– Locker compartments
– Stroller Parking
– Mother’s Lounge (Nursing, Diaper Changing, Feeding) : Jika pintu masuk ke Nursing Room dikunci, minta bantuan pegawai bertugas untuk membuka kunci pintu bilik. Gambar menunjukkan sebuah Mother’s Lounge yang terdapat di stesen Dongdaemun, sebelum keluar melalui pintu bernombor 5 (Exit #5). Kami juga sempat bersolat fardhu di sini.

IMG_5649 IMG_5647 IMG_5648 IMG_5650 – Underground Shopping : Cosmetics, Skin Care, Accessories, Shoes, Clothes & Bedding
– Local Bakery & Coffee Shops
– Convenient Stores (GS 25)
– Art Gallery
– Restaurants

Bagaimana? Anda suka jika saya kongsi TIPS lain seperti: 10 tempat WAJIB dilawati di Korea bersama anak-anak.

Jika YA, sudilah kiranya untuk meninggalkan komen di bawah bersama alamat e-mail atau url anda ya 😉

Hingga bertemu di entri akan datang.

Wassalam =)